Friday, March 9, 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum

Tinggal lagi 3 minggu je before meninggalkan bumi sakura.  Cik dan sang suami dah pun mula sikit-sikit packing barang masuk dalam kotak. Sibuk jugak la nak berjalan sana sini hehehe.
Cik nak share satu video kat sini. Ada masa tengok la ye. Semoga ada kebaikan yang kita dapat.




Last week cik buat blueberry cheese tart. Nak abiskan stok cream cheese dalam peti ais tu. My sister kat tanah air suka tart ni. Tapi dia kata mahal nak beli. Tak puas makan. Kalau perantau macam cik, nak beli kat mana kan. Haruslah belajar buat sendiri kan. Senang je buat nye banyak pulak tu dapat. Eh, nak inform juga..resepi-resepi yang dikongsi ni bukan nye niat nak menunjuk-nunjuk sangat. It is for my own collection je. Tapi mana tahu boleh bagi faedah kat orang lain bagus juge kan. Cuba tau!


Ingredients
Sweet Pastry (40 biji saiz kecil)
  • 125 g butter
  • 60 g gula icing
  • 1 biji telur
  • 240 g tepung gandum
Blueberry Cheese filling
  • 250 g cream cheese
  • 50 g gula icing
  • 20 g butter (lembutkan)
  • 1/2 sudu perahan lemon
  • 1 biji telur
  • Blueberry filling

Method
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Sweet pastry: pukul butter dan gula aising sampai creamy. 
  3. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. At this point doh cik terlalu lembut so cik tambah 15 g tepung lagi.
  4. Sapu tepung sikit kat tapak tangan untuk elak doh melekat. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan kat tapak tangan. Tekan supaya bentuk doh jadi rata baru letak dalam bekas tart. Tekankan doh dengan kemas ke dalam bekas tart. Trim bahagian tepi.
  5. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Oven cik perlukan 25 minit baru tart nampak cantik dibakar.Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  6. Untuk membuat cheese filling: pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga sebati. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  7. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 

Selamat mencuba ye. See you in next entry. 

Sunday, March 4, 2012

Easy Oishi Carrot Cake

Assalamualaikum

Sudah masuk bulan Mac.Tak sampai sebulan sebelum berangkat pulang ke tanah air. Wah macam tak percaya je. 6 tahun dah berlalu..Datang dulu bujang. Nak balik ni anak satu pewit..I am no longer a teenager :p

Kat sini cik nak share jugak luahan jiwa cececeh. Lately kat newspaper pun ada cerita kes murtadin yang semakin berani bersuara untuk keadilan mereka kononnya. Of course bila cik baca pasal diri mereka yang murtad ni kat website-website and blog diorang, cik hanya mampu istighfar sambil geleng-geleng kepala. Kita tak boleh benci diri diorang tapi kene benci dosa yang diorang dah buat tu kan. Masing-masing ada yang dibesarkan penuh ilmu agama, dalam family yang mengikut agama..tapi tak tahu kat mana silapnya, hati diorang terpesong jauh dari Nur Islam. Memang benar apa yang Allah dah banyak kali sebut dalam Al-Quran, sebagai contoh:

"Dan engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatan. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri" Ar-Rum ayat 53

Ada manusia bila semakin moden, semakin dia sombong dan bongkak terhadap Pencipta. Seolah-olah dosa, neraka, azab yang disebut dalam Al-Quran tu tak wujud. Kalau nak berubah or jadi mukmin yang lebih baik, jawapan yang keluar mesti belum datang seru. Seru...seru...seru..Mereka yang murtad, takada agama ni, kalau didatangkan ujian, kat sapa diorang nak memohon pertolongan agaknya. Semoga Allah memberi peluang lagi kepada kita semua untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelum ni. Semoga nikmat Islam dan Iman ditetapkan dalam jiwa kita semua Amin...

Anyway kali ni nak share resepi carrot cake. Ambil dari rumah kak Jun. Kononnya buat untuk bagi semangat kat sang suami for presentation dia hehe. Resepi asal kat sini. Resepi kat bawah ni bahagi 2 je daripada resepi asal. Maklumla yang nak makan pun cik n suami je. Tapi seyes kek ni senang dan sedap! Easy Oishi!! Cuba tau! 



Ingredients
  • 1 cawan tepung
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
  • 1 teaspoon cinnamon powder
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan vegetable oil
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan grated carrot
  • 1/2 cawan nenas (didadu)
  • 1/2 cawan chopped walnut
  • 1/2 cup kelapa parut (terlupa nak letak huhu)
Topping
  • 40 gram butter
  • 100 gram cream cheese
  • 1 teaspoon  esen vanila
  • 6 tablespoon icing sugar (adjust ikut taste sendiri kalau nak manis)
Method
  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan cinnamon powder bersama.
  2. Kacau sebati gula, telur dan vegetable oil dalam bekas yang besar.
  3. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan no.2. Kacau sebati.
  4. Masukkan carrot, walnut, nenas dan kelapa parut. Kacau lagi.
  5. Bakar dalam pre-heated oven 180 C for 40 minutes.
Topping Cream Cheese Frosting
  1. Pukul butter, cream cheese dan esen vanila.
  2. Masukkan icing sugar sediki demi sedikit.
  3. Tambah 1 sudu susu segar kalau frosting terlampau pekat.
  4. Sapu atas kek yang dah disejukkan.


Cik definitely will try this cake again. It was really nice that me and Little Hana cant stop chewing. It's gonna be in our favourite list! See you in next entry!