Thursday, February 13, 2014

Bila Harus Memilih Taska : Taska Naliadif di Putrajaya

Assalamualaikum,

Kali ni terasa nak berkongsi pengalaman cik mencari taska untuk anak-anak sebelum cik mula bekerja dulu.
Cik bukanlah seorang yang sangat cerewet. Tapi cerewet sikit-sikit tu sudah tentu penting demi kepentingan anak-anak. Lebih-lebih lagi ketika mencari taska untuk anak-anak tumpang berteduh sementara cik bekerja.

Google sahaja ' taska + Putrajaya' maka berderet-deretlah artikel-artikel berkenaan. Tepuk dada tanya selera. Nak yang mahal ke, murah sikit ke, dekat dengan rumah ke, dekat dengan office ke kan. Sesudah khatam membaca info thru blog-blog dan website, cik juga tawaf hampir seluruh putrajaya untuk meninjau taska yang boleh memenuhi kehendak kami. Jumpa yang berkenan di hati, tapi sudah tidak menerima kemasukan lagi. Ada yang nampak sesak je dari luar. Ada yang rumput2 tinggi tak sempat dipotong agaknya. Ada yang dekat dengan taman permainan. Ada yang sampah penuh pampers kelihatan di tong sampah hadapan. Ada yang cantik dicat. Ada yang disimpang, ada yang ditengah-tengah, ada yang di rumah kedai.

Akhirnya yang menjadi pilihan ialah Taska Naliadif yang terletak di Presint 15H.Kenapa? Antara sebab utama ialah harga yuran yang sedang-sedang, maklumla nak hantar anak 2 orang. Tambahan pula, memang laluan cik nak ke tempat kerja, jadi takdelah makan masa sangat nak pusing-pusing hantar ambil anak-anak. Owner dan pengasuh-pengasuh yang ramah dan selalu senyum. Jawab soalan-soalan cik dengan sabar.

Antara pengasuh yang berkhidmat adalah ibu kepada owner taska sendiri. Jadi dah kira pangkat nenek lah kepada anak-anak kan. Tapi nenek segak lagi. Itu yang tambah keyakinan cik hantar anak-anak ke situ sebab ada orang tua yang banyak pengalaman. Kadang-kadang nenek ni garang sikit huhu.

Minggu pertama hantar anak-anak memang mencabar. Kakak Hana senang sikit, tak nangis dah masuk hari kedua. Cuma adik la struggle sungguh. Pantang sampai depan pintu memang meraung aje. Adela jugak beberapa minggu berterusan. Tapi teacher kata adik masa sampai je nangis, dah masuk taska campur kawan-kawan + kene dukung lagi dengan teacher ok dah.

Masuk bulan kedua syukur sangat-sangat. Anak-anak dah serasi bebenor dengan environment taska tu. Adik no more cries. Siap hulur tangan ke teacher minta dukung. Ouch adik..Cuma yang buat sedih retak hati jiwa bila dapat perkhabaran harga yuran terpaksa dinaikkan soon. Yuran kakak dari RM280 terus ke RM400. Adik pula RM350 naik jadi RM400. Teacher kata sebab kelab pengasuh Putrajaya yang standardized yuran minimum RM400...mereka pun ala2 terpaksa turut sama. Aduhai mahal sangat kut.. Dah tak jadi sebab utama lah cik pilih taska ni kan kalau sebab yuran.

Lama juga termenung. Apa yang terbaik agaknya. Cari taska lain? Masalahnya anak-anak bukan senang nak serasi. Bila dah serasi, berat hati pula nak hantar tempat lain.Almost RM200 juga kami perlu tambah untuk yuran anak-anak. Lepas juga bayar bil Astro, bil air, bil letrik,duit minyak motor sang suami selama sebulan. Aduh...sambung termenung lagi.

Kemudian, sang suami berkata," Takpelah kita hantar je kat situ. Nak cari tempat lain bukan senang. Lagipun duit tu kalau tak guna kat anak-anak mungkin kita guna kat tempat yang tak sepatutnya." Maka jelaslah keputusan kami. Hati yang berbelah bahagi sudah ada keputusan yang pasti.

Setakat ni senang hati je anak-anak hantar kat situ. Kakak Hana rajin menyanyi tiap-tiap kali balik rumah. Nampak ceria je. Kalau cuti weekend pun minta hantar pergi sekolah. Oh Kakak! Ada pernah sekali cik masuk duduk dan berbual-bual (tanya macam-macam sebenarnye) kepada pengasuh taska sebab anak cik tak baik-baik demam selsema. Tanya la diaorang makan apa, aktiviti apa, dan sebagainya. Walaupun nampak macam cik nak attack tapi akhirnya kami macam borak santai je. Happy sangat sebab puas hati dengan semua jawapan. Hilang semua ragu-ragu.

Walaupun taska ni tak ternama macam taska yang lain, yang penting kan anak-anak suka,ibunya pun suka kan. Tak semestinya tak bagus setuju kan? Kalau sesiapa mencari-cari taska boleh rujuk blog ni.

Semoga Allah terus merahmati dan memberkati hidup kita semua. Semoga hidup dan mati kita dalam iman.
Jumpa di post seterusnya ok.

:)

No comments:

Post a Comment