Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Friday, July 8, 2011

The Apple Pie and I'm 25 !!

Assalamualaikum..

On 5 July yang lepas genap lah usia cik 25 tahun...wahhh tak sangka sudah menginjak suku abad usiaku. Masa zaman kanak-kanak dulu siap buat list hadiah every year.. sekarang ni tak perlu buat list dah. Tettt je wallet sang suami pastu buat ayat manja lah mintak macam-macam wahahaha. Acah je..Anyway for my birthday, cik buat apple pie ..memandangkan ada dua ketul apple yang lama tak berganjak daripada dalam bakul tu elok sangat la cik perhabihkan.



Walaupun apple pie ni amik masa nak siapkan tapi cik rasa tak lah renyah sangat. Cuma perlu sabar sebab dough kene sejukkan dalam fridge je. Cik tengok recipe daripada video cik runnyrunny ni. I think its a better way to learn how to make a pie. If I write down the steps, it could be difficult to understand. Cuma cik tambah cinnamon powder for the filling and I bake almost 45 minutes to get the shining looks. You can also find out how to make the lattice top from  here.



Alhamdulillah I got so many birthday wishes this year. With sang suami and Little Hana, I feel like my life is almost perfect right now. Mungkin inilah nikmat yang dikurniakan Tuhan sebelum didatangkan ujian-Nya kepada cik. Semoga cik bersedia dan sentiasa bersyukur kepadaNya. Mungkin nikmat ini tidak akan cik miliki di tahun-tahun yang mendatang..siapa tahu kan?

Ya Allah Ya Rabb, aku bersyukur kerana mengurniakan diriku nikmat dan kepanjangan umur...ampunilah dosa-dosa yang telah ku lakukan sepanjang hayat ku sehingga ke hari ini. Ya Allah, semoga bahagia kekal milik-ku dan keluargaku serta semua mukmimin. Amen Ya Rabbal Alamin..

Happy 25th Bithday to me!

Sunday, July 3, 2011

Custard fruit pudding

Assalamualaikum



Summer has come..panas agaknya kat luar tu..cik tak rasa sebab pasang air-cond memanjang dalam rumah wahahaha. Buat puding khas buat suami yang balik rumah panas-panas huhu. Resepi sama je macam yang sebelum ni cuma guna bahan-bahan yang ada kat little kitchen je.

Ingredients

( Pudding )
  • tepung custard - 2 cup
  • air - 8 cup
  • gula - 4 sudu
( Sauce )
  •  susu cair - 1 tin
  • air - 1 tin
  • esen vanilla - 1 teaspoon
  • gula - 5 sudu ( terpulang if nak tambah or kurang manis )
  • garam - secubit
Buah-buahan dalam tin, nata de coco.

Method
  1.  Capurkan semua bahan pudding ke dalam periuk kecil dan panaskan atas api kecil sehingga likat. Tutup api .
  2. Tuang ke dalam loyang dan disejukkan
  3. Sauce- Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih ( api sederhana ). Sejukkan.
  4. Campurkan buah-buahan semasa menghidang.
 This time cik buat half je drpd resepi. Dapat la 4 cawan macam dalam pic tu. Happy baking !!

Monday, June 20, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum

Dolu-dolu cik selalu beli cream puff brand Beard Papa kat Jepun nih. Unfortunately, tak boleh makan dah sebab it contains bahan-bahan yang meragukan. So, memang selalu la ngidam makan cream puff.. sampai la seru untuk buat sendiri ..  Yang penting oishiii okaayy (and of course easy).



Puff
Ingredients
  • 50ml air 
  • 50ml susu
  • 50g butter-suhu bilik
  • 50g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur - dikacau
Method 
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan cooking sheet.
  2. Masukkan air + butter + susu ke dalam periuk. Kacau perlahan. Masak dengan api sederhana. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau dengan laju sehingga sebati. 
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan sedikit likat. ( bila angkat dengan spatula, lambat jatuhnya)
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang dengan anggaran diameternya  5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil (celup jari dalam air sikit) supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 160c dan bakar selama 15 minit. or sampai perang sikit permukaan nya).
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan custard cream.

Custard cream
Ingredients
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc susu segar
  • 1 biji telur
Method
  1. Masukkan tepung dan gula ke dalam periuk kecil. Masukkan 2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Panaskan atas api kecil sehingga likat.

Daaa siap pun...tabur gula icing on top of it bile nak serve. YUmm2...
Dah cuba ?? Amacam ??

    Friday, June 17, 2011

    Fruit Pastry Cake

    Assalamualaikum..


    Cik dah lama berhajat nak buat kek ni sebab tengok gambar kat dapur cik Yummylicious ni memang terliur la. Yang buat cik happy, senang la nak buat nye. Sesuai untuk status ibu anak kecil macam cik ni. Takdela cik terkejar-kejar kat dapur pastu Little Hana pula.Kejap je preparation nye...cik sangat suka resepi yang rakus mudah cenggini. Resepi asal kat sini. But cik ada ubah ikut condition cik.



    Ingredients
    • 100gm butter
    • 180gm gula
    • 50gm yogurt
    • 3 biji telur-pukul sket
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1 sudu teh perahan lemon
    • 210gm tepung
    • 1 sudu teh baking powder
    • buah-buahan hiasan ( peach, the berries )

    Method
    1. Pukul butter dan gula serta yogurt hingga ringan. 
    2. Masukkan telur satu persatu dan pukul. 
    3. Masukkan esen serta perahan lemon, pukul. 
    4. Masukkan tepung dan baking powder yg diayak dan pukul rata. 
    5. Masukkan kedalam loyang beralas, ratakan permukaan adunan. 
    6. Susun buah-buahan di atas adunan. 
    7. Bakar pada 180'c selama 50min. Tutup loyang dgn foil pada 10min terakhir supaya bahagian atas tidak terlebih masak. 
    8. Sejukkan dan tabur gula aising jika suka.


    Bekas yang cik guna kecik je..yang jual kat 100yen shop so dapat buat 2 kek from this adunan. Satu buat bekal sang suami..katanya nak berkugiran bersama teman-teman lewat malam ni.

    Dah cuba?? Amacam??

    Monday, June 13, 2011

    Caramel Pudding

    Assalamualaikum.

    Ni cubaan cik buat caramel pudding with pengukus yang baru sang suami beli ( yeay yabedabedu!! ). Bab caramel nya kurang hangus..lain kali nak kena lama sket. Resepi daripada cik Alia. Terima kasih banyak ye. Cuma ada step yang cik ikut cara sendiri.


     

    Ingredients

    (Pudding)

    • 400cc susu segar
    • 5 sudu besar gula halus
    • 3 biji telur -  room temperature
    • 2 biji telur kuning - room temperature
    • 2-3 titik esen vanila 
    (Caramel)
    • 5 sudu besar gula
    • 2 sudu besar air 
    Method 
    1. Caramel : Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
    2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. 
    3. Campurkan susu dan esen vanila. Panaskan dalam microwave.
    4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
    5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
    6. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
    7. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

    Thursday, June 9, 2011

    Fruites Custard Pudding

    Assalamualaikum

    Kali ni cik nak share recipe yang diberi oleh junior cik kat Fukuoka ni. Minta izin dipaparkan ye cik Dian !! Senang benor nak buat nye. The taste?? Jangan la tanye.. of course laju je lalu kat tekak cik. Lagi-lagi dah masuk summer nih. Jom tengok recipe.

     

    Ingredients

    ( Pudding )
    • tepung custard - 2 cup
    • air - 8 cup
    • gula - 4 sudu
    ( Sauce )
    •  susu cair - 1 tin
    • air - 1 tin
    • esen vanilla - 1 teaspoon
    • gula - 5 sudu ( terpulang if nak tambah or kurang manis )
    • garam - secubit
    Buah-buahan dalam tin, nata de coco.

      Method
      1.  Capurkan semua bahan pudding ke dalam periuk kecil dan panaskan atas api kecil sehingga likat. Tutup api .
      2. Tuang ke dalam loyang dan disejukkan
      3. Sauce- Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih ( api sederhana ). Sejukkan.
      4. Campukan buah-buahan semasa menghidang.
      Adoi la...senang nye nak buat kan.
      Dah cuba ?? Amacam ??

        Sunday, June 5, 2011

        Fruit tart


        Sejak Little Hana lahir, when it comes to the 12th day every months, cik akan buat something konon2 nak celebrate birthday die. This fruit tart cik buat masa die nye 3 bulan birtmonth hehehe. First time buat tart, alhamdulillah tak mengecewakan. Tang nak wat kulit tart tu je yg makan masa sket. Tapi berbaloi2 la...enak dong!



         Ingredients

        ( Tart)
        • Butter ... 80g  (suhu bilik)
        • Tepung ... 140g ( diayak)
        • Gula icing ... 40g
        • Kuning telur ... 1 biji
        • Susu segar .. 1 ts 
        ( Custard cream )
        • 2 sudu besar tepung custard
        • 4 sudu besar gula
        • 200cc susu segar
        • 1 biji telur
        • 1 sudu besar mentega
        (Hiasan)
        • Buah-buahan (strawberi, kiwi, blue berry etc)

        Method

        (Tart)
        1. Pukul butter dgn speed yang tinggi sehingga jd krim.
        2. Masukkan gula icing dan pukul lagi.
        3. Satukan kuning telur dan susu segar, kemudian masukkan ke dalam adunan. Pukul lagi.
        4. Masukkan tepung dan gaul menggunakan spatula.Gaul sehingga menjadi doh.
        5. Simpan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 30 min.
        6. Keluarkan doh. Tabur sedikit tepung pada papan uli dan canaikan doh.
        7. Letakkan doh yang sudah dicanai ke bekas pembakar. Cucuk2 garfu pada permukaannya.
        8. Bakar pada oven yang sudah di pre-heat 200 deg selama 25 minit (or sampai permukaan nampak garing).
         ( Custard cream )
        1. Masukkan tepung dan gula ke dalam periuk kecil. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
        2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
        3. Panaskan atas api kecil sehingga pekat.
        4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau sebati.
        Apabila kulit tart dah sejuk, letakkan custard cream dan hias dengan buah-buahan pilihan. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.



        Dah cuba ?? Amacam ??