Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Rujukan Si Ibu Perantau

Assalamualaikum..

Cik nak share inisiatif yang cik ambil untuk rujukan apabila cik bergelar ibu. Maklumla hidup sebagai perantau..pandai-pandai la nak survive ..( aduh ayat sedey pule ). Yela jadi ibu pun ibarat jadi student yang baru mendaftar di kolej. Apa pun tak tahu, semuanya pengalaman pertama..semuanya adalah benda baru yang memberi ilmu. YES ! Ilmu...

So, here are the list sumber rujukan cik.

  1.  Keluarga di tanah air : Sumber pertama cik... dalam keluarga cik, sang kakak pun dah ada 2 orang anak, abang pun ada 1. Jadi, boleh la cik rujuk mereka yang berpengalaman ni.
  2.  Keluarga di perantauan : Alhamdulillah, kat tempat cik ni, banyak keluarga yang buat PhD. Termasuk la keluarga-keluarga Japanese yang rapat with cik. Apa-apa yang cik confuse, laju je cik tanya mereka. Tasukarimasu!!
  3. What To Expect The First Year by Heidi Murkoff dll : Buku ni cik beli before bersalin dan menjadi kawan karib cik since. Buku ni also sangat laris in US to show how good it is. Sangat sesuai bagi cik yang pertama kali bergelar ibu ni. 
  4. Babycenter.com : Laman sesawang yang cik guna sejak mengandung. This website updating cik with new info every week since peringkat kehamilan lagi. Banyak lagi website yang ada kan, tapi cik rujuk yang ni je. Bila dapat je info terbaru, cik rasa macam " Eeh, tau-tau je aku ade masalah ni .. " sebab this website macam bagi jawapan kat masalah yang membelengu cik ahahaha. 
my baby bible

Some people tak minat sangat rujuk buku, rujuk internet lagi laju. Terpulang pada masing-masing. Cik suka dua-dua hehehe. Nak duduk depan pc je pun skang bukan boleh sangat. Kalau ada buku tu boleh juga membaca time menyusu ke kan.

Walaupun entry ni macam tak menarik, cik harap dapat memberi info sedikit sebanyak bagi sesiapa yang memerlukan. Apalah sangat daripada diri cik yang tak seberapa ni.

Friday, June 10, 2011

Si Uri ? Ke mana perginya ??

Assalamualaikum.

Bertemu kita lagi. This time cik nak kongsi pengalaman cik bersama kisah si uri (bukan Suri Cruise okkay ).

Semasa pertemuan cik dengan doktor sakit puan kira-kira minggu ke-30 kehamilan, kami telah berdiskusi mengenai si uri.

"Doktor, kawan-kawan saya yang pernah bersalin kat sini, mereka dibenarkan mengambil uri selepas anak mereka dilahirkan. Jadi, saya pun nak juga uri saya tu nanti ".

"Em, macam ni ye puan. Uri ni kami klasifikasi sebagai organ. Kerajaan Jepun tidak pernah membenarkan organ dibawa keluar daripada hospital tanpa sebab-sebab yang melayakkan puan berbuat demikian. Em, puan nak buat apa dengan uri tu ? "

"Kat negara kami, uri tu boleh bawak balik, kami cuci dan kami tanam. "

"Tanam ? Kat tanah mana puan nak tanam kat Jepun ni ? Bahaya jika anjing-anjing korek tanah tu . Uri ni boleh membawa kuman kalau tidak betul-betul dibersihkan."

" Kalau kami tak dibenarkan ambil, apa pihak hospital akan lakukan padanya? "

" Oh, jangan risau. Uri ni akan dihantar untuk pelupusan. Akhirnya uri ini akan dibakar, jadi kuman yang terdapat padanya akan mati. Di Jepun memang begini sistemnya. Membawa keluar organ adalah satu kesalahan di Jepun. Ia adalah undang-undang. Tindakan kerajaan boleh dikenakan kepada pihak hospital, doktor dan semua staff yang terlibat semasa puan melahirkan anak nanti. "

"Oh, dilupuskan..."

"Macam ni lah puan, puan berbincang dengan suami. Fikir masak-masak. Jika puan tetap mahukan uri tu, kami terpaksa menolak puan daripada melahirkan anak di hospital kami. Puan boleh pergi ke mana-mana hospital yang lain tapi saya pasti jawapan yang mereka berikan tetap sama. Ataupun, puan baliklah ke negara puan dan bersalin di sana. Puan dah minggu 30 ni, sebaiknya buat keputusan segera."

Begitulah antara dialog yang berlaku antara cik , sang suami dan doktor tersebut. Dalam hati cik, timbul kekusutan. Kalau tak ditanam uri tu, berdosa ke cik? Selama yang cik tahu, family dan kawan-kawan semuanya tanam. Cik dan sang suami mengambil keputusan untuk bertanya kepada sahabat-sahabat negara lain yang berada di sini.

Hasil daripada soal jawab sang suami dengan sahabat dari negara Arab Saudi, tidak ada syarat dalam agama kita menyuruh dibuat demikian terhadap uri. Di negara beliau juga, uri tidak dibawa pulang. Pihak hospital yang menguruskannya. Beliau menambah lagi, katanya ajaran agama Islam kat negara kita pelik sikit. Hangin cik mendengarnya..tapi kalau difikir dan dipertimbangkan tidak ada yang salah statementnya. Mungkin beliau berkata begitu hasil daripada pemerhatiannya terhadap warga negara kita yang ada di sekelilingnya.




Kenapa di negara kita uri tu ditanam? 

Benarkah uri itu antara bahan-bahan yang digunakan di dalam penghasilan kosmetik?

Dilupus atau ditanam.. tujuannya sama, yang mana satu lebih efektif?

Banyak betul persoalan menerjah diri cik. Maklum sahaja diri cik yang tidak punya ilmu sebidang di dada. Setelah berbincang dengan suami, biar apa pun yang akan dikata terhadap kami, kami sebulat suara menyerahkan pengurusan si uri kepada pihak hospital. Tambahan pula, cik taknak la bersalin kat Malaysia sorang-sorang. Ini kan pengalaman pertama kami. Sama-sama kami menempuhnya eceh.

Fikir-fikir kembali, di bumi Jepun ni, sangat sukar sekali atau cik tidak pernah melihat anjing-anjing liar berkeliaran. Berbeza dengan negara cik ( kawasan rumah cik kat KL jgn cakap....). Tapi itu antara yang dirisaukan oleh sang doktor. Adakah kita di Malaysia tidak serisau sang doktor ketika menanamnya? Ada yang menanam si uri bersama bahan-bahan lain .. paku etc. Adakah ini termasuk dalam ajaran kita atau sekadar budaya ? Cik pasti melakukan perkara yang sama jika berada di Malaysia.

Cik tak puas..banyak sangat persoalan yang cik mahukan jawapannya.
Kongsikan...kepada yang mempunyai jawapan di tangannya.

Cik tak tahu pun rupa si uri. Sang suami sahaja yang melihatnya. Bagaimana pun rupanya, semoga si uri akhirnya selamat disempurna.

Wednesday, June 8, 2011

Little Hana, saat kelahirannya - part 2

Assalamualaikum...

Sampai kita ke part 2 dalam kisah yang sama. Sedut nafas, ambil feel...dan cik kembali ke saat kisah ini terjadi...wang..wang..wang ..blupp..blupp ade awan putih kabur (macam dalam tv )

Suasana dalam kereta semasa perjalanan menuju ke hospital aritu tak seceria selalu.Kerana menahan kesakitan yang kian terasa, cik hanya mampu memejamkan mata. Berulang kali cik membetulkan kedudukan apabila contraction menyerang. Sejurus tiba di pintu utama hospital, cik gagahkan juga diri untuk berjalan menuju ke part pakar sakit puan. Namun, staff hospital yang sedia menanti di pintu utama itu manghalang niat apabila melihat langkah cik yang agak lemah itu. Lalu disorongnya cik dengan menaiki welcha mcm dalam Hantu Kak Limah tu. Itulah pengalaman pertama cik naik welcha...Cik segan...

Setelah doktor dan midwife buat routine check-up, maka sahihlah bahawa cik kene admit dah time tu. Pintu pun dah terbuka 3 cm. Huhu...cik ingat dah soon sangat-sangat da nak bersalin..tapi masih ada separuh lagi perjuangan ini berbaki.  Just imagine , hampir 8 jam menunggu, pintu hanya terbuka sebanyak itu..Allah...

Cik dihantar ke wad bersalin di mana terdapat 3 lagi katil khas buat ibu-ibu yang menanti kelahiran anak masing-masing, diberikan persalinan dan disuruh berehat. Waktu itu cik memang tak lalu nak makan , just meneguk air zam-zam yang dibekalkan keluarga tempoh hari. Kasihan sang suami, tak dapat cik menemannya makan tengah hari..kemudian, tertidur dia di kerusi bersebelahan katil cik. Cik juga cuba tidur. Namun kerap terjaga apabila contraction menyinggah lagi. Sehinggalah, jam menunjukkan hampir 530 petang...

Ketika itu semakin kuat kesakitan yang cik rasa. Setiap kali contraction, midwife tak benarkan cik teran..diajarnya cik teknik bernafas. Namun sayang sekali, teknik itu tak bisa mengurangkan sakit yang bagai dicucuk-cucuk ini. Biarpun cik bersama 3 orang ibu lain yang sedang menanti masa bersalin, hanya cik sorang je dalam bilik tu yang meneran-neran kesakitan. Cik tak pasti apakah ibu-ibu lain itu sakitnya kurang daripada cik, atau, sudah memang lazim sikap Japanese yang tidak suka menggangu orang lain....

Dan tibalah saatnya di mana cik tak dapat lagi menahan diri daripada meneran. Ketika itulah, air ketuban cik pecah. Habis basah.. midwife datang , disuruhnya sang suami tunggu di luar dan kemudian dia menukarkan persalinan cik. Cik bertukar bilik daripada bilik menunggu ke bilik bersalin. Cik ingat dah sampai step push push..tapi sebenarnye belum lagi. Midwife tak benarkan cik teran sebab pintu belum 10 cm lagi. Allah...cik dah tak tahan..

Sang suami teguh di sisi, tak putus-putus memberi semangat, bersama-sama melalui pengalaman pertama ini. Setelah masanya tiba, dengan kudrat yang ada, cik mengenggam erat besi si katil, beberapa kali cuba sedaya upaya meneran, membantu junior cik yang juga sedang berusaha sedaya upaya cuba melihat dunia.  Tidak semudah yang cik sangka...hampir 2 jam berusaha masih tidak berjaya. Sehinggalah episotomy itu terpaksa dilaksana.

Akhirya ,jam 833 malam, lahirlah dia ke dunia...dan sekelip mata itu juga, hilangnya segala kesakitan dan kesulitan yang cik rasa. Allahu akbar...Alhamdulillah..bagai tidak percaya. Betul lah seperti apa yang orang bicara...hilang semuanya...hilang..Lalu cik dakap anak cik, cik susukan dia buat kali pertama..bagaikan tidak percaya. Itulah wajah dia yang cik tunggu-tunggu begitu lama..yang kami namakannya Hana Nasuha Ilhami, permata hati kami.

Tuesday, June 7, 2011

Little Hana, saat kelahirannya - part 1

Assalamualaikum..

Apabila usia kandungan cik memasuki 36 weeks, maka secara physicology nya cik dah pun bersedia untuk berhadapan dengan situasi kelahiran junior cik. Namun, Allah sahaja yang mengetahui.. kisah cik bermula apabila kandungan cik berusia 38 weeks...

Tidur cik malam tu tak selena malam-malam sebelumnya. Cik terbangun jam 1 pagi sebab merasakan sakit-sakit di bahagian perut. Dalam hati cik terdetik, inilah contraction yang diura-urakan itu agaknya. Cik cuba untuk tidur , tetapi kesakitan itu menghalang niat cik. Lalu, cik kejut sang suami dan kami mula mengira tempoh contraction. Kami mengambil keputusan untuk pergi ke hospital. Waktu itu jam menunjukkan hampir 2 pagi. Tetapi, setelah tiba di hospital dan diperiksa, cik dinasihatkan pulang dan menunggu lagi sebab pintu baru terbuka 1cm. Pintu perlu terbuka sebanyak 10 cm untuk memberi laluan kepada baby hadir ke dunia. Ya Allah, kalau 1 cm pun cik da sakit macam ni, how come cik nak tunggu sampai 10 cm..hanya Allah yang tahu...

Matahari pun menjengah, namun sakit cik tak berkurang. "Sakit..sakit.." itulah yang keluar drpd mulut cik setiap kali contraction datang sampaila dinasihatkan oleh makcik cik yang datang melawat." Jangan sebut sakit, sebut Allah..Allah ". Saat itu, apa sahaja yang cik lakukan serba tak kena..apabila contraction menyinggah, baring salah, duduk salah, mengiring salah, berdiri salah..namun sang suami yang berada di sebelah tidak putus-putus memberi kata-kata semangat. " Sabar yang... sakit ni satu hari je , ganbarimasyou ". Alhamdulillah , sedikit sebanyak jiwa menjadi kuat ..

Jam 12 tengah hari, cik dah tak tahan sakitnya. Setelah memastikan serangan contraction menyinggah setiap 10 minit, maka cik dan sang suami mengambil keputusan berangkat ke hospital ( takut-takut disuruhnya cik pulang ke rumah lagi ). Dan cik yakin, cik tak akan pulang ke rumah dengan perut sebegini lagi. Cik tidak akan pulang ke rumah sebagai seorang ibu mengandung lagi. Cik mungkin tidak akan pulang ke rumah untuk seketika..Pemergian cik aritu untuk berjuang. Cik langkah kaki kanan, mengucap dan berselewat..memohon dipermudahkan segalanya...

Monday, June 6, 2011

Laboring class ??

Assalamualaikum.

This time cik nak kongsi kisah cik attend laboring class before Little Hana lahir dulu. Kelas ni free sebab tu cik semangat nak pergi hehe. Kyushu Medical Center is the name of the hospital cik ulang alik dok wat pregnancy check up. Perjalanan ke sana hanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja daripada rumah cik.

Apabila sampai sahaja, cik memilih seat yang berkenan di jiwa cik ( maklumla pakai tudung, dok depan tengah-tengah sekali karang, orang dok fokus kat cik pulak kan ). Ada 6 seat untuk satu group, and there were about 8 groups overall.

Agenda pertama is ucapan daripada midwife yang memperkenalkan diri dan juga staff-staff yang lain.Disusuli oleh  ucapan daripada ketua doctor pakar sakit puan di hospital ini. Kemudian program diteruskan dengan taaruf ( cececeh ) dalam kumpulan masing-masing. So, bile dah introduce diri masing-masing tu, cik adalah ibu termuda dan di antara yang due date nye is soon ( 2/3 weeks lagi ) dalam group itu. Some of them sudah berusia 30-an n having their first child. Maknanya, Japanese kahwin lambat is not a big deal for them. Anyway, having 1 child in their family is like enough already. Maybe sebab kos nak sekolahkan anak-anak tinggi kat Jepun ni.

After that,  kami diberi kuiz iaitu menyusun kronologi proses melahirkan anak. Daripada keluar tanda, contraction rhythm, air ketuban pecah,kelahiran anak, sampai la uri ditarik keluar. At that that barula cik tau..bukan ade satu sahaja kronologi semasa proses ini berlaku. Kadang-kadang ade orang yang tak keluar tanda or contraction boleh  berlaku before or after air ketuban pecah . Naruhodo ne ...

And then, program diteruskan dengan tontonan video. Bagaimana kronologi tadi tu ditunjukkan secara lakonan oleh staff-staff midwife dalam video tersebut. Bertambahla kefahaman cik apabila menonton video ni. Kami juga diajar cara pernafasan yang elok dilakukan semasa contraction berlaku termasuk semasa hendak melahirakan baby. Umm lain sikit la dengan apa yang cik nampak kat tv/ imagine..Jadi it was a new thing to learn too.

Disamping itu, those midwifes ajar sekali cara-cara mengurut badan si ibu apabila sedang mengharungi contraction. Memandangkan cik pergi sorang je time tu, jadi adela sorang midwife yang mengurut cik .Sedap nyee ..terima kasih cik midwife!.Aha after that, lampu dewan tu ditutup... Kami disuruh tutup mata...and then, midwife tu suruh kami bayangkan macam mana diri kami menghadapi situasi apabila anak nak lahir soon. Suasana yang sunyi, gelap.. midwife tu seakan bercerita daripada awal tanda keluar sampai la kelahiran baby. Masa tu, dalam kepala cik ni dok imagine apa yang midwife tu cerita..Seronok sangat sampai menitis air mata ni. Syahdu je...Bila lampu buka, cepat-cepat kesat air mata..rupanya bukan air mata cik sorang je yang mengalir.

After that, kami dibawa melawat ke wad bersalin. Kat situ kami dibawa masuk ke bilik menunggu bersalin, bilik bersalin, bilik mandi baby and sekitar wad. Time tu cik rasa memang dah tak sabar nak bersalin...

Alhamdulillah, cik rasa bersyukur sangat dapat attend kelas ni. My thinking about delivering baby memang 180 degree berubah ceceecceh. Yela, before that, cik memang cuak, banyak sangat tak faham sebab asik dengar orang cerita. Lepas attend kelas ni, cik rasa tenang sikit dan tak sabar-sabar nak melahirkan junior cik yang asik dok menendang dalam perut time tu.  Baru cik faham macam mana baby keluar daripada perut si ibu (baby actually berpusing ooo masa lalu kat pintu bawah tu). 

Cik pulang daripada hospital tu dengan semangat yang baru menanti junior cik yang sikit lagi dapat cik jumpa.


Friday, June 3, 2011

Once I knew I was expecting..

Alhamdulillah...rasa semangat menulis blog ni harap2 berpanjangan la ye. This time I want to share about my experience when I was pregnant in Japan. Oh before that, let me introduce my beloved junior Little Hana. She is now nearly 5 months old.

Little Hana

After went to a doctor to confirm my pregnancy, in Japan, we are suppose to go to the pejabat daerah nearly to our house. I dont know if we have to do the same in Malaysia. Tujuan ke sana is untuk mendapatkn 母子手帳 [ boushitecyou] which means Maternal and Child Health Book. 

This book is given to you once you knew you are pregnant and it is free. It is for recording everything about si ibu mengandung everytime check up and also about the child since she was born sampaila umur die 7 thn nanti regarding health and development. So everything about Little Hana since she was as small as seed sampai la nak masuk darjah 1 nanti will be recorded in this book.

I just wish there is this kind of book that my mom has to hand me. I imagine myself and Hana sitting on a couch and mengimbas kembali all the memories cececeh sambil menyelak helaian2 in the book. Japan teaches me to manage my baby even before she was born. Everything is being recorded and can be referred to anytime.

Also, I did not just received the boushiteicyou book but every expecting parents received a book of coupon. So most of the time when I went for baby check up I did not have to pay anything because these coupons pay all the bills. This also one way the government helps their citizens. "Pregnancy is not a disease. So you don't have to pay for the treatment you get" was what the pejabat daerah staff told me. This really helped me a lot since at that time my husband did not receive his scholarship yet.

There was also a coupon for the pregnant mothers to have the dental check up. So I can go to any selected dental clinic and just pay 500yen (maybe around rm20) to have my teeth all checked. Without those coupons I can not imagine how much I will spend for all the treatment I get along my pregnancy. 

Please share your story too cause I would love to know!! See you in the next post :)