Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Alimkids Playground , pengganti Pokapoka..?

Assalamulaikum.

Pada hari Sabtu minggu lepas, cik sekeluarga telah meluangkan masa kami di Alimkids Playground. Pertemuan cik dengan Alimkids Playground berlaku secara tak sengaja di internet. Alhamdulillah, dapat peluang join satu program yang menarik.

Aktiviti with other kids and teacher

Layang-layang in the making

Alimkids Playground ni dikendalikan oleh Brainy Young Caliph (BYC) dan terletak di Bukit Katil, Melaka. Takdelah jauh sangat dari rumah kami. BYC pula merupakan sebuah kedai buku (online) yang menjual pelbagai jenis buku Islamic for kids. They got so many stuff if cik nak senaraikan kat sini. So, apa kata you all click kat website ni. Also, terdapat kelas-kelas lain like kelas Iqra' and Robotik.

Alimkids Playground ni merupakan satu program di mana kanak-kanak yg berusia between 2-4 years old boleh join. Walaupun Little Hana baru 1.5 years old, oleh kerana cik berminat nak sangat try pergi, Puan Azurah which is the teacher@owner pun membenarkan. Semangat betul mama Hana nih. At that time just terbayang POKApoka yang kami selalu pergi masa kat Fukuoka..Rindu gile beb..

Program bermula jam 1030 pagi sampai 1130 pagi. Bermula dengan bacaan al-Fatihah beramai-ramai, kemudian aktiviti menyanyi bersama teacher, story reading, menyanyi lagi hehe. Tapi intisari program ini berundur Islamic so the song they sang is teaching about the 5 pillars. After that teacher ajar buat layang-layang pula. Sekejap je masa berlalu, dah sampai penghujung.Time for snack!

Pusing , pusing lagi

Entrance of BYC

Alhamdulillah, enjoy juga kami hari tu. Tapi mama yang terlebih enjoy dengan aktiviti kat situ berbanding Little Hana. Dia asyik main kat pintu je..adoila. Oh, program ni free je tu yang bertambah-tambah syok hehe. Walaubagaimanapun, teacher kata Hana ni masih kecil lagi untuk join program ni. Maka, tidak dapatlah Hana join for next time. Its okay, at least bertambah pengalaman kami.

Kepada parents yang berminat, boleh cuba program ni..bagus and very interesting in my opinion. It only for an hour and for FREE. Grab the opportunity !!

Friday, June 15, 2012

Mama Buyung menulis :)

Assalamualaikum

Minasan ogenki desuka? Rindu tak? Hehe..Lama nya tak menulis. Tiba-tiba datang mood menulis. Unpredictable sungguh mood mama buyung a.k.a cik skang ni hehe.

Alhamdulillah, usia kandungan cik sekarang dalam 18 minggu gitu. Tapi still orang tak perasan baby bump tu..perut ai kan comel. Masa Little Hana dulu pun 6 bulan baru naik bulat perutku. Kawan-kawan sekeliling pun ramai sungguh yang sedang enjoy life as mama buyung. Gembira sungguh cik.

Cik saja je ni nak kongsi story. Mama buyung tadi pergi shopping seorang diri. Aww terasa menjadi bujang gitu. ANd then pergi ke site susu anak sebab nak belikan susu Little Hana. Datangla seorang makcik DUmex mempromosikan produknya. Susu untuk mama buyung minum, MAMIL MAMA ni harga dia jadi RM16.25. Sebabnya kotak dah kemek-kemek. Tapi dalam takde masalah. Harga biasa dia double dalam RM30 lebih gitu. Ekceli kali kedua kene promote. Haritu Anmum yang promote.

Bahagian kotak yang kemek. Kalau you all beli jugak tak?


Memandangkan harga susu ni ala-ala cik mampu gitu, berminat la nak beli. Makcik DUmex dok bising kat cik, sebab cik minum fresh milk je. Katanya tak cukup khasiat..nanti tulang sakit, gigi reput. Ada kebetul kata-kata itu sebab cik memang ada sakit-sakit tulang belakang. MUngkin la sebab tak minum susu kot.KOt la kan...

And then siap kena isi borang la pulak. Makcik Dumex kata nanti geng dia akan call tanya perkembangan. Wah3...betul ke? Selalu nak call customer service mana-mana pun berjanggut tunggu orang angkat call. Ni orang nak call kita pulak. HEhe takpelah kita nantikan aja panggilan tu yek.

ANd then, siap macam pergi jemputan pulak dapat goodies. Mintak lebih tak dapat pulak..(eh lebih-lebih pulak mama buyung ni). Dalam tu ada susu mamil mama ni and phemplate. Yang bestnya dapat cream strech mark sekali. Seronok dapat barang free hehe.

Beg goodies - hadiah untukku

Free gift inside the bag

Masa mengandung Little Hana, cik minum susu soya je. Kalau kat Japan tu tak perasan la ada susu macam ni ke tak sebab tak pernah carik. You all minum susu apa ek? OK ke ? Ke tak minum pun ok? Ce cite sikit.

OK minasan jumpa next entry ye.

XOXO
Mama buyung

Monday, February 6, 2012

The Unusual Fun: Garlic Peeler

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Lately sejuk betul kan. Nak keluar rumah pun malas je..Macammana sambutan maulidur rasul kat tempat kalian agaknya ye? Cik kat sini takde apa sangat pun. Malam dengar ceramah online je.Kalau kat tanah air mesti meriah sambutannya. Yang penting jangan meriah kat mulut je ye, dalam hati kene selalu ingat kat junjungan besar kita Nabi Muhammad pbuh.

Cik baru tahu, baju perang yang dipakai oleh Nabi Muhammad pbuh beratnya sehelai 100kg. Nabi pakai 2 helai naju so jumlah berat baju perang is 200kg..aduh...tak terbayang dek minda betapa kuatnya Nabi kesayangan kita ni kan. Pedang Nabi Muhammad pbuh pula, merupakan pedang yang diwarisi daripada nabi-nabi sebelum nya. Antara yang pernah memiliki pedang tu ialah Nabi Allah Daud, Nabi Isa dan beberapa nabi lagi, cik tak ingat. Tahu tak berat pedang tu berapa? Hampir 1000kg...Ustaz yang bagi ceramah tu kata, kalau pedang tu letak je atas manusia, terbelah badan..SubhanAllah. Gagah kan Rasulullah pbuh. Kalau ingat segala derita kesusahan Nabi Muhammad pbuh dalam menegakkan agama and kasih sayang baginda terhadap kita umatnya laju je air mata kita mengalir kan. Semoga cinta dan kasih kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad sentiasa mekar dalam hati kita, Amin.

Masuk cerita baru. Semalam cik with sang suami jejalan ke daiso 100yen shop. And then kami terpandang satu item ni, mungkin ramai yang dah tahu. But it was unusual and very interesting to us. So kami pun beli la and test kat rumah. Inilah yang dipanggil garlic peeler.



Mula-mula pandang, memang pelik. Cik dan sang suami teka-meneka apakah kegunaan benda ni. Rupa-rupanya garlic peeler....Pengupas kulit garlic daa..Kalau kabarkan kat orang kampung mau kene kutuk ni. "Aku pakai pisau je pun boleh kupas jugak tak payah pakai apa tu? Garlic peeler??"..ataupun " Dah bertahun-tahun aku masak , senang je nak kupas bawang putih ni. Tak payah la nak guna apa tu? Haa garlic peeler ape kejadah".. Hahaha..agaknya orang kampung kata gitu tak ? HEHEHE..


Inilah ukuran nya. Kecil je..elok lebih kurang panjang tapak tangan kita. Bentuk silinder...hallow kat bahagian tengah. Dibuat daripada silicon so sangat mudah dilenturkan.


Cara nak guna senang aja. Firstly, ambil seulas bawang putih. Buang bahagian keras kat bawah dia tu. Masukkan bawang putih dalam garlic peeler. Buat kat atas permukaan yang rata untuk memudahkan kerja. After that, just press sambil golek-golekkan garlic peeler tu. Dan hasilnya, tadaaa... Completly done! Boleh juga buat 2,3 ulas bawang putih sekali gus.


Menarik tak? Cuba la carik kat 100yen shop yang berdekatan ye! Bertambah rajin kupas bawang putih lepas ni nampaknya hehehe.

Thanks for reading my ramblings!! See you in next entry!

Thursday, February 2, 2012

Ichigo Short Cake & Yuki

Assalamualaikum

Semalam cik buat kek sempena...umm... sempena takde apa2. Sempena perut yang mengidam makan kek. BUKAN ye! Bukan adik Little Hana. Belum lagi ye yang tu.

Sementara ichigo belambak-lambak jual kat supermarket ni, harus diambil ye peluang ini. Satu pack harga dalam RM 10...mahal jugak sebenarnye kan. Tapi sedap punya pasal beli jugak la.Balik tanah air nanti tak payah la nak ngidam-ngidam ichigo ye dak?

Kek ni simple je.. sesuai la dengan cik hehe. Sponge kek yang disapu dengan whipped cream. And then susun ichigo asal nampak cun sikit..Hehe..


Hari ni bangun pagi, tengok je kat luar..wah ada salji la! Happy...Sebenarnya sangat la susah kat tempat cik bermastautin ni nak turun salji banyak (emmm takdela banyak sangat) sampai boleh menutupi padang, atap rumah , kereta camtu.. Kalau dok kat Sendai dulu ye..salji banyak sampai boleh buat snowman depan rumah.

View from tingkap rumah - subuh



Anyway, lately disebabkan salji yang turun tak henti-henti kat certain tempat kat bumi sakura ni, few kes kematian dah direkodkan. Atap rumah dah tak mampu nak tampung salji yang makin menebal so roboh..Kesian..Tinggi salji ni boleh mencapai 2 meter lebih. Bas-bas tak boleh lalu sebab jalan bersalji. Kiri kanan jalan pula ada tembok salji yang tinggi. SubhanAllah..

Kerajaan pula hantar beberapa pegawai untuk check kediaman warga tua ni. Maklumla warga tua ni tinggal sorang-sorang je. Kalau ada apa-apa berlaku memang takde orang tahu. Jadi pegawai-pegawai ni datang rumah tengok keadaan rumah, bersihkan salji, check makan minum orang-orang tua ni. Yang susahnya bila warga tua ni nak pergi hospital. Bas dah tak masuk jalan kan, so kene jalan kaki sampai jalan besar yang bas boleh lalu. Dalam 15 minit gitu..pakcik yang kene interview tu umur dah 86. Nak jalan 15 minit dalam keadaan jalan bersalji licin, angin kuat sangat-sangat mencabar dan tak termampu..kesian..

Begitulah kehidupan kat negara bersalji. Yang tempat takde salji, nak sangat turun salji kan. Mana-mana pun ok je bagi cik. Yang penting selesa dengan diri. Thanks for reading my ramblings. See you in next entry!

Wednesday, January 25, 2012

Imbas kenangan..

Assalamualaikum..

Sejukk...sejukk sangat hari ni. Sambil menghirup teh panas di pagi hari, mata mengerling ke luar jendela. Menikmati pemandangan ciptaan Ya Rabb dan bangunan-bangunan rumah yang sedang giat dibina. Kelihatan titisan-titisan ais gugur di udara. Namun, tak lama sebelum hilang dari pandangan mata. Mungkin esok akan gugur lagi.

Dalam kepala cik, teringat kembali kenangan semasa bermastautin di daerah Sendai. Kira-kira 360 km ke arah utara Tokyo. Mengimbas kembali kenangan semasa di tahun akhir pengajian. Bulan Januari dan Februari merupakan saat ketika yang paling sibuk dalam semester terakhir. Sementara mahu menyelesaikan eksperimen yang tak sudah, thesis juga perlu siap sedia. Slide-slide untuk presentation pun perlu diperkemas sebelum tiba masa untuk dibentang.

Hari itu salji turun lebat sekali. Selalunya cik akan merempit bersama Sabariah ke lab tapi oleh kerana salji yang menebal, hasrat tu terpaksa dibatalkan. Teringat kenangan cik tersungkur bersama Sabariah semasa menuruni bukit sewaktu jalan dilitupi ais menyebabkan cik agak trauma mahu menunggang Sabariah dalam situasi yang sama. Lab dan kedudukan rumah cik tak jauh. Jalan kaki mungkin lebih kurang 15 minit sahaja.

Ya, hari itu Sabtu..tiada siapa yang hadir ke lab. Malah kelibat orang di bangunan Institute Fluid Science itu juga lansung tiada. Memikirkan eksperimen yang menggunung untuk diselesaikan, cik tidak menunggu lama dan terus menuju ke bilik eksperimen yang terletak di bangunan sebelah. Semangat cik menggunung tinggi..mungkin sampai malam juga hari ni untuk selesaikan semuanya. Namun niat cik tak kesampaian kerana tong yang mengandungi gas karbon untuk digunakan dalam eksperimen sudah habis...empty. Aduh, ternyata hari ini sudah tentu tidak mampu meneruskan eksperimen seperti yang dirancang.

Keluhan cik agak panjang sebelum beredar meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke lab untuk melakukan tugasan yang lain. Di luar, salji masih turun dan ianya antara keindahan yang tak dapat dilupakan. Selepas selesai tugasan, cik menyarungkan beg sambil mencucuh earphone ke telinga dan bersedia untuk pulang.

This was the special moment that I can't forget. It is kind of ordinary situation for you, tapi cik tak tahu kenapa this particular situation, bila cik teringat kembali, hati macam berbunga-bunga... Semasa menuju ke luar pagar utama di hujung kampus , cik mengharungi jalan yang penuh dengan salji. Putih.. sepanjang jalan sangat putih...lagu Stay Beautiful dendangan Taylor Swift berkumandang di ipod. Cik berpusing-pusing and hoping around on the virgin snow mengikut rentak lagu and just can't stop smiling. I felt like a little girl again on that time. It's like I had been in fantasy. It was really such a beautiful moment. If only I could stay forever at that time..

I know nobody is watching me as it was Saturday..and a pretty snowy day. Nobody came to the campus on a day like that, kan. I was pretty sure there wasn't anyone there. The snow on the road look like they had never been touched. I was the one who ruined them :)




Stay Beautiful people! Inside and out, insyaAllah. Inilah ceritera yang mahu dikongsi kali ini. Thanks for reading my rumblings...I appreciate!

Monday, November 28, 2011

Merdeka Day in Fukuoka

Assalamualaikum...

Pada hari Selasa minggu lalu, bertempat di sebuah hotel kat tengah bandar Fukuoka, telah berlansung majlis sambutan National Day Malaysia yang diadakan oleh sebuah persatuan Jepun - Malaysia. Majlis ni memang diadakan setiap tahun ala-ala menyambut kemerdekaan negara kita. Tapi nya sambutan bukanlah pada tarikh 31 Ogos. Macam this year, dah masuk bulan 11 baru majlis diadakan. Ok aper, semangat kemerdekaan tetap ada.

Memandangkan cik baru pindah ke Fukuoka tahun lepas, maka ini adalah kali kedua cik join this event. Rasa bertuah betul student-student Malaysia yang tinggal kat sini. Hebat betul majlis yang diadakan di mana student boleh join. Untung..untung. Kehebatan ni tak dirasa sepanjang cik jadi student kat utara Jepun dulu. Takde makna dapat join makan-makan dalam hotel berstar-star gitu..

Tetapi, apa yang cik nampak, tak ramai yang menghargai peluang yang diberi percuma ni. Bukan makna cik, peluang dapat makan freee sedap-sedap sahaja (semua menu seafood, ikan), tapi peluang untuk ber"kouryuu" kata org Jepun. Maknanya berkenalan, bersahabat malah bernetworking dengan orang Jepun. Peluang yang tak semua student Malaysia kat Jepun ni dapat. Malah belum tentu dapat kat tanah air nanti.

Tapi, mungkin semua ada reason yang tersendiri. Yang ada kelas, yang jauh nak buat camna kan. Tapi, kalau yang malas tu..oppsss sendiri pikir lah ye. Biasala, bende depan mata memang orang tak cari..macam cik yang datang dari daerah yang takde sangat majlis-majlis ni memang terkesema jugak la bila dapat invitation. Rasa sangat bertuah !

Okla, tinggalkan perasaan itu kat sini..

Last year, masa sambutan ini diadakan, student-student Malaysia telah buat persembahan. Ala kugiran tapi mantop lagi la. Macam pergi tengok konsert ahaks. Sang suami macam biasa main bass gitar kat hujung pentas nun hehe. Pastu ada juga persembahan daripada seorng pakcik Jepun yang handal bermain gambus. Siap nyanyi lagu Melayu tu adoi la!! Anak ayam la, Dia Datang la..fuhhh hebat-hebat. Siap pakai baju melayu boleh! Respect giler...

With pakcik gambus..Hana dalam perut

Kugiran daripada artis tempatan heehe

This year pula takde persembahan daripada student Malaysia. However, satu pasukan tarian dibawa khas dari Malaysia untuk buat persembahan. Adik-adik ni daripada homestay kat Langkawi. Derang datang untuk promote homestay. Mantap okay.. Terhibur sekejap..Jom tengok kat sini.

Hana dah ada..awat cik nampak gemuk??

InsyaAllah tahun depan sambut Merdeka Day kat tanah air pulak..mungkinkah cik akan retire sebagai perantau? Wait & see...

Monday, November 7, 2011

Aidiladha Perantau



Assalamualaikum

Cik nak ucapkan selamat aidiladha buat semua. Minal aidil wal faizin. Pagi raya cik buat rendang dan nasi impit. Simple2 ja. Tahun ni tak dapat nak ke masjid untuk solat raya. Walaupun gitu, pagi raya tetap bersiap-siap pakai baju raya. Semangat and meriah sikit.


Sesi bergambar di pagi raya perantau

Ala cayang bucuk-bucuk

Malam raya pulak, warga Malaysia kat Fukuoka macam biasa berkumpul untuk jamuan raya. Tapi malangnya, cik dengan Little Hana je yang pergi sebab sang suami terpaksa ke daerah lain untuk buat eksperimen.  Alhamdulillah Hana very the sporting malam tu. Takde ngamuk-ngamuk. Very the behave walaupun abah tadak.


Snap raya bersama warga Malaysia

Gegirl di Fukuoka

Untuk jamuan ni, cik macam biasa buat air tangan yg ala2 signature dish gitu. Tak lain tak bukan makisushi (signature dish la kunun padahal tak reti masak power2 macam sister lain huhu). Macam-macam makanan ada. Cakap je rendang apa, sume ada. Nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, nasi yang pelbagai..bihun-bihun,kuih muih, kek lagi...wohaaa. Perantau yang semangat2 kami ni hehe.

Terpaksa pinjam gambar org sebab tk bwk cam sendiri. Credit to kak yati chomeyl..

Sekian entry kali ni, jumpa lagi. Salam aidiladha!

Saturday, November 5, 2011

Panggilan Sang Pencipta

Assalamualaikum...

Kehadiran Pak Salam pada malam Jumaat itu membawa khabar yang meluluhkan jiwa.

Rumah Pak Salam betul-betul bertentangan dengan rumah cik. 3 minggu yang lalu, ketika cik berbual dgn isteri Pak Salam, Mak Seha, barulah cik tahu anak perempuan mereka, Kak Ayu ada kat wad. Kak Ayu masuk wad sejak seminggu sebelum raya lagi. Kata Mak Seha, raya tahun ni memang tak meriah..tak ada persiapan macam tahun-tahun yang lalu.

Kata Mak Seha, Kak Ayu kanser..bila ditanya stage berapa, Mak Seha tak nak jawab..dia cume kata  "memang menyedihkan" ...Kak Ayu baru berusia 33 tahun. Kadang-kadang beliau demam tapi tak sangka apabila terus disahkan kanser stage 4 ketika masuk hospital tempoh hari. Semasa berbual dengan Mak Seha petang tu, Mak Seha dukung seorang anak kecil. Usianya sebulan tua dr Hana. Itulah anak kedua Kak Ayu yang masih menyusu badan..Anak pertama Kak Ayu berusia 4 tahun. Alif namanya. Hati cik sebak.

Khabar yang disampaikan oleh Pak Salam malam Jumaat itu adalah kabar pemergian Kak Ayu ke rahmatullah, menyambut panggilan Sang Pencipta. Innalillahhi wainna ilahirojiun.. Luluh hati cik, kencang sungguh debar di dada. Dalam kepala terbayang kedua-dua anak kecil arwah..

Bersama Cik Lin, cik pun menuju ke rumah Pak Salam malam itu juga. Kelihatan beberapa anggota jiran sudah tiba. Cuba membantu seadanya..perabot di ruang tamu sudah disusun di luar. Beberapa carpet dibentang. Sebuah tilam yang menghadap kiblat juga sudah tersedia. Kami menunggu jenazah yang akan tiba dari hospital tidak berapa lama.

Rupanya anak arwah yang sulung, Alif masih belum tidur lagi. Waktu itu sudah jam 1130 mlm. Mujur anak cik Lin, Ayed pun ikut sama. Teman Alif main sama-sama. Menurut Mak Seha, Alif nangis tak berhenti tadi. Waktu Alif nangis tu, lebih kurang sama dengan waktu kematian bondanya. Apakah kebetulan..atau memang tanda pemergian dia. Wallahualam...

Lebih kurang sejam, van jenazah tiba di perkarangan rumah. Jenazah Kak Ayu dibawa masuk ke rumah dan dibaringkan di tilam yang tersedia. Alif sedang asyik bermain dengan Ayed. Mak Seha dan Pak Salam tak tahu bagaiman nak sampaikan kepada Alif tentang pemergian bondanya. Risau juga Alif tidak boleh menerima.

Perlahan Pak Salam mendukung Alif dan duduk bersama-sama di sebelah jenazah bondanya. "Alif, bonda dah takde, dah meninggal. Alif baca al-fatihah sama-sama dengan atuk ya". Air mata Pak Salam berjujuran..saat Alif membaca surah al-fatihah, ramai yang sudah sama-sama mengalirkan air mata. Syahdu melihat anak yang tak tahu apa-apa bersama jasad kaku ibunya.

Selepas menghadiahkan alfatihah, kami pun pulang ke rumah. Jam 10 pagi keesokan harinya, jenazah Kak Ayu dimandi dan dikafankan. Selepas disolatkan, van jenazah bertolak ke tanah perkuburan. Melihat van berlalu pergi, Alif melambai tangan kecilnya. "Bye mama.." katanya. Alif masih tidak faham agaknya. Asyik bermain.. mungkin lebih elok begitu daripada dia terus menangis.

Allah..jika Allah juga memanggil cik pulang, bagaimana dengan Hana agaknya. Mengenangkannya, laju air mata cik berlinangan. Bagaimana anak-anak arwah Kak Ayu agaknya, sang suami juga?

Sesungguhnya mati itu pasti. Ku letakkan keselamatan dan seluruh keluargaku padaMu, ya Rabb.
Kak Ayu, damailah kau di sana. Kami tetap akan menyusul juga. Al-fatihah...


p/s: Nama yang digunakan bukan nama sebenar.

Wednesday, November 2, 2011

Arigatou..from the bottom of my heart

Assalamualaikum..

Hampir 5 minggu cik dan Little Hana berada kat tanah air. Sang suami cuma ada bersama on first and the last week only. So, lebih kurang 3 minggu cik berdua sahaja dengan Hana. Walaupun cik tinggal with my family time tu, tapi semua orang pergi kerja siang hari. Petang baru balik.. Sabishi je siang-siang tu..

Tak dapat cik bayangkan how every single parent yang ada kat dunia ni survive.. Cik baru sorang je anak..tu pun mandi susah, masak susah..makan susah.. Yang anak berderet-deret tu macam mana la kan..Tabah , kental and SABAR mesti sebati dalam diri derang kan agaknya.

Alhamdulillah..atuk, cik Lin , cik Asri, cik An BANYAK sangat tolong cik jaga Hana. Of course abang Ayed and Abang Irfan pun. Bila petang semua sampai kat umah, Hana bukan main seronok..yela ada geng main kan. Cik bersyukur sangat dikelilingi keluarga yang sedia membantu.

Sepanjang cik ada kat tanah air, Cik An tiap-tiap hujung minggu balik umah. Walaupun Cik An belajar jauh nun kat Sepang, tapi Cik An tak kisah pun balik untuk temankan cik and Hana. Cik terharu and sangat-sangat berterima kasih.

Atuk pulak tak kisah kalau cik mintak tolong pegang Hana if cik ada kerja nak buat. Atuk selalu bawak Hana tengok bulan, duduk kat buaian luar rumah..temankan atuk tengok game bola kat tv. Kadang-kadang atuk biarkan Hana main komputer walaupun time tu atuk tgh guna untuk buat kerja..Atuk, arigatou!

Cik Lin petang-petang balik kerja selalu belikan goreng pisang panas yang oishiii sangat kat gerai simpang tu. Cik memang sukaa..pisang goreng the best kat tanah air wahahaha. Cik Lin selalu suap Hana makan, jaga Hana kalau cik nak solat, Cik Lin la kawan cik borak, bergosip ke , bershopping ke sepanjang cik ada kat sana. Cik Lin, arigatou!

Cik Asri bila sampai umah after balik kerja mesti  greet Hana. Hana pun melompat-lompat suka..mungkin dia teringat abah dia kut. Tp bukan...cik Asri pun selalu tolong jaga Hana..dukung Hana. Abang Ayed and abang Irfan lah cousins yang paling comel. Abang ayed selalu nyanyi tepuk amai-amai dekat Hana. abang Irfan pun selalu main sama-sama ngan Hana. Hana kalau dah main dengan cousins dia tak ingat kat cik dah..seronok sangat la tu.

Arigatou..itu aje yang mampu cik ucapkan. Cik doakan jasa baik mereka dibalas Tuhan, di dunia dan akhirat. InsyaAllah...




Sunday, October 30, 2011

Salam Rindu dan kisah Syawal

Assalamualaikum..

Hampir 4 bulan meninggalkan dunia blog..rindu untuk menulis kembali. Musim panas dah pun berlalu..musim luruh pula tiba. Mungkin inilah musim luruh terakhir cik di bumi sakura ni.

Oh, banyak yang mahu cik kongsi. Aidilfitri yang lalu, cik pulang ke tanah air. Itulah pengalaman pertama Little Hana menaiki kapal terbang. Berdebar juga sebab tak pernah ada pengalaman. Cik banyak baca artikel-artikel about travelling with baby.Banyak juga la tanya orang. Yela at least mentally cik prepared la kan. Alhamdulillah, Hana ok jee..takde meragam. Kebetulan flight tak penuh so dapat la satu seat untuk Hana..luas sikit tempat dia tido.

Saat bertemu keluarga adalah saat yang dinanti-nanti. Maklumla inilah pertama kali Little Hana bersua muka dengan atuk, nenek and pakcik makcik dia. Ku sangka panas sampai ke petang...uhuk2..akibat terbiasa tinggal berdua dengan mama kat rumah, Hana seakan tak dapat terima dikelilingi orang-orang baru. Tak sampai 5 minit bertemu, air mata Hana pun laju gugur di pipi nya. Seiring dengan teriakan yang tak berapa merdu nak didengar. Apa nak buat..sabar jela..sepanjang hari pertama tiba di tanah air, Hana memang berkepit dengan mama. Air mata pula tak pernah kering dari pipi...Cik hanya mampu geleng-geleng kepala je..

Alhamdulillah masuk hari ke-2 kurang sikit la nangis nye. Hari tu juga semua umat Islam kat tanah air menyambut Aidilfitri. Seronok bukan main ..Hana sorang je pakai baju baru. Cik and sang suami pakai baju recycle dr tahun lepas je..ade cik kesah? hehe. Bila da berkumpul satu family rasa aman dalam hati. Tengok Hana dok main with sepupu2 yang cumel memang seronok. Macam ni rasanya bila beraya sebagai ibu...anak yang utama..Best jugak bila menjalankan tanggungjawab pungut simpankan duit raya Hana. I think, Hana kena ada tabung..if not duit raya Hana masuk dalam tabung wallet mama.......

Syahdu sangat..bila bersalaman tu...syahdu sangat bila tengok wajah baba,mak, nenek..syahdu sangat bila gugur air mata baba saat bersalaman pagi syawal tu. Moga gugur juga semua dosa-dosa sesama insan..adik cik buat video sempena aidilfitri yang lepas. Have a look ye..





Cik nak kongsi lagi cerita..tapi cukuplah untuk entry kali ni. InsyaAllah sambung lain kali..

Thursday, August 18, 2011

Sesekali Diuji

Assalamualaikum..

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa




Separuh masa kedua Ramadhan, ganbarimasyou !!

Tuesday, August 16, 2011

Summer Ramadhan

Assalamualaikum

Kaifa halukk? Apa khabar agaknya you all. Fukuoka sekarang sangat lah panas..Nanti ada yang kata , Malaysia pun panas jugak.. eheh..


Bila masuk musim panas kat Jepun, bilangan orang yang mati sebab cuaca yang sangat panas tak menurun pun. Hari-hari report kematian pasal 熱中症 @ Hyperthermia. Kerajaan Jepun siap hantar orang untuk melawat rumah orang tua yang tinggal seorang diri sebab mana tau berlaku kematian yang tak de orang sedar. Hyperthermia ni boleh berlaku even masa tidur.


Apa yang berlaku di Fukushima nuclear power plant menyebabkan kerajaan Jepun menyeru rakyat supaya 節電 @ jimat elektrik . Antara langkah yang dilakukan oleh rakyat, suhu air-conditioner ditetapkan at 27@28 degree. Unlike Malaysia yang tetapkan suhu to 24 degree. Cik ingat lagi masuk ke pejabat kerajaan dan tengok pekerja-pekerja yang pakai sweater sebab 'sejuk' nya environment kerja mereka. 


Seiring dengan isu ni, teknologi Jepun terus berevolusi. Lahir lah berbagai alat yang dicipta untuk membantu manusia menghadapi summer yang membahang. Antaranya lahir lah payung berkipas macam kipas siling kat rumah, pistol air berkipas yang dapat hasilkan mist dan macam-macam lagi. Menu-menu yang dipaparkan dalam rancangan-rancangan masakan juga semua nya fokus untuk menyejukkan badan.


Happy 7 Months Little Hana

12 Ogos yang lepas, genap usia si kecil Hana 7 bulan. Hana sudah boleh merangkak, berdiri sendiri,makan sendiri. Hana dah banyak kali jatuh. Jatuh katil 4 kali, jatuh masa dia main dah banyak kali sangat. Rasa serba salah sangat-sangat bila dia menangis. Rasa macam the worst mama sebab tak jaga anak.

Tapi, Kak Yatieychomel cakap, biasa la anak membesar. Biasa juga mama akan rasa worst. So, semua yang berlaku ni biasa..orang lain pun sama. Sedap hati cik mendengarnya . So , cik pun dah genap seminggu tidur kat ruang tamu je. No more katil for Hana..cik serik huhu..





Kali ni sambut Birth month Hana kat Baskin Robbin je. Nak buat kek ke apa ke takut tak abis..puasa kan. Lagipun Baskin Robbin tengah promotion. Beli 1 large scoop free 1 small scoop ice cream.

Lagi 2 minggu nak balik Malaysia..Berdebar-debar rasa hati. First time Hana nak naik flight and jumpa family..wuhuhuu

Selamat berpuasa you all. Jumpa lagi next entry.

Saturday, August 6, 2011

Ala Gyudon and Kisah Ramadhan Hana

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan you all. Dah hampir seminggu dah nih...believe it or not. Laju kannn...Anyway cik tengok meriah sungguh resepi-resipi keluar masa Ramadhan nih. This time cik nak kongsi resepi Jepun lagi. Gyudon : Beef rice. Selalu tengok iklan kat TV je..Cik tak tau the real taste camna so its better to call the recipe Ala Gyudon Norai style hehe..





Ingredients (2,3 org)
  • Daging lembu (hiris nipis) ... 200@300 g
  • Bawang besar (potong wedges)... 1 biji
  • Shitake mushroom @ kinoko... 4 biji (optional)
  • Menstuyu ... 3 sb
  • Syoyu ... 2 sb
  • Gula ... 1sb
  • Air .. 100ml
  • Daun bawang @ ketumbar (as salad on the top of the bowl)
  • Telur separuh masak

Method
  1. Panaskan air dalam periuk. Matikan api bila air hampir mendidih.
  2. Celurkan daging sehinggan warna bertukar (sekejap je). Angkat dan toskan.
  3. Campurkan mentsuyu + syoyu + gula dalam kuali.
  4. After mendidih, masukkan daging. 
  5. Gaul sebati daging dengan sauce. Angkat daging.
  6. Masukkan air ke dalam kuali berisi sauce tadi.
  7. Masukkan mushroom dan bawang. Tutup kuali. Biarkan mendidih.
  8. Masukkan kembali daging tadi. Kacau seketika. Siap.

Hidangkan bersama daun bawang/ketumbar for salad and half boiled egg untuk tambah kick ..


Ramadhan si Hana

Petang 5 Ramadhan tu cik dok melayan Little Hana sambil-sambil ber fb. Cik memang perasan dia tengah main ngan roda kayu tu. Tapi bila cik tengok lagi sekali je, dia already stand on her foot sambil tangan dok paut kat handle mainan kayu tuh. Gila terkejut cik..macam nak jatuh jantung. I did not expecting this to happen. Yes, she already crawling all around the house, enjoying herself inside the walker ..but to stand all by herself ?? Maka cik pun try letak dia kat bawah again hoping she can do the standing stunt again so I can capture the moment. So, here is the video taken on that precious time..




2 bulan lepas golek pun Hana masih tak master lagi..maybe she is so excited when she knew Mama already bought the tickets to balik kampung in Malaysia for Hari Raya so she mastering the skill . Nanti boleh Hana main together with cousins yang comellious Raya nanti yeay!

See you in next entry..selamat berbuka!!

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Kareem dan Jatuh Cinta

Assalamualaikum..

Apa khabar agaknya you all? Dah masuk 5 Ramadhan okay...cepatnye..So far amacam ?? Mesti ok je kan. Semoga this year better than the last one tau. Cik ni..ingatkan dapat la puasa penuh tahun ni. Tahun lepas banyak ponteng hukhuk. Time tu mengandungkan Little Hana .. cik teruk mual nya..muntah ajer. Bangun sahur , lepas makan je muntah balik. Memang dalam kategori darurat jadi cik pun banyak hari tak dapat puasa.


Tapi tahun ni pulak ingatkan dapat la puasa penuh. Cik risau-risau jugak sebab Little Hana masih menyusu badan. Mana tau darurat juga, tak dapat puasa ke kan. Alhamdulillah first day cun je. Tak lapar mana pun even though breast feeding. Shikashi, impian cik untuk teruskan puasa pada hari-hari seterusnya tak tercapai pula. Bulan cik yang tak pernah mai sejak bersalin,dok mai pulak tiba-tiba di bulan yang mulia ini uhuk2. Terkejut la juge..tapi nak buat macam mana..anggap jela rezeki hehehe.


Last weekend cik pergi shopping kat Costco. Ni kira macam Tesco kat Malaysia. Barang-barang banyak dari US and in big quantities. Nak mai sini duit pon kena la big kan hehe. Nak share sikit apa yang cik dapat hasil daripada hunting di Costco ni.




Haaa tu dia.Mana nak dapat manggis kat Jepun nih. Nak masuk 6 tahun cik jadi perantau..ni la first time cik jumpa manggis. Hukhuk...manggis ni dari Thai. Harga dalam 600yen lebey sikit kot.So, dalam RM 25 for 9 biji ...huhu. Takpe sekali sekala (sedapkan hati)..

Jatuh Cinta

Cik nak khabarkan pada semua..cik sudah jatuh cinta.Ini gara-gara penangan blog yatieychomel. Daripada situ cik tertarik dengan sweet yang bernama macaroon nih. Huhuhu..selepas membaca blog cikyatie chomel pasal macaroon laduree kat Hakata City, cik pun bergegas ajak sang suami menjenguk kedai yang dimaksudkan. Memang wow..butik okayy ..pilih macaroon macam nak pilih cincin kahwin..opss hehe.

Memang sesuai la dengan sejarah Laduree ni, harga seketul macaroon 250yen ...hampir sepuloh ringgett ngeee. Tapi sekali sekala merasa apa salahnya tak *sedapkan hati..Cik just beli 6 ketul je. After that, masa nak makan tu punyala kedekut sayang, sikit-sikit je makan. Wahh memang wow jugak la rasanya..maniss . Maybe too manis for cik and sang suami. Dalam hati , ooo mcm ni rasa macaroon rupenye . Ahaks..baru tau boleyy.

Bila dah jatuh cinta dengan rasa yang pertama kali itu, cik mcm tak boleh nampak dah bayang-bayang macaroon..terus rasa KENA beli. And bila cik nampak je macaroon kat Costco, laju je la cik masukkan dalam shopping cart..




Lain kali cik ngidam macaroon dah tau kat mana nak carik yang murah sket. Kat Costco ni harga dalam 1000 yen and contains 24 pieces..ootokuuu!! Ada perisa vanila,pistachio , strawberry and choc. Yummm2..sedap less sweet berbanding Laduree tadi. Rasanya 80% cik makan sorang je ..sang suami kasi can cik bedal sampai kenyang .Lap u la !!

Kesimpulannya, seronok shopping kat Costco ni. Nak update semua barang-barang shopping nanti orang kata apa pulak.Buang tebiat ke ape kan2..So mana yang boleh je la ye. See you in next entry.

Ramadhan Kareem everyone!

Saturday, July 30, 2011

Kerna Allah lebih sayangkannya...

Assalamualaikum semua.Salam rindu..lama tak jengah blog..ape kejadah yang cik buat busy sangat sampai takde masa nak menaip. Anyway lagi 1 hari nak masuk Ramadhan.Counting2...

Entry cik kali ni nak berkongsi kisah yang terjadi dalam beberapa waktu terdekat ni. Sebelum tu jom sama-sama kita mulakan dengan sedekahkan AL-Fatihah kepada ahli keluarga , sahabat-sahabat kita yang sudah meninggal dunia..



1. Allahyarhamah opah

 8 Julai 2011, cik menerima message daripada sang suami yang memaklumkan opah telah kembali ke rahmatullah. Opah merupakan nenek belah sang suami. Sejujurnya, cik tak sempat mengenali arwah opah semasa hayatnya. Usia perkahwinan yang baru setahun jagung, ditambah pula jarang sekali cik pulang ke tanah air (setahun sekali) merupakan faktor cik kurang mengenali dirinya. Arwah opah meninggal disebabkan kompilasi sakit-sakit yang dialaminya. Walaupun cik tak kenal rapat dengannya, tapi daripada cerita-cerita sang suami, cik pasti , arwah opah seorang yang tabah dan kuat semangatnya. Arwah opah membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran suami kerana suami opah telah meninggal dunia ketika anak-anaknya kecil lagi. Semoga semangat kuat yang opah miliki akan turut diwarisi anak-anak cik. InsyaAllah..

2. Allahyarhamah Dr.Lo'lo Mohd Ghazali

Perkenalan cik bersama arwah Dr hanya bermula apabila cik membaca blog Dr.Asri..Terlambat cik mengenalinya.Namun, semangatnya pasti terkesan kepada seluruh yang mengenali diri arwah. Kekuatan jiwanya dalam misi menegakkan yang hak...semoga anak-anak cik juga memiliki kekuatan seumpama diri arwah.

3. Allahyarham Muhammad Syafiq Abu Ani

Gempar dan misteri..itulah yang menyelubungi berita kematian arwah Syafiq. Cik tidak mengenali arwah. Tetapi, sang suami pernah beberapa kali berjumpa dengannya sepanjang tinggal di bumi sakura ini.  Arwah belajar di sebuah universiti terletak hanya 2jam perjalanan daripada tempat kami tinggal. Bermula daripada saat kehilangannya disedari, sehinggalah jasadnya ditemui di Pattaya,Thai...ianya terus menjadi tanda tanya. Pelbagai andaian dibuat namun sudah pasti hanya Dia yang mengetahui. Sayang...tinggal sedikit sahaja tempoh pengajian..sudah hampir kepada saat graduasi..sememangnya arwah dikelilingi dengan orang-orang yang mengasihinya. Kerana itu kehilangannya cepat disedari. Apakan daya..Ya Allah Engkau bantulah mereka yang mencari kebenaran.

4. Allahyarham Mohd Hafiz @ Aleesya

Heboh seluruh rakyat jelata apabila kes arwah Hafiz terbentang di dada-dada akhbar. Kita sibuk mempertikaikan tindakannya..berbagai kata-kata dilemparkan terhadapnya..cik tidak terkecuali beristighfar panjang tatkala pertama kali membaca kes arwah. Hari ini, arwah menghembus nafas terakhirnya. Cukuplah kata-kata yang dilempar termasuk pandangan-pandangan tidak indah kepadanya. Doakan perjalanannya mudah di sana.



MATI ...Ia adalah sesuatu yang pasti..bila ? hanya Dia mengetahui. 

Ya Allah, tempatkan mereka di antara hamba-hamba yang Engkau Kasihi.

Ya Allah, jauhkan kami daripada siksa kubur dan api neraka Mu...

Thursday, June 16, 2011

Si tauke Nasi Lemak

Assalamualaikum


Dolu-dolu...alkisah semasa cik menuntut di sebuah universiti nun kat utara Jepun ( takdela utara sangat kot ), cik giat menjalankan perniagaan nasi lemak. Bukan sebab tak cukup duit menyara kehidupan single mingle ketika itu. But, there were few reasons yang menyebabkan cik menceburkan diri dalam bidang itu ewah.

Di kantin universiti ketika itu tiada yang menyediakan menu halal...balik-balik cik makan nasi lauk salad, shiromi zakana (ikan goreng)..bosan to iu ka, MUAK ! Tapi apa nak buat, perantau kan...roti yang buleh nak telan pun limited la sangat. Dari situ lah timbul projek bisnes bento (bekal) ni. Dalam kepala penuh plan bercantum sana sini on how to start the business.

Maka, apabila cik masuk tahun ke-2 pengajian, when class pun tak sepadat first year, cik pun mula la kecil-kecilan. Malam cik siap masak nasi lemak and sambal. Bangun pagi, goreng telur , ayam and potong timun...terus packing and hantar ke rumah customer cececeh. Customer ni adik-adik junior, ada juga senior dan kawan-kawan sama batch ,semuanya Malaysian di universiti yang sama yang tinggal berdekatan. Yang tinggal jauh sikit tu, cik pass masa kat universiti je.

Kadang-kadang cik tukar menu jugak la..nasi paprik ke, nasi bungkus lauk ke..cik berjaya mengumpul customer yang tegar. Cik pernah hantar nasi waktu hujan turun dengan lebat, waktu salji turun sepoi-sepoi..naik scooter. Scooter cik Sabariah namanya. Hebat juga cik merempit dengan Sabariah dolu-dolu ahahaha (perasan)..

Alhamdulillah sampai la cik grad, 3 tahun cik jual nasi lemak...nasi lemak cik bukan sahaja Melayu yang beli, Japanese, Indonesian juga turut support bisnes cik. Tak sangka ... syukur. Kalau takde kelas pun, cik ngan Sabariah sanggup rempit ke universiti demi customer-customer cik yang cik sayang hargai. Pernah satu hari, lepas hantar nasi, cik ngan Sabariah accident...cik terseret di jalanan, nasib baik lori kat belakang cik berhenti. Kalau tidak...tak tahu la nasib cik. Sabariah calar balar, kaki cik pon!! Sakit nye jangan cakap...Gugur air mata cik ..huhuhu. Tak dapat cik pergi lab for a while sebab kaki tak boleh jalan elok..camna nak naik Sabariah pergi lab kan.So cik berehat je kat rumah...adoila...cari penyakit..

Cik pernah buat nasi lemak 100 bungkus untuk satu event Malaysian kat tempat cik dulu. Seronok juga berniaga ni. Time tu junior cik tolong cik..mana larat nak buat sorang tu huhuhu. Tapi kan, cik jarang buat nasi lemak untuk cik makan sendiri tau...hmm ape ke pelik...Bila dah pindah after kahwin, cik cuba juga bisnes kat tempat baru ni.. Baru je nak start..tapi terbantut sebab rezeki cik kat tempat lain...cik mengandungkan Little Hana..maka di situlah berakhirnya (for now kot) perjuangan cik dalam bisnes membisnes nasi lemak di bumi perantau ni.

Mula-mula risau juga..sebab dengar-dengar buleh kene tangkap sebab memandai jual..yelah negara maju ni semuanya ade system nya kan. Tapi cik takut-takut belasah juga...huhuhu. Rezeki bisnes ni, cik kumpul duit buat persediaan kahwin dan guna masa mula-mula set up diri after kahwin kat tempat baru ni. Berbaloi la cik accident dolu-dolu tu huhuhu.. Sabariah, sampai hari ni setia dengan cik. Cuma sekarang cik boleh posing je la dengan dia..nak naik macam mana? Little Hana nak letak mana? Dalam bakul? Sabariah sang suami yang guna.

nasi lemak ihsan cik google

So itula sedikit sebanyak kenangan cik...kenangan yang sangat bermakna mengisi helaian hidup cik di bumi perantau ni..