Monday, February 24, 2014

Lecithin...lecithin...apa itu lecithin?

Assalamualaikum.

Kali ni nak membawa pembaca mengenali dengan lebih lanjut mengenai lecithin.

Apa itu lecithin?

  • Lecithin merupakan komponen lemak penting yang diperlukan oleh sel badan kita. Ia boleh didapati di dalam makanan termasuk kacang soya dan kuning telur.Lecithin digunakan sebagai ubat dan juga dalam penghasilan ubat itu sendiri.Sesetengah orang menggunakan lecithin sebagai pelembap yang disapu pada kulit.
  • Lecithin merupakan asas dalam pembinaan sel yang menghalang pengerasan membran sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat. Membran sel merupakan bahagian kritikal dalam memastikan input dan output nutrisi dalam sel-sel kita. 
  • Memelihara sel adalah sangat penting untuk mengekalkan tahap ketahanan tubuh menentang penyakit yang dapat merosakkan sel. Phospholipids seperti lecithin dihasilkan dalam jumlah tertentu oleh organ-organ utama tubuh kita seperti hati, buah pingggang dan jantung. Ia juga boleh diambil daripada sumber luar.
  • Soy lecithin merupakan satu formula yang popular sebagai supplement bagi mengurangkan tahap kolestrol jahat dan triglycerides. Tambahan pula, soy lecithin meningkatkan tahap HDL yang lebih dikenali sebagai kolestrol baik. Ia juga dapat memberi manfaat kepada pesakit yang sedang dirawat akibat tahap kolestrol yang tinggi.

Apakah Kebaikan Lecithin

      1.Kepada jantung dan hati 

  • Sebagai komponen untuk kesihatan jantung, lecithin mengelakkan kerosakan yang berisiko berlaku dari penyakit arteri koronari. Fungsi penting lecithin ialah mengelakkan kolestrol dan lemak yang lain daripada melekat. Ia  memberi manfaat kepada mereka yang cenderung untuk mendapat penyakit jantung
  • Pelincir yang didapati daripada lecithin menghasilkan lapisan yang licin yang menyebabkan lemak yang besar sukar untuk lepasi.Apabila lemak yang besar tidak dapat melepasi kawasan spesifik dalam tubuh kita, ia akan dihantar ke hati untuk proses metabolisme dan ditukar kepada tenaga.
  • Apabila mengamalkan supplement lecithin, peredaran darah dapat ditingkatkan yang mengelakkan berlakunya darah beku dan mengekalkan kesihatan hati. Lecithin juga dapat memberi kesan positif dalam membaiki kerosakan hati yang diakibatkan oleh  pengambilan alkohol atau bahan toksin yang lain.

          2.Terhadap tahap kolestrol

  • Merendahkan tahap kolestrol
    • Soy lecithin telah digunakan bagi merawat pesakit darah tinggi selama berdekad. Ia mengawal peredaran nutrisi masuk dan keluar dari sel dan mengelakkan lemak daripada dibina di dinding jantung, arteri dan otak kita dengan memecah komponen lemak ini.

          3. Terhadap otak

  •  Lecithin telah menunjukkan manfaat bukan sahaja kepada jantung malah mampu memberi faedah kepada otak.Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan supplement lecithin lebih cenderung untuk mengingati informasi yang spesifik dan meningkatkan keupayaan memori.
  • Nutrisi utama yang terkandung dalam soy lecithin ialah phosphatidylcholine (PC). PC  merupakan antara bahan yang mengelilingi membran sel kita. Tubuh kita memecah PC kepada choline yang sangat dikenali sebagai komponen penting untuk kesihatan otak. Choline sangat penting untuk mengelakkan kehilangan memori terutamanya di kalangan orang tua.
 

         4.Menurunkan berat badan 

  • Penurunan berat badan yang sihat
    • Lecithin  mempercepatkan pemecahan lemak yang membantu seluruh proses penurunan berat badan serta meningkatkan kadar metabolisma.
    • Lecithin seringkali digunakan secara efektif sebagai diet yang sihat dalam proses menurunkan berat badan.
    • Apa yang paling istimewa ialah oleh kerana lecithin adalah bahan semulajadi, ia membenarkan tubuh badan kita untuk menurunkan berat tanpa bergantung kepada ubat yang mungkin berisiko kepada tubuh kita.

  Jelas sikit tak tentang lecihtin yang orang dok sebut selama ni hehe. Shaklee juga ada produk berasaskan lecithin namanya juga Lecithin. Mereka yang nak kuruskan badan terutamanya ramai yang ambil produk ini. Tapi yang nak kesihatan tubuh yang optimum pun tak salah untuk ambil lecithin.Dah ramai yang rasai manfaat lecithin. Anda yang tercari-cari , ini mungkin jawapannya :)

Tuesday, February 18, 2014

Apa itu Omega-3 dan Khasiatnya

Assalamualaikum,


"Bermain dengan ayah ku rasa bertuah, pulang sebelum hujan. Kerna kami ada kawan, bernama dotdotdot"

Familiar tak petikan kat atas? Sejak kecil lagi kita dihadapkan dengan iklan di tv yang menayangkan aksi si ibu memberi anak-anak makan minyak ikan. Terus sihat ceria si anak selepas menelan suapan minyak ikan dari ibu.Si ibu mengharapkan khasiat omega-3 yang terkandung dalam minyak ikan mampu memberi faedah buat si anak. Tahukah kita apa itu omega-3?

Apa itu Omega-3

Omega-3 merupakan asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh yang membuatkan tubuh kita berfungsi dengan normal. Oleh kerana  asid lemak penting ini iaitu ALA,DHA dan EPA tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, kita memerlukan ia daripada sumber makanan harian.

Asid lemak memberi tenaga kepada otot, jantung dan organ lain dengan bertindak sebagai bahan asas untuk membran sel dan simpanan tenaga kepada tubuh.

Khasiat Omega-3

  • Memberi sokongan kepada mata, otak dan sendi
  • Mengahalang penghasilan darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok
  • Mengurangkan risiko keradangan dalam tubuh
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi yang bolej menjadi faktor sakit jantung
  • Mengurangkan risiko 'arrythhmis' - kadar degupan jantung abnormal yang membawa maut
  • Mengurangkan lemak jahat 'triglycerides' dalam darah - triglycerides yang tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung
  • Merendahkan tahap kolestrol
  • Mengawal masalah obesiti
  • Membantu memerangi kanser
  • Meningkatkan perkembangan memori
  • Memperbaiki masalah kulit

 Sebenarnya kalau nak kisah tentang khasiat omega-3 memang panjang berjela-jela. Tak dapat dinafikan lagi faedah omega-3 yang dah banyak kajian-kajian dilakukan ke atasnya.


Sumber Omega-3

  • Ikan - Salmon, Halibut, Sardine, Trout, catfish
  • Walnut
  • Canola oil
  • Udang, kerang-kerangan
Shaklee juga mengeluarkan produk berasaskan omega-3 iaitu Omega Guard. Produk ni selalu menjadi best selling sebab khasiat yang tak perlu dinafikan lagi. Sebotol Omega Guard Shaklee ada 90 kapsul dengan harga mampu milik semua orang.

Siapa perlu Omega-guard? Kanak-kanak, orang dewasa, lelaki, wanita, orang tua semua boleh ambil. Sebab tu saya pilih omega guard sebagai supplement family saya. Semua orang boleh cuba :)
Saiz tablet pun comel, senang nak telan.


Psss..jadiakan Omega-Guard sebagai hadiah untuk ahli keluarga anda!
 


Monday, February 17, 2014

Vitamin C dan Khasiatnya


Assalamualaikum,

Sejak dari kecil kita sering sahaja dinasihatkan untuk makan vitamin C. Masa kecil dulu, orang tua kita rajin belikan vitamin C versi kunyah tu kan. Kadang ada yang macam-macam warna. Hari ni nak makan yang warna pink, esok nak warna oren. Tahukah kita apa itu Vitamin C ?



Apa itu Vitamin C ?

  •  Vitamin C merupakan vitamin yang penting dan juga bahan antioksida yang diperlukan tubuh untuk kekal kuat dan sihat. Vitamin C sangat penting untuk tulang, otot dan saluran darah. Ia juga menjadi bahan penting dalam formasi kolagen dan membantu tubuh menyerap iron dan kalsium.

  • Tahukah anda apa itu bahan antioksida ? Bahan antioksida bertindak dengan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas ini terhadap sel normal, protein dan lemak.

  • Apa pula maksud radikal bebas ? Radikal bebas bermaksud molekul yang mempunyai kurang 1 elektorn yang menjadikan ia tidak stabil. Oleh itu, radikal-radikal bebas ini berusaha untuk mengambil elektron daripada molekul atau sel-sel tubuh kita yang lain. Jahat kan radikal bebas ni.

Khasiat Vitamin C


  1. Mengurangkan risiko katarak 
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  3. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  4. Mengurangkan risiko strok
  5. Merawat pesakit athma dengan mengurangkan penghasilan histamine oleh tubuh
  6. Merawat pesakit diebetes dengan mengawal gula dalam darah.
  7. Merawat pesakit Parkinson
  8. Merawat simptom preeclampsia bagi ibu mengandung
  9. Menyembuh luka dengan cepat
  10. Melindungi kulit daripada rosak akibat sinaran UV
  11. Mengurangkan risiko mendapat kanser
  12. Meningkatkan sistem imun
 Banyak sangat khasiat vitamin C kalau nak disenaraikan.Nampak sangat keuntungan untuk diri sendiri kalau ambil vitamin C setiap hari kan.
 
Vitamin C food source
Food
Quantity
Vitamin C (mg)
Orange juice
1 cup
59 mg
Broccoli (cooked)
1 cup
74 mg
Red cabbage
1 cup
40 mg
Green pepper
1/2 cup
60 mg
Red pepper
1/2 cup
95 mg
Kiwi
1
70 mg
Tomota juice
1 cup
45 mg
Strawberries
1 cup
85 mg
Honeydewn melon
1/2 medium
160 mg
Mangoes
1
60 mg
Guava
1 cup
377 mg
Papaya
1 cup (cubed)
188 mg

Shaklee pun ada produk Vitamin C iaitu Sustained Release Vita C  yang membekalkan 500mg vitamin C setiap tablet. Dapatlah khasiat vitamin C tanpa perlu makan buah-buahan or sayur-sayuran juga. Satu hari cuma ambil satu tablet. Senang sangat. Harganya pun berbaloi-baloi sebab satu botol tahan sampai 4 bulan. Siapa kata Shaklee mahal? Tak sesuai gitew...

Yang nak sihat dan cantik, Vita C Shaklee adalah untuk anda. Tepuk dada tanya diri sendiri, kalau sihat dan cantik kita lah yang untung kan.

Pssss....belum terlambat lagi. Ayuh tambah supplement untuk kepentingan diri

Thursday, February 13, 2014

Bila Harus Memilih Taska : Taska Naliadif di Putrajaya

Assalamualaikum,

Kali ni terasa nak berkongsi pengalaman cik mencari taska untuk anak-anak sebelum cik mula bekerja dulu.
Cik bukanlah seorang yang sangat cerewet. Tapi cerewet sikit-sikit tu sudah tentu penting demi kepentingan anak-anak. Lebih-lebih lagi ketika mencari taska untuk anak-anak tumpang berteduh sementara cik bekerja.

Google sahaja ' taska + Putrajaya' maka berderet-deretlah artikel-artikel berkenaan. Tepuk dada tanya selera. Nak yang mahal ke, murah sikit ke, dekat dengan rumah ke, dekat dengan office ke kan. Sesudah khatam membaca info thru blog-blog dan website, cik juga tawaf hampir seluruh putrajaya untuk meninjau taska yang boleh memenuhi kehendak kami. Jumpa yang berkenan di hati, tapi sudah tidak menerima kemasukan lagi. Ada yang nampak sesak je dari luar. Ada yang rumput2 tinggi tak sempat dipotong agaknya. Ada yang dekat dengan taman permainan. Ada yang sampah penuh pampers kelihatan di tong sampah hadapan. Ada yang cantik dicat. Ada yang disimpang, ada yang ditengah-tengah, ada yang di rumah kedai.

Akhirnya yang menjadi pilihan ialah Taska Naliadif yang terletak di Presint 15H.Kenapa? Antara sebab utama ialah harga yuran yang sedang-sedang, maklumla nak hantar anak 2 orang. Tambahan pula, memang laluan cik nak ke tempat kerja, jadi takdelah makan masa sangat nak pusing-pusing hantar ambil anak-anak. Owner dan pengasuh-pengasuh yang ramah dan selalu senyum. Jawab soalan-soalan cik dengan sabar.

Antara pengasuh yang berkhidmat adalah ibu kepada owner taska sendiri. Jadi dah kira pangkat nenek lah kepada anak-anak kan. Tapi nenek segak lagi. Itu yang tambah keyakinan cik hantar anak-anak ke situ sebab ada orang tua yang banyak pengalaman. Kadang-kadang nenek ni garang sikit huhu.

Minggu pertama hantar anak-anak memang mencabar. Kakak Hana senang sikit, tak nangis dah masuk hari kedua. Cuma adik la struggle sungguh. Pantang sampai depan pintu memang meraung aje. Adela jugak beberapa minggu berterusan. Tapi teacher kata adik masa sampai je nangis, dah masuk taska campur kawan-kawan + kene dukung lagi dengan teacher ok dah.

Masuk bulan kedua syukur sangat-sangat. Anak-anak dah serasi bebenor dengan environment taska tu. Adik no more cries. Siap hulur tangan ke teacher minta dukung. Ouch adik..Cuma yang buat sedih retak hati jiwa bila dapat perkhabaran harga yuran terpaksa dinaikkan soon. Yuran kakak dari RM280 terus ke RM400. Adik pula RM350 naik jadi RM400. Teacher kata sebab kelab pengasuh Putrajaya yang standardized yuran minimum RM400...mereka pun ala2 terpaksa turut sama. Aduhai mahal sangat kut.. Dah tak jadi sebab utama lah cik pilih taska ni kan kalau sebab yuran.

Lama juga termenung. Apa yang terbaik agaknya. Cari taska lain? Masalahnya anak-anak bukan senang nak serasi. Bila dah serasi, berat hati pula nak hantar tempat lain.Almost RM200 juga kami perlu tambah untuk yuran anak-anak. Lepas juga bayar bil Astro, bil air, bil letrik,duit minyak motor sang suami selama sebulan. Aduh...sambung termenung lagi.

Kemudian, sang suami berkata," Takpelah kita hantar je kat situ. Nak cari tempat lain bukan senang. Lagipun duit tu kalau tak guna kat anak-anak mungkin kita guna kat tempat yang tak sepatutnya." Maka jelaslah keputusan kami. Hati yang berbelah bahagi sudah ada keputusan yang pasti.

Setakat ni senang hati je anak-anak hantar kat situ. Kakak Hana rajin menyanyi tiap-tiap kali balik rumah. Nampak ceria je. Kalau cuti weekend pun minta hantar pergi sekolah. Oh Kakak! Ada pernah sekali cik masuk duduk dan berbual-bual (tanya macam-macam sebenarnye) kepada pengasuh taska sebab anak cik tak baik-baik demam selsema. Tanya la diaorang makan apa, aktiviti apa, dan sebagainya. Walaupun nampak macam cik nak attack tapi akhirnya kami macam borak santai je. Happy sangat sebab puas hati dengan semua jawapan. Hilang semua ragu-ragu.

Walaupun taska ni tak ternama macam taska yang lain, yang penting kan anak-anak suka,ibunya pun suka kan. Tak semestinya tak bagus setuju kan? Kalau sesiapa mencari-cari taska boleh rujuk blog ni.

Semoga Allah terus merahmati dan memberkati hidup kita semua. Semoga hidup dan mati kita dalam iman.
Jumpa di post seterusnya ok.

:)

Tuesday, February 11, 2014

Hadiah buat baba - Khasiat Advanced Joint Health Tablet

Assalamualaikum.

Baba adalah hero cik. Individu penting yang menjadikan cik seperti cik hari ini. Usia baba dah pun menginjak 60 an. Tak sangka...cepat kan masa berlalu. Baba sihat so far, alhamdulillah. Masih ligat dengan projek sana sini. Selalu mengambil kesempatan berjemaah di surau berdekatan. Tapi kadang-kadang baba akan diserang gout. Sakit kaki susah nak jalan.

Niat di hati nak berikan sesuatu untuk baba hasil daripada duit gaji bulanan. Apa yang diperlukan baba agaknya? Fikir-fikir, bulan ni cik nak hadiahkan baba supplement dari Shaklee ni - Advanced Joint Health.

Harapannye tinggi, semoga ada perubahan pada baba. Semoga kurang diserang gout. Semoga laju langkah nak kemana mana. Semoga mudah dia beribadah. Semoga rukuk, sujud dan tahiyat nye tidak lagi terganggu dengan kesakitan yang perlu ditanggung. Say no more to pain killer!

Cara makan pun mudah. 2 biji sehari after taking meal. Harapnya mudah untuk baba konsisten. Advanced Joint Health ni  100% natural. Kalau baca testimoni pengguna, memang teruja sangat. Mudah-mudahan baba pun dapat manfaatnye.Yang penting ada ikhtiar untuk menjadi lebih sihat.

Tak sabar nak tahu result nanti. Cik update lagi ye nanti.




Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.

  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

 P/s : Menurut testimoni, kesan pengambilan Joint Healt Tablet boleh dirasai seawal 5 hari ke seminggu selepas mula pengambilan. Nak hadiahkan kat keluarga juga? Contact cik seperti di bawah ye.



Saturday, February 8, 2014

Father's Day , the Tiramisu project

Assalamualaikum..

Buat pertama kalinya rumah cik kat perantau ni menyambut Hari Bapa. Yela..baru tahun pertama bergelar parents uhuk.. Punya la semangat cik ... cik decide nak buat kek Tiramisu..selalu tengok orang makan..meh la sesekali kita but sendiri ye dak..


Just use any sponge cake ..yang beli kat kedai pon ok... for the frosting cik guna resepi dari dapur hanamemories... sebab kek cik ni kecik comel je so cik half kan resepi nya.

Frosting
Ingredients
  • cream cheese - 50g
  • fresh cream -50 ml
  • sugar - half cup
Method
  1. Campurkan semua bahan dan pukul sehingga berkrim. DONE !
After that, sapu permukaan kek with campuran nescafe + sikit air. Barulah sapukan the frosting...
Dah siap pun...


Happy Father's Day to all dads in the world especially for my beloved father nun jauh di tanah air and beloved sang suami. You guys rock my world !!

Thursday, February 6, 2014

Best Laksa Johor in Cyberjaya - "J Scoozi"

Assalamualaikum.

Belum pernah rasanya cik review kedai makan dalam blog cik. Mari kita mulakan.

Sejak-sejak pernah jadi orang Johor memang selalu mengidam nak makan laksa Johor. Susah rasanya nak jumpa kedai ada menu masakan glemer Johor ni. Kalau mee bandung tu bersepah kan.

Tanpa diduga bagai bulan jatuh ke riba, cik bersama officemate telah menemukan sebuah restoran masakan Johor di bumi Cyberjaya ini. Yang best nye ialah kami hanya perlu berjalan kaki untuk menuju ke sana. Depan office je kut , yes!

Pemilik restoran namanya makcik Khadijah. Katanya dah 2 tahun juga restoran ni dibukan. Mungkin lokasi yang sedikit tersembunyi buat orang tak tahu kehadirannya. Tambahan pula nama kedai yang vavavava.. J Scoozi you all! Mana orang berani masuk kan. Letak la Mak Jah corner ke, Mak Limah Johor Cuisine ke kan.Mesra la sikit ye dak.Kata makcik nak bagi nama sesuai sikit dengan standard Cyberjaya. Boleh?
 


 First time datang, cik order laksa Johor. Selain laksa johor, ada set asam pedas, set ayam rempah, kacang pool (pagi je kut) dan lain-lain lagi. Macam biasa, datang kedai mesti minta menu kan. "Alah dik, menu tak siap lagi la." Emmmm boleh tak pembaca blogku sekalian? Adekah logik restoran dah buka setahun takde menu lagi. Mungkin makcik nak upgrad lepas ni tak main la pakai buku menu ni. Touch screen je nanti. Kuttt?

Bila laksa kegemaran sampai ke meja makan, memang teruja sangat-sangat lah. Belum lagi terkenang saat-saat laksa bersama kuah yang pekat dah enak tu masuk dalam mulut. Weh, terliur la pulak sekarang nih!
 Cukup sempurna. PERFECT! Sekali suap, terus teringat kenangan-kenangan lalu menjadi perantau di negeri Johor. Kelas tak? Sekali suap memang tak boleh berhenti sampai la pinggan tu licin.

Kali kedua pergi, masih order laksa Johor kegemaranku lagi. Kali ketiga cik cuba set asam pedas pula. Tak menghampakan!

Harga untuk laksa Johor is RM8, set asam pedas RM6.50..air suam free :) Sebab takde menu kan, jadi tak tahu lah harga masakan yang lain hehe.

Restoran J Scoozi terletak di Jalan Teknokrat 3, Cyberjaya. Berhadapan dengan bangunan IBM/ Emerio/ Wisma Shell. Kalau dari tepi jalan nampak kedai mamak Pelita, Sun Francissco Pizza.J Scoozi kat belakang ye. Makcik kata Ahad tutup. Kalau you all nak datang, cer call dulu makcik Khadijah ye 016-2689004.

Jumpa di next post ye! Thanks for reading :)