Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

Father's Day , the Tiramisu project

Assalamualaikum..

Buat pertama kalinya rumah cik kat perantau ni menyambut Hari Bapa. Yela..baru tahun pertama bergelar parents uhuk.. Punya la semangat cik ... cik decide nak buat kek Tiramisu..selalu tengok orang makan..meh la sesekali kita but sendiri ye dak..


Just use any sponge cake ..yang beli kat kedai pon ok... for the frosting cik guna resepi dari dapur hanamemories... sebab kek cik ni kecik comel je so cik half kan resepi nya.

Frosting
Ingredients
  • cream cheese - 50g
  • fresh cream -50 ml
  • sugar - half cup
Method
  1. Campurkan semua bahan dan pukul sehingga berkrim. DONE !
After that, sapu permukaan kek with campuran nescafe + sikit air. Barulah sapukan the frosting...
Dah siap pun...


Happy Father's Day to all dads in the world especially for my beloved father nun jauh di tanah air and beloved sang suami. You guys rock my world !!

Thursday, June 21, 2012

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi resepi marble cheese brownies ambil dari fotopages rinnchan. Kek ni mudah je nak buat. Rasa dia ok, sedap. Cuma brownies tu macam kek coklat je rasa nya. Tapi ok jerr.Kat bawah ni resepi asal untuk bekas pembakar saiz 10" x 10". Sebab bekas cik kecil je, cik just guna separuh daripada ingredients ni. Banyak jugak dapat untuk cik sekeluarga.


Potong kecil untuk dihidang

My selebet style Marble Cheese Brownies


Ingredients for brownies
  • 250 g butter - dicairkan
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum (diayak bersama dgn baking powder+soda bikarbonat)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 1 tsp esen vanila

Method 
  1. Panaskan oven pada suhu 175 deg.
  2. Masukkan serbuk koko ke dalam butter yang telah dicairkan dan kacau rata.
  3. Pukul gula dan telur dengan menggunakan whisker je. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  4. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  5. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  6. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. (Cik tak buat)
  7. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  8. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Ingredients for cheese layer
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B

Method 
  1.  Pukul cream cheese hingga gebu.
  2.  Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3.  Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. 

Little Hana pon like it!

Selamat mencuba kepada semua. Yang penting EASY and OISHII hehe..Enak bangat!

Sunday, March 4, 2012

Easy Oishi Carrot Cake

Assalamualaikum

Sudah masuk bulan Mac.Tak sampai sebulan sebelum berangkat pulang ke tanah air. Wah macam tak percaya je. 6 tahun dah berlalu..Datang dulu bujang. Nak balik ni anak satu pewit..I am no longer a teenager :p

Kat sini cik nak share jugak luahan jiwa cececeh. Lately kat newspaper pun ada cerita kes murtadin yang semakin berani bersuara untuk keadilan mereka kononnya. Of course bila cik baca pasal diri mereka yang murtad ni kat website-website and blog diorang, cik hanya mampu istighfar sambil geleng-geleng kepala. Kita tak boleh benci diri diorang tapi kene benci dosa yang diorang dah buat tu kan. Masing-masing ada yang dibesarkan penuh ilmu agama, dalam family yang mengikut agama..tapi tak tahu kat mana silapnya, hati diorang terpesong jauh dari Nur Islam. Memang benar apa yang Allah dah banyak kali sebut dalam Al-Quran, sebagai contoh:

"Dan engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatan. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri" Ar-Rum ayat 53

Ada manusia bila semakin moden, semakin dia sombong dan bongkak terhadap Pencipta. Seolah-olah dosa, neraka, azab yang disebut dalam Al-Quran tu tak wujud. Kalau nak berubah or jadi mukmin yang lebih baik, jawapan yang keluar mesti belum datang seru. Seru...seru...seru..Mereka yang murtad, takada agama ni, kalau didatangkan ujian, kat sapa diorang nak memohon pertolongan agaknya. Semoga Allah memberi peluang lagi kepada kita semua untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelum ni. Semoga nikmat Islam dan Iman ditetapkan dalam jiwa kita semua Amin...

Anyway kali ni nak share resepi carrot cake. Ambil dari rumah kak Jun. Kononnya buat untuk bagi semangat kat sang suami for presentation dia hehe. Resepi asal kat sini. Resepi kat bawah ni bahagi 2 je daripada resepi asal. Maklumla yang nak makan pun cik n suami je. Tapi seyes kek ni senang dan sedap! Easy Oishi!! Cuba tau! 



Ingredients
  • 1 cawan tepung
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
  • 1 teaspoon cinnamon powder
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan vegetable oil
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan grated carrot
  • 1/2 cawan nenas (didadu)
  • 1/2 cawan chopped walnut
  • 1/2 cup kelapa parut (terlupa nak letak huhu)
Topping
  • 40 gram butter
  • 100 gram cream cheese
  • 1 teaspoon  esen vanila
  • 6 tablespoon icing sugar (adjust ikut taste sendiri kalau nak manis)
Method
  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan cinnamon powder bersama.
  2. Kacau sebati gula, telur dan vegetable oil dalam bekas yang besar.
  3. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan no.2. Kacau sebati.
  4. Masukkan carrot, walnut, nenas dan kelapa parut. Kacau lagi.
  5. Bakar dalam pre-heated oven 180 C for 40 minutes.
Topping Cream Cheese Frosting
  1. Pukul butter, cream cheese dan esen vanila.
  2. Masukkan icing sugar sediki demi sedikit.
  3. Tambah 1 sudu susu segar kalau frosting terlampau pekat.
  4. Sapu atas kek yang dah disejukkan.


Cik definitely will try this cake again. It was really nice that me and Little Hana cant stop chewing. It's gonna be in our favourite list! See you in next entry!

Thursday, February 2, 2012

Ichigo Short Cake & Yuki

Assalamualaikum

Semalam cik buat kek sempena...umm... sempena takde apa2. Sempena perut yang mengidam makan kek. BUKAN ye! Bukan adik Little Hana. Belum lagi ye yang tu.

Sementara ichigo belambak-lambak jual kat supermarket ni, harus diambil ye peluang ini. Satu pack harga dalam RM 10...mahal jugak sebenarnye kan. Tapi sedap punya pasal beli jugak la.Balik tanah air nanti tak payah la nak ngidam-ngidam ichigo ye dak?

Kek ni simple je.. sesuai la dengan cik hehe. Sponge kek yang disapu dengan whipped cream. And then susun ichigo asal nampak cun sikit..Hehe..


Hari ni bangun pagi, tengok je kat luar..wah ada salji la! Happy...Sebenarnya sangat la susah kat tempat cik bermastautin ni nak turun salji banyak (emmm takdela banyak sangat) sampai boleh menutupi padang, atap rumah , kereta camtu.. Kalau dok kat Sendai dulu ye..salji banyak sampai boleh buat snowman depan rumah.

View from tingkap rumah - subuh



Anyway, lately disebabkan salji yang turun tak henti-henti kat certain tempat kat bumi sakura ni, few kes kematian dah direkodkan. Atap rumah dah tak mampu nak tampung salji yang makin menebal so roboh..Kesian..Tinggi salji ni boleh mencapai 2 meter lebih. Bas-bas tak boleh lalu sebab jalan bersalji. Kiri kanan jalan pula ada tembok salji yang tinggi. SubhanAllah..

Kerajaan pula hantar beberapa pegawai untuk check kediaman warga tua ni. Maklumla warga tua ni tinggal sorang-sorang je. Kalau ada apa-apa berlaku memang takde orang tahu. Jadi pegawai-pegawai ni datang rumah tengok keadaan rumah, bersihkan salji, check makan minum orang-orang tua ni. Yang susahnya bila warga tua ni nak pergi hospital. Bas dah tak masuk jalan kan, so kene jalan kaki sampai jalan besar yang bas boleh lalu. Dalam 15 minit gitu..pakcik yang kene interview tu umur dah 86. Nak jalan 15 minit dalam keadaan jalan bersalji licin, angin kuat sangat-sangat mencabar dan tak termampu..kesian..

Begitulah kehidupan kat negara bersalji. Yang tempat takde salji, nak sangat turun salji kan. Mana-mana pun ok je bagi cik. Yang penting selesa dengan diri. Thanks for reading my ramblings. See you in next entry!

Monday, July 18, 2011

Little Hana Half A Year !!

Assalamualaikum

How are you guys doing? I am really good. In fact it was such a blissful weekend for me. Even though it was getting really hot here, me and my family enjoyed these few days with many outdoor activities. First let celebrate Little Hana Half A Year Birthday. On 12 July, she is official 6 months. HAPPY HALF BIRTHDAY dear !! For the celebration, I make a crepe layer cake. Just want to bake something different .. Let see the recipe . I took it from cookpad.




The cake was not pretty looking as I am so not master for the decoration. The writing  was supposed to be read as HANA 0.5 (zero point five) ..unfortunately sang suami read it as HANA O.S (the letter O and S)....darnnn...how do you guys read it? It looks more 5 than S right??? Whatever, let move on to the recipe. It was a simple one, with simple ingredients and it taste yummy. Just like the one you buy from the stall. I really need to think twice before I buy since I already know how to make it. Sang suami really glad when he hear this ..ohh whatever...

Ingredients ( 8 pieces )
  • Flour - 100 gm
  • Sugar - 20 gm
  • Eggs - 2
  • Milk- 200ml
  • Fresh cream - 25ml
  • Butter -7g , melted ( I used 10g)
  • Vanilla essence - 2@3 drops
Method
  1. Whisk together flour + sugar in a bowl.
  2. Beat in egg, one per time.
  3. Gradually, add in milk and fresh cream. Beat until smooth.
  4. Pour the mixture into another bowl by using a strainer.
  5. Add in butter + vanilla essence
  6. Rest the mixture for 30 minutes in the fridge.
  7. Heat a lightly oiled  frying pan over medium high heat. Pour or scoop the batter onto the frying pan.
  8. Tilt the pan with a circular motion so that the batter coats the surface evenly.
  9. Cook the crepe for about 2 minutes, until the bottom is light brown. Loosen with a spatula, turn and cook the other side.


Cik make 3 kali ganda adunan and make varieties of crepe. The cake tu , cik just sapu whipped cream and susun buah-buahan pisang, cherry and kiwi. Cik add some chocalte chips too in the layer. Yang lain, cik just wrap the banana and pour some chocolate syrup. Also eat with tuna , some mayonnaise and daun salad. We are having such a crepe party on that day hehe. 


Alhamdulillah..at this time Little Hana membesar dengan sihat. Now she started crawling around. My living room is full with bantal untuk buat pagar si Hana. Bersih lantai rumah cik bila Si Hana ni mengesot-ngesot. Hehe..Lately, people around me starting to realize that her face is looking like me. Yeay, i should have buy a rompers with 'TEAM MOMMY'  printed on it from the GAP store i saw yesterday. Demmit..sang suami also agreed that Little Hana is more similar to me especially tang merajuk tu okkay...Hahaha...


Ya Allah, ku memohon agar kehidupan anakku sentiasa di bawah rahmatMu..amin

Tuesday, July 5, 2011

Quick and easy , fudgy Brownies

Assalamualaikum..


Sang suami meninggalkan cik with Little Hana for 3 days untuk buat experiment di daerah Timur Japan. Sempena kepulangannya, cik buat la brownies nih. Tak larat nak buat yang happening sangat. Sebab sehari before sang suami balik, cik join AMIR Fitday ..masuk game pinpong. Dapat naib juara okeyy ahahaha.. fit tak diriku ini?? kekekeke..

Seronok Fitday ni.. dapat mengubat kerinduan main pingpong. Dulu-dulu masa sekolah selalu juga main pingpong. Main saja-saja je la...terer tak pon kekekeke. Ada juga game badminton and volleyball masa Fitday. Best2...harap-harap buat lah selalu boleh menambah fit diriku ini.
Lets check out the recipe..sumber daripada allrecipes.com.

Ingredients
  • 2 cups white sugar
  • 1 cup butter
  • 1/2 cup cocoa powder
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 4 eggs
  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/2 cup walnut halves

Method
  1. Melt the butter and mix all ingredients in the order given.( Cik gaul guna whisker je )
  2. Bake at 160 degrees for 30 minutes. ( Cik buat half adunan and guna bekas kek 18 inch )

Aha senang kan...betul tak...2 step je kot kahkah.  Yang penting sedap..its a fudgy one! 








Cik sekarang tengah busy memikirkan..perlu tak hantar Little Hana to nursey...you guys ada idea tak?
Anyway happy baking !!

Friday, June 17, 2011

Fruit Pastry Cake

Assalamualaikum..


Cik dah lama berhajat nak buat kek ni sebab tengok gambar kat dapur cik Yummylicious ni memang terliur la. Yang buat cik happy, senang la nak buat nye. Sesuai untuk status ibu anak kecil macam cik ni. Takdela cik terkejar-kejar kat dapur pastu Little Hana pula.Kejap je preparation nye...cik sangat suka resepi yang rakus mudah cenggini. Resepi asal kat sini. But cik ada ubah ikut condition cik.



Ingredients
  • 100gm butter
  • 180gm gula
  • 50gm yogurt
  • 3 biji telur-pukul sket
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh perahan lemon
  • 210gm tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • buah-buahan hiasan ( peach, the berries )

Method
  1. Pukul butter dan gula serta yogurt hingga ringan. 
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul. 
  3. Masukkan esen serta perahan lemon, pukul. 
  4. Masukkan tepung dan baking powder yg diayak dan pukul rata. 
  5. Masukkan kedalam loyang beralas, ratakan permukaan adunan. 
  6. Susun buah-buahan di atas adunan. 
  7. Bakar pada 180'c selama 50min. Tutup loyang dgn foil pada 10min terakhir supaya bahagian atas tidak terlebih masak. 
  8. Sejukkan dan tabur gula aising jika suka.


Bekas yang cik guna kecik je..yang jual kat 100yen shop so dapat buat 2 kek from this adunan. Satu buat bekal sang suami..katanya nak berkugiran bersama teman-teman lewat malam ni.

Dah cuba?? Amacam??

Wednesday, June 15, 2011

Choco Mousse Brownies


Assalamualaikum

12 Jun lepas genaplah 5 bulan usia Little Hana. Alhamdulillah Little Hana pandai sikit-sikit pusing. Kejap je da tukar posisi baring tu sebab kaki die kuat da menolak-nolak.  Which leads cik untuk lebih berhati-hati, jangan dok biar je Little Hana tu main sorang-sorang. Takut pulak kalau jatuh ke ape kan.

Dan begitupun, Cik  semangat sungguh nak baking something for this day. Cik tengok-tengok resepi, jenguk-jenguk dapur orang lain. Tepuk dada cik, tanya, " Ha , hang ngidam apa lak kali nih ?".. Maka cik pun decide nak buat this amazing mousse. Ni la first time buat mousse. Adododoi sedap banget sehh. So , boley la tengok resipi kat sini ye cik Yani punye.


Alhamdulillah menjadi juge tapi tak cantik sangat la macam orang lain. Maklumla ape sangat daripada cik ni. Yang penting oishiiii !! Sang suami pun suka.. laju je kami suap menyuap ecceceh.



Kahkahkah...selebet je. Cik needs a lot more practice !! Yes I will ! Some people mungkin rasa tak yakin boleh buat this kind of cake. But believe me, if Cik yang cenggini can, of course you also can do , dear !! Better than me !! Just give it a try.

Semoga menjadi inspirasi
Sekian , happy 5 moths Little Hana..jemput makan ye.

Wednesday, May 19, 2010

Norai Baked Cheesecake


Lama da teringin makan cheesecake so kite wat la for minum petang semalam. Sape2 nak cari resepi simple ntok cheese cake this is it!! Rupe die tkdela lawa sgt almaklumla kite ni amatur tapi rasa die mabeles...hehe.Jom kongsi resepi

Cream cheese ...250g
sour cream ...100g
sugar...70g
telur...2 biji
tepung gandum...20g

ntok based die tu kite hancurkan oreo. gaulkan ngan 40g butter..
n then ratakan kat tin pembakar. pastu sejukkan dalam fridge 15 minit..nak kasi keras ler nih..

Cara2:
1. pukul cream cheese smp jd krim
2. masukkan sour cream n sugar
3. masukkan telur
4. masukkan tepung.kacau guna spatula ye
5. masukkan campuran ni kat tin pembakar yg dah ade based oreo cookies tu tau
6. bakar dlm oven 170 celcius for 40 minutes. pre-heat la dulu oven tu ye
7. bile da masak, keluarkan dari oven .tunggu sejuk baru keluarkan dr tin pembakar..sedap makan time sejuk so simpan dlm fridge tau..yum2