Bestnya rakyat Malaysia masih cuti-cuti lagi. Untung betul tinggal kat Malaysia kan. Bersyukur jangan tak bersyukur. Alhamdulillah bumi Fukuoka beberapa hari ni dijangka sejukk sangat. Actually most of bumi sakura ni dah bersalji. Fukuoka aje malu-malu salji nak turun.
Semalam, cik menerima sekeping poskad. Datangnya daripada lab cik masa belajar kat universiti dulu. Harini nak kongsi ceritera sedikit berkaitan dengan poskad yang sampai semalam..
"Oseibo"...cik tak berapa paham details tapi ianya lebih kurang macam satu budaya/adat/tradisi rakyat Jepun di mana setiap tahun, ada 2 kali oseibo ini dilakukan. One during August and one during the end of the year, in December. Adat ni is like kita send something macam ole-ole ke, buah tangan, hadiah kepada mereka yang telah berbakti kepada kita seperti keluarga, saudara, syarikat, sekolah, kawan-kawan, senior dan sebagainya.
Kalau masuk bulan Ogos dan December, mall-mall kat sini sampai buka pameran kat ruang-ruang lapang untuk pamerkan pelbagai jenis buah tangan yang sesuai untuk oseibo ni. Daripada kuih-muih, arak, barangan pencuci, kopi, jus, air tin dan ohh macam-macam lagi. Of course, sebab ini buah tangan kan, semuanya sudah cantik-cantik dibalut. Tinggal pilih mana yang berkenan.
Masa cik masih study dulu, bila sampai je oseibo ni kat lab, perasaan tu best sangat. Walaupun cik tak kenal senior-senior yang beri semua oseibo ni tapi siapa yang tak suka bila dapat hadiah kan. Inilah tujuan oseibo, walaupun dah jauh berpisah masih saling ingat-mengingati, masih berterima kasih, masih menghormati, ala-ala ukhuwah berkekalan gitu.
Bila cik dah graduate, cik decided nak follow budaya oseibo ni. Jadi, setiap tahun cik tak ketinggalan memilih oseibo yang akan dihantar kepada mereka yang berbakti kepada cik sepanjang cik belajar dulu. Antaranya, cik hantar kepada lab, keluarga angkat Japanese, keluarga Japanese-Muslim, Japanese teachers cik masa buat preparation kat Malaysia (sekarang diorang dah balik Jepun) dan juga kawan-kawan Japanese. Sekali hantar memang banyak tapi selalunya kat tempat jual oseibo ni dah ada service delivery so senang sangat. Tak perlu angkut balik rumah, balut pastu nak kene post balik. Just pilih and deliver kat situ jugak.
Oseibo siap ber'ribbon' - gambar ihsan mr.google |
Sebagai ucap terima kasih pula, lab cik selalu akan bagi poskad tanda dah terima oseibo sambil update perkembangan terbaru lab. Dulu, cik pernah diberi tanggungjawab hantar poskad kepada semua yang bagi oseibo kat lab. Waduh, bukan sedikit bilangannya. Tapi it was kind a really good experience to me. Siap ada software khas for penggunaan poskad. Maklumla Japanese memang ada custom bagi poskad every new year. So software ni memang memudahkan kerja.
Begitulah ceritera oseibo. Bila dah balik tanah air, insyaAllah budaya yang baik-baik ni cik akan cuba teruskan. See you in next entry.
No comments:
Post a Comment