Thursday, June 21, 2012

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi resepi marble cheese brownies ambil dari fotopages rinnchan. Kek ni mudah je nak buat. Rasa dia ok, sedap. Cuma brownies tu macam kek coklat je rasa nya. Tapi ok jerr.Kat bawah ni resepi asal untuk bekas pembakar saiz 10" x 10". Sebab bekas cik kecil je, cik just guna separuh daripada ingredients ni. Banyak jugak dapat untuk cik sekeluarga.


Potong kecil untuk dihidang

My selebet style Marble Cheese Brownies


Ingredients for brownies
  • 250 g butter - dicairkan
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum (diayak bersama dgn baking powder+soda bikarbonat)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 1 tsp esen vanila

Method 
  1. Panaskan oven pada suhu 175 deg.
  2. Masukkan serbuk koko ke dalam butter yang telah dicairkan dan kacau rata.
  3. Pukul gula dan telur dengan menggunakan whisker je. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  4. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  5. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  6. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. (Cik tak buat)
  7. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  8. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Ingredients for cheese layer
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B

Method 
  1.  Pukul cream cheese hingga gebu.
  2.  Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3.  Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. 

Little Hana pon like it!

Selamat mencuba kepada semua. Yang penting EASY and OISHII hehe..Enak bangat!

No comments:

Post a Comment