Showing posts with label tart. Show all posts
Showing posts with label tart. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum

Tinggal lagi 3 minggu je before meninggalkan bumi sakura.  Cik dan sang suami dah pun mula sikit-sikit packing barang masuk dalam kotak. Sibuk jugak la nak berjalan sana sini hehehe.
Cik nak share satu video kat sini. Ada masa tengok la ye. Semoga ada kebaikan yang kita dapat.




Last week cik buat blueberry cheese tart. Nak abiskan stok cream cheese dalam peti ais tu. My sister kat tanah air suka tart ni. Tapi dia kata mahal nak beli. Tak puas makan. Kalau perantau macam cik, nak beli kat mana kan. Haruslah belajar buat sendiri kan. Senang je buat nye banyak pulak tu dapat. Eh, nak inform juga..resepi-resepi yang dikongsi ni bukan nye niat nak menunjuk-nunjuk sangat. It is for my own collection je. Tapi mana tahu boleh bagi faedah kat orang lain bagus juge kan. Cuba tau!


Ingredients
Sweet Pastry (40 biji saiz kecil)
  • 125 g butter
  • 60 g gula icing
  • 1 biji telur
  • 240 g tepung gandum
Blueberry Cheese filling
  • 250 g cream cheese
  • 50 g gula icing
  • 20 g butter (lembutkan)
  • 1/2 sudu perahan lemon
  • 1 biji telur
  • Blueberry filling

Method
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Sweet pastry: pukul butter dan gula aising sampai creamy. 
  3. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. At this point doh cik terlalu lembut so cik tambah 15 g tepung lagi.
  4. Sapu tepung sikit kat tapak tangan untuk elak doh melekat. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan kat tapak tangan. Tekan supaya bentuk doh jadi rata baru letak dalam bekas tart. Tekankan doh dengan kemas ke dalam bekas tart. Trim bahagian tepi.
  5. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Oven cik perlukan 25 minit baru tart nampak cantik dibakar.Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  6. Untuk membuat cheese filling: pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga sebati. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  7. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 

Selamat mencuba ye. See you in next entry. 

Wednesday, February 8, 2012

Ichigo Tart

Assalamualaikum..

Ahad lepas cik dapat jemputan ke rumah sahabat cik di Kitakyushu. Lama tak pergi rumah dia ni. Kami kenal lama dah. Sejak buat preparation kat IBT (Institut Bahasa Teikyo) lagi. Cik Niza ni antara sahabat yang selalu cik contact sepanjang ada kat bumi sakura ni. Dari zaman bujang sampai la masing-masing dah ada anak 1.

Teringat lagi masa final sem, masing-masing sibuk dengan thesis..dengan experiment yang tak jadi-jadi. Dialah tempat cik bercerita meluah perasaan bagai hehehe. Soon kami akan berpisah. Cik insyaAllah akan meninggalkan bumi sakura yang disayangi. Cik Niza pula akan berpindah ke bandar metropolitan, Tokyo.

Sebagai buah tangan, cik buat icigo tart masa bertandang ke rumah cik Niza. Sebenarnya dah lama tergoda dengan resepi ni kat dalam cooking book. Apa lagi ambil kesempatan la test.


Tart (saiz 21cm)
Ingredients
  • Butter - 80g (dibiar lembut pada suhu bilik)
  • Icing sugar - 40g
  • Telur kuning -1 biji
  • Susu - 1 sudu kecil
  • Tepung - 140 g (diayak)
Method
  1. Pukul butter sehingga jadi cream.
  2. Masukkan icing sugar dan pukul sehingga warna jadi putih sedikit.
  3. Masukkan telur kuning dan susu. Pukul lagi sehinggan sekata.
  4. Masukkan tepung. Dengan teknik kaup balik, gaul adunan dengan menggunakan spatula sehinggan adunan sebati dan membentuk doh.
  5. Bungkus doh dalam wrapping plastic dan rehatkan dalam peti ais for 30 minutes.
  6. Tabur permukaan papan dan penguli dengan tepung untuk elakkan doh daripada melekat.
  7. Uli doh sehingga ketebalan lebih kurang 3 mm.
  8. Angkat doh perlahan-lahan and letakkan dalam bekas tart. Tekan-tekan doh supaya doh tak terangkat masa bakar nanti. Trim doh yang tak diperlukan. (Time ni, unfortunately doh cik melekat-lekat dan susah nak letak dalam bekas tart. So ambil sikit-sikit doh yang dah diuli tu and then tekan kat dalam bekas. Macam tampal puzzle pun ade juga, maklumla diriku yang tak pandai nih hehe)
  9.  Cucuk permukaan doh dengan garfu.
  10. Letakkan cooking sheet di atas doh. Letakkan pemberat atas cooking sheet tu. (Cik guna 1 cup beras)
  11. Bakar dalam oven yang pre-heat 200 C selama 15 minit.
  12. Keluarkan beras dan cooking sheet,bakar lagi selama 10 minit.
  13. Siap dan biarkan sejuk sebelum keluarkan daripada bekas.

Filling (Almond cream)
Ingredients
  • Butter - 30g (dibiar pada suhu bilik)
  • Gula - 30 g
  • Almond powder - 30g
  • Telur -1 biji
  • Icigo - 1pack, dihiris
  • Jem ,apapun boleh. Cik cuma ada marmalade
Method
  1. Pukul butter sehingga menjadi cream.
  2. Masukkan gula - almond powder - telur secara berturutan dan pukul sehingga sekata.
  3. Masukkan adunan ke dalam tart yang sudah siap dibakar.
  4. Bakar di dalam 180 C pre-heated oven selama 30 minit.
  5. Biarkan sejuk dahulu kemudian sapu permukaannya dengan jem strawberry atau apa sahaja jem yang disukai.
  6. Hias tart dengan ichigo yang sudah dipotong.
**Next time cik rasa better doublekan filling ni sebab macam sikit sangat pulak.



Alhamdulillah ok je hasilnya. Cubalah ek, nampak je renyah tapi ok je kut. Ok, see you in next entry ya!

Friday, July 8, 2011

The Apple Pie and I'm 25 !!

Assalamualaikum..

On 5 July yang lepas genap lah usia cik 25 tahun...wahhh tak sangka sudah menginjak suku abad usiaku. Masa zaman kanak-kanak dulu siap buat list hadiah every year.. sekarang ni tak perlu buat list dah. Tettt je wallet sang suami pastu buat ayat manja lah mintak macam-macam wahahaha. Acah je..Anyway for my birthday, cik buat apple pie ..memandangkan ada dua ketul apple yang lama tak berganjak daripada dalam bakul tu elok sangat la cik perhabihkan.



Walaupun apple pie ni amik masa nak siapkan tapi cik rasa tak lah renyah sangat. Cuma perlu sabar sebab dough kene sejukkan dalam fridge je. Cik tengok recipe daripada video cik runnyrunny ni. I think its a better way to learn how to make a pie. If I write down the steps, it could be difficult to understand. Cuma cik tambah cinnamon powder for the filling and I bake almost 45 minutes to get the shining looks. You can also find out how to make the lattice top from  here.



Alhamdulillah I got so many birthday wishes this year. With sang suami and Little Hana, I feel like my life is almost perfect right now. Mungkin inilah nikmat yang dikurniakan Tuhan sebelum didatangkan ujian-Nya kepada cik. Semoga cik bersedia dan sentiasa bersyukur kepadaNya. Mungkin nikmat ini tidak akan cik miliki di tahun-tahun yang mendatang..siapa tahu kan?

Ya Allah Ya Rabb, aku bersyukur kerana mengurniakan diriku nikmat dan kepanjangan umur...ampunilah dosa-dosa yang telah ku lakukan sepanjang hayat ku sehingga ke hari ini. Ya Allah, semoga bahagia kekal milik-ku dan keluargaku serta semua mukmimin. Amen Ya Rabbal Alamin..

Happy 25th Bithday to me!

Sunday, June 5, 2011

Fruit tart


Sejak Little Hana lahir, when it comes to the 12th day every months, cik akan buat something konon2 nak celebrate birthday die. This fruit tart cik buat masa die nye 3 bulan birtmonth hehehe. First time buat tart, alhamdulillah tak mengecewakan. Tang nak wat kulit tart tu je yg makan masa sket. Tapi berbaloi2 la...enak dong!



 Ingredients

( Tart)
  • Butter ... 80g  (suhu bilik)
  • Tepung ... 140g ( diayak)
  • Gula icing ... 40g
  • Kuning telur ... 1 biji
  • Susu segar .. 1 ts 
( Custard cream )
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega
(Hiasan)
  • Buah-buahan (strawberi, kiwi, blue berry etc)

Method

(Tart)
  1. Pukul butter dgn speed yang tinggi sehingga jd krim.
  2. Masukkan gula icing dan pukul lagi.
  3. Satukan kuning telur dan susu segar, kemudian masukkan ke dalam adunan. Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung dan gaul menggunakan spatula.Gaul sehingga menjadi doh.
  5. Simpan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 30 min.
  6. Keluarkan doh. Tabur sedikit tepung pada papan uli dan canaikan doh.
  7. Letakkan doh yang sudah dicanai ke bekas pembakar. Cucuk2 garfu pada permukaannya.
  8. Bakar pada oven yang sudah di pre-heat 200 deg selama 25 minit (or sampai permukaan nampak garing).
 ( Custard cream )
  1. Masukkan tepung dan gula ke dalam periuk kecil. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Panaskan atas api kecil sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau sebati.
Apabila kulit tart dah sejuk, letakkan custard cream dan hias dengan buah-buahan pilihan. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.



Dah cuba ?? Amacam ??