Wednesday, January 25, 2012

Imbas kenangan..

Assalamualaikum..

Sejukk...sejukk sangat hari ni. Sambil menghirup teh panas di pagi hari, mata mengerling ke luar jendela. Menikmati pemandangan ciptaan Ya Rabb dan bangunan-bangunan rumah yang sedang giat dibina. Kelihatan titisan-titisan ais gugur di udara. Namun, tak lama sebelum hilang dari pandangan mata. Mungkin esok akan gugur lagi.

Dalam kepala cik, teringat kembali kenangan semasa bermastautin di daerah Sendai. Kira-kira 360 km ke arah utara Tokyo. Mengimbas kembali kenangan semasa di tahun akhir pengajian. Bulan Januari dan Februari merupakan saat ketika yang paling sibuk dalam semester terakhir. Sementara mahu menyelesaikan eksperimen yang tak sudah, thesis juga perlu siap sedia. Slide-slide untuk presentation pun perlu diperkemas sebelum tiba masa untuk dibentang.

Hari itu salji turun lebat sekali. Selalunya cik akan merempit bersama Sabariah ke lab tapi oleh kerana salji yang menebal, hasrat tu terpaksa dibatalkan. Teringat kenangan cik tersungkur bersama Sabariah semasa menuruni bukit sewaktu jalan dilitupi ais menyebabkan cik agak trauma mahu menunggang Sabariah dalam situasi yang sama. Lab dan kedudukan rumah cik tak jauh. Jalan kaki mungkin lebih kurang 15 minit sahaja.

Ya, hari itu Sabtu..tiada siapa yang hadir ke lab. Malah kelibat orang di bangunan Institute Fluid Science itu juga lansung tiada. Memikirkan eksperimen yang menggunung untuk diselesaikan, cik tidak menunggu lama dan terus menuju ke bilik eksperimen yang terletak di bangunan sebelah. Semangat cik menggunung tinggi..mungkin sampai malam juga hari ni untuk selesaikan semuanya. Namun niat cik tak kesampaian kerana tong yang mengandungi gas karbon untuk digunakan dalam eksperimen sudah habis...empty. Aduh, ternyata hari ini sudah tentu tidak mampu meneruskan eksperimen seperti yang dirancang.

Keluhan cik agak panjang sebelum beredar meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke lab untuk melakukan tugasan yang lain. Di luar, salji masih turun dan ianya antara keindahan yang tak dapat dilupakan. Selepas selesai tugasan, cik menyarungkan beg sambil mencucuh earphone ke telinga dan bersedia untuk pulang.

This was the special moment that I can't forget. It is kind of ordinary situation for you, tapi cik tak tahu kenapa this particular situation, bila cik teringat kembali, hati macam berbunga-bunga... Semasa menuju ke luar pagar utama di hujung kampus , cik mengharungi jalan yang penuh dengan salji. Putih.. sepanjang jalan sangat putih...lagu Stay Beautiful dendangan Taylor Swift berkumandang di ipod. Cik berpusing-pusing and hoping around on the virgin snow mengikut rentak lagu and just can't stop smiling. I felt like a little girl again on that time. It's like I had been in fantasy. It was really such a beautiful moment. If only I could stay forever at that time..

I know nobody is watching me as it was Saturday..and a pretty snowy day. Nobody came to the campus on a day like that, kan. I was pretty sure there wasn't anyone there. The snow on the road look like they had never been touched. I was the one who ruined them :)




Stay Beautiful people! Inside and out, insyaAllah. Inilah ceritera yang mahu dikongsi kali ini. Thanks for reading my rumblings...I appreciate!

1 comment:

  1. first time tahu lagu ni... boleh imejin norai menari2 tu hehe mesti comel...

    ReplyDelete