Showing posts with label mumble. Show all posts
Showing posts with label mumble. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Bila Harus Memilih Taska : Taska Naliadif di Putrajaya

Assalamualaikum,

Kali ni terasa nak berkongsi pengalaman cik mencari taska untuk anak-anak sebelum cik mula bekerja dulu.
Cik bukanlah seorang yang sangat cerewet. Tapi cerewet sikit-sikit tu sudah tentu penting demi kepentingan anak-anak. Lebih-lebih lagi ketika mencari taska untuk anak-anak tumpang berteduh sementara cik bekerja.

Google sahaja ' taska + Putrajaya' maka berderet-deretlah artikel-artikel berkenaan. Tepuk dada tanya selera. Nak yang mahal ke, murah sikit ke, dekat dengan rumah ke, dekat dengan office ke kan. Sesudah khatam membaca info thru blog-blog dan website, cik juga tawaf hampir seluruh putrajaya untuk meninjau taska yang boleh memenuhi kehendak kami. Jumpa yang berkenan di hati, tapi sudah tidak menerima kemasukan lagi. Ada yang nampak sesak je dari luar. Ada yang rumput2 tinggi tak sempat dipotong agaknya. Ada yang dekat dengan taman permainan. Ada yang sampah penuh pampers kelihatan di tong sampah hadapan. Ada yang cantik dicat. Ada yang disimpang, ada yang ditengah-tengah, ada yang di rumah kedai.

Akhirnya yang menjadi pilihan ialah Taska Naliadif yang terletak di Presint 15H.Kenapa? Antara sebab utama ialah harga yuran yang sedang-sedang, maklumla nak hantar anak 2 orang. Tambahan pula, memang laluan cik nak ke tempat kerja, jadi takdelah makan masa sangat nak pusing-pusing hantar ambil anak-anak. Owner dan pengasuh-pengasuh yang ramah dan selalu senyum. Jawab soalan-soalan cik dengan sabar.

Antara pengasuh yang berkhidmat adalah ibu kepada owner taska sendiri. Jadi dah kira pangkat nenek lah kepada anak-anak kan. Tapi nenek segak lagi. Itu yang tambah keyakinan cik hantar anak-anak ke situ sebab ada orang tua yang banyak pengalaman. Kadang-kadang nenek ni garang sikit huhu.

Minggu pertama hantar anak-anak memang mencabar. Kakak Hana senang sikit, tak nangis dah masuk hari kedua. Cuma adik la struggle sungguh. Pantang sampai depan pintu memang meraung aje. Adela jugak beberapa minggu berterusan. Tapi teacher kata adik masa sampai je nangis, dah masuk taska campur kawan-kawan + kene dukung lagi dengan teacher ok dah.

Masuk bulan kedua syukur sangat-sangat. Anak-anak dah serasi bebenor dengan environment taska tu. Adik no more cries. Siap hulur tangan ke teacher minta dukung. Ouch adik..Cuma yang buat sedih retak hati jiwa bila dapat perkhabaran harga yuran terpaksa dinaikkan soon. Yuran kakak dari RM280 terus ke RM400. Adik pula RM350 naik jadi RM400. Teacher kata sebab kelab pengasuh Putrajaya yang standardized yuran minimum RM400...mereka pun ala2 terpaksa turut sama. Aduhai mahal sangat kut.. Dah tak jadi sebab utama lah cik pilih taska ni kan kalau sebab yuran.

Lama juga termenung. Apa yang terbaik agaknya. Cari taska lain? Masalahnya anak-anak bukan senang nak serasi. Bila dah serasi, berat hati pula nak hantar tempat lain.Almost RM200 juga kami perlu tambah untuk yuran anak-anak. Lepas juga bayar bil Astro, bil air, bil letrik,duit minyak motor sang suami selama sebulan. Aduh...sambung termenung lagi.

Kemudian, sang suami berkata," Takpelah kita hantar je kat situ. Nak cari tempat lain bukan senang. Lagipun duit tu kalau tak guna kat anak-anak mungkin kita guna kat tempat yang tak sepatutnya." Maka jelaslah keputusan kami. Hati yang berbelah bahagi sudah ada keputusan yang pasti.

Setakat ni senang hati je anak-anak hantar kat situ. Kakak Hana rajin menyanyi tiap-tiap kali balik rumah. Nampak ceria je. Kalau cuti weekend pun minta hantar pergi sekolah. Oh Kakak! Ada pernah sekali cik masuk duduk dan berbual-bual (tanya macam-macam sebenarnye) kepada pengasuh taska sebab anak cik tak baik-baik demam selsema. Tanya la diaorang makan apa, aktiviti apa, dan sebagainya. Walaupun nampak macam cik nak attack tapi akhirnya kami macam borak santai je. Happy sangat sebab puas hati dengan semua jawapan. Hilang semua ragu-ragu.

Walaupun taska ni tak ternama macam taska yang lain, yang penting kan anak-anak suka,ibunya pun suka kan. Tak semestinya tak bagus setuju kan? Kalau sesiapa mencari-cari taska boleh rujuk blog ni.

Semoga Allah terus merahmati dan memberkati hidup kita semua. Semoga hidup dan mati kita dalam iman.
Jumpa di post seterusnya ok.

:)

Thursday, February 6, 2014

Best Laksa Johor in Cyberjaya - "J Scoozi"

Assalamualaikum.

Belum pernah rasanya cik review kedai makan dalam blog cik. Mari kita mulakan.

Sejak-sejak pernah jadi orang Johor memang selalu mengidam nak makan laksa Johor. Susah rasanya nak jumpa kedai ada menu masakan glemer Johor ni. Kalau mee bandung tu bersepah kan.

Tanpa diduga bagai bulan jatuh ke riba, cik bersama officemate telah menemukan sebuah restoran masakan Johor di bumi Cyberjaya ini. Yang best nye ialah kami hanya perlu berjalan kaki untuk menuju ke sana. Depan office je kut , yes!

Pemilik restoran namanya makcik Khadijah. Katanya dah 2 tahun juga restoran ni dibukan. Mungkin lokasi yang sedikit tersembunyi buat orang tak tahu kehadirannya. Tambahan pula nama kedai yang vavavava.. J Scoozi you all! Mana orang berani masuk kan. Letak la Mak Jah corner ke, Mak Limah Johor Cuisine ke kan.Mesra la sikit ye dak.Kata makcik nak bagi nama sesuai sikit dengan standard Cyberjaya. Boleh?
 


 First time datang, cik order laksa Johor. Selain laksa johor, ada set asam pedas, set ayam rempah, kacang pool (pagi je kut) dan lain-lain lagi. Macam biasa, datang kedai mesti minta menu kan. "Alah dik, menu tak siap lagi la." Emmmm boleh tak pembaca blogku sekalian? Adekah logik restoran dah buka setahun takde menu lagi. Mungkin makcik nak upgrad lepas ni tak main la pakai buku menu ni. Touch screen je nanti. Kuttt?

Bila laksa kegemaran sampai ke meja makan, memang teruja sangat-sangat lah. Belum lagi terkenang saat-saat laksa bersama kuah yang pekat dah enak tu masuk dalam mulut. Weh, terliur la pulak sekarang nih!
 Cukup sempurna. PERFECT! Sekali suap, terus teringat kenangan-kenangan lalu menjadi perantau di negeri Johor. Kelas tak? Sekali suap memang tak boleh berhenti sampai la pinggan tu licin.

Kali kedua pergi, masih order laksa Johor kegemaranku lagi. Kali ketiga cik cuba set asam pedas pula. Tak menghampakan!

Harga untuk laksa Johor is RM8, set asam pedas RM6.50..air suam free :) Sebab takde menu kan, jadi tak tahu lah harga masakan yang lain hehe.

Restoran J Scoozi terletak di Jalan Teknokrat 3, Cyberjaya. Berhadapan dengan bangunan IBM/ Emerio/ Wisma Shell. Kalau dari tepi jalan nampak kedai mamak Pelita, Sun Francissco Pizza.J Scoozi kat belakang ye. Makcik kata Ahad tutup. Kalau you all nak datang, cer call dulu makcik Khadijah ye 016-2689004.

Jumpa di next post ye! Thanks for reading :)


Monday, January 27, 2014

I've got your number - Review

Assalamualaikum.

Cik baru selesai baca novel tulisan Sophie Kinsella tajuknye I've got your number. Ada sesiapa peminat Sophie tak? I know I'm one of them.


Lama dah beli novel ni ..berbulan-bulan yang lalu. Tak sempat nak baca je. Macam takde kesempatan pulak . Akhirnye berjaya jugak habiskan. Best sangat kot cerita nye.

Poppy Wyatt merupakan watak utama disamping Sam Roxton. Poppy jumpa handphone kepunyaan PA Sam dalam tong sampah dan terus guna macam hak milik sendiri since dia baru je kena ragut. Di situlah mereka kenal each other. Just through phone calls dan msg, tak pernah jumpa bertentang mata.

Poppy baru je lost cincin pertunangan dia  (cincin warisan keluarga tunang dia). Ha cuak tak? Esok dah la first time nak junpa mertua.Hadoi mana boleh hilang ni? So, hp yang dia jumpa tu sangat la penting sebab kalau2 sesiapa jumpa cincin tu boleh la call dia kan.

Sam pulak perlu la sangat hp ni sebab company punya. Pulak tu semua email2 untuk dia mesti masuk hp tu. Haruslah hp tu dipulangkan supaya takdela maklumat company ni cicir kat siapa2.

Bermula dari situ, bermula la episod daripada dua org stranger kepada kenalan kepada kawan? kepada peminat?  Yang mana membawa kepada episod Poppy menyelamatkan company Sam daripada fitnah. Sam pula bantu Poppy cari orang yang curang dengan tunang dia.

Lastly, walaupun tunang dia curang, Poppy setuju jugak kahwin dengan dia. Until semua hadirin dalam majlis wedding tu dapat sms dari Sam yang minta mereka stop Poppy dari meneruskan niat dia tu.

Jadi tak Poppy jadi isteri tunang dia agaknye?Sam and Poppy? 

Tak best nye kalau cik cerita semua kat sini. Pernah tak uolls baca novel yang buat uolls terfikir-fikir watak-watak dalam novel tu. And you're wondering what will happen from now on (after the last chapter). You want the chapter to continue and continue.You don't want it to end. You also google to find out more about the character even you realize the person doesn't exit in the real life. You want to find out how the character looks like. Sometimes you don't realize you are smiling because you had the episode in the novel playing in your mind. 

This is one of the story that might take you into that life. If you are a fan of Sophie, this is one of her book that you need to read and keep it in the shelf as you might want to read it again in the future because it is fun and satisfying.

I am looking forward to read another book by Sophie  --> Wedding Night

:)

Friday, January 24, 2014

A new chapter

Assalamualaikum.

Perantau...merantau...di rantauan.
Bila la nak berhenti merantau agaknya?
Apa salahnya hidup dalam rantauan sehingga hujung nyawa sekalipun kan?

Setelah pulang ke tanah air hampir 2 tahun lalu, ini kali ketiga cik berpindah rumah. Kali ni ke negeri Selangor pula.
Merantau lagi...tempat baru, suasana baru dan STATUS baru.

Buat pertama kalinya cik sudah berubah status dari SAHM kepada working mother.
Pertama kalinya meninggalkan anak-anak untuk dihantar ke nursery.
Pertama kalinya mengenali suasana bekerjaya, bersama teman-teman baru, keluar rumah pagi pulangnya petang.
Merasai betapa tidak sabarnya untuk mengambil anak-anak di taska, melihat mereka berlari anak sambil memanggil mama.
Bingung memikirkan pakaian yang akan dipakai esok hari untuk ke tempat kerja. Mana satu yang perlu digosok..
Teruja menunggu ketibaan hari-hari cuti samada cuti hujung minggu atau cuti-cuti am. Kalendar meja sudah penuh ditanda dengan cuti-cuti yang ada setiap bulan.

Sama tak kita? U olls rasa yang sama??

Taman dalam bangunan office cik. Hijau : nyaman.


Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan beri. Syukur dan teruskan mensyukuri segala nikmatNya.



:)