Friday, March 9, 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum

Tinggal lagi 3 minggu je before meninggalkan bumi sakura.  Cik dan sang suami dah pun mula sikit-sikit packing barang masuk dalam kotak. Sibuk jugak la nak berjalan sana sini hehehe.
Cik nak share satu video kat sini. Ada masa tengok la ye. Semoga ada kebaikan yang kita dapat.




Last week cik buat blueberry cheese tart. Nak abiskan stok cream cheese dalam peti ais tu. My sister kat tanah air suka tart ni. Tapi dia kata mahal nak beli. Tak puas makan. Kalau perantau macam cik, nak beli kat mana kan. Haruslah belajar buat sendiri kan. Senang je buat nye banyak pulak tu dapat. Eh, nak inform juga..resepi-resepi yang dikongsi ni bukan nye niat nak menunjuk-nunjuk sangat. It is for my own collection je. Tapi mana tahu boleh bagi faedah kat orang lain bagus juge kan. Cuba tau!


Ingredients
Sweet Pastry (40 biji saiz kecil)
  • 125 g butter
  • 60 g gula icing
  • 1 biji telur
  • 240 g tepung gandum
Blueberry Cheese filling
  • 250 g cream cheese
  • 50 g gula icing
  • 20 g butter (lembutkan)
  • 1/2 sudu perahan lemon
  • 1 biji telur
  • Blueberry filling

Method
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Sweet pastry: pukul butter dan gula aising sampai creamy. 
  3. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. At this point doh cik terlalu lembut so cik tambah 15 g tepung lagi.
  4. Sapu tepung sikit kat tapak tangan untuk elak doh melekat. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan kat tapak tangan. Tekan supaya bentuk doh jadi rata baru letak dalam bekas tart. Tekankan doh dengan kemas ke dalam bekas tart. Trim bahagian tepi.
  5. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Oven cik perlukan 25 minit baru tart nampak cantik dibakar.Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  6. Untuk membuat cheese filling: pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga sebati. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  7. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 

Selamat mencuba ye. See you in next entry. 

3 comments:

  1. oisyiii nazhan suak sgt. mommy dia pun suka. kalau rajin buatlah lagi utk jamuan esok ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. arigatou! tapi nak buat ntok jamuan tak rajin la hehe. bekas tart tu nnt nak jual kt kak tis.you bole borrow kan hehe

      Delete
  2. sedapnya cik norai..tak poenah lagi baut tart ni..hehe
    ok,next time boleh akk guna resipi cik pulak eh..

    ReplyDelete