Kali ni nak membawa pembaca mengenali dengan lebih lanjut mengenai lecithin.
Apa itu lecithin?
- Lecithin merupakan komponen lemak penting yang diperlukan oleh sel badan kita. Ia boleh didapati di dalam makanan termasuk kacang soya dan kuning telur.Lecithin digunakan sebagai ubat dan juga dalam penghasilan ubat itu sendiri.Sesetengah orang menggunakan lecithin sebagai pelembap yang disapu pada kulit.
- Lecithin merupakan asas dalam pembinaan sel yang menghalang pengerasan membran sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat. Membran sel merupakan bahagian kritikal dalam memastikan input dan output nutrisi dalam sel-sel kita.
- Memelihara sel adalah sangat penting untuk mengekalkan tahap ketahanan tubuh menentang penyakit yang dapat merosakkan sel. Phospholipids seperti lecithin dihasilkan dalam jumlah tertentu oleh organ-organ utama tubuh kita seperti hati, buah pingggang dan jantung. Ia juga boleh diambil daripada sumber luar.
- Soy lecithin merupakan satu formula yang popular sebagai supplement bagi mengurangkan tahap kolestrol jahat dan triglycerides. Tambahan pula, soy lecithin meningkatkan tahap HDL yang lebih dikenali sebagai kolestrol baik. Ia juga dapat memberi manfaat kepada pesakit yang sedang dirawat akibat tahap kolestrol yang tinggi.
Apakah Kebaikan Lecithin
1.Kepada jantung dan hati
- Sebagai komponen untuk kesihatan jantung, lecithin mengelakkan kerosakan yang berisiko berlaku dari penyakit arteri koronari. Fungsi penting lecithin ialah mengelakkan kolestrol dan lemak yang lain daripada melekat. Ia memberi manfaat kepada mereka yang cenderung untuk mendapat penyakit jantung
- Pelincir yang didapati daripada lecithin menghasilkan lapisan yang licin yang menyebabkan lemak yang besar sukar untuk lepasi.Apabila lemak yang besar tidak dapat melepasi kawasan spesifik dalam tubuh kita, ia akan dihantar ke hati untuk proses metabolisme dan ditukar kepada tenaga.
- Apabila mengamalkan supplement lecithin, peredaran darah dapat ditingkatkan yang mengelakkan berlakunya darah beku dan mengekalkan kesihatan hati. Lecithin juga dapat memberi kesan positif dalam membaiki kerosakan hati yang diakibatkan oleh pengambilan alkohol atau bahan toksin yang lain.
2.Terhadap tahap kolestrol
- Merendahkan tahap kolestrol
- Soy lecithin telah digunakan bagi merawat pesakit darah tinggi selama berdekad. Ia mengawal peredaran nutrisi masuk dan keluar dari sel dan mengelakkan lemak daripada dibina di dinding jantung, arteri dan otak kita dengan memecah komponen lemak ini.
3. Terhadap otak
- Lecithin telah menunjukkan manfaat bukan sahaja kepada jantung malah mampu memberi faedah kepada otak.Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan supplement lecithin lebih cenderung untuk mengingati informasi yang spesifik dan meningkatkan keupayaan memori.
- Nutrisi utama yang terkandung dalam soy lecithin ialah phosphatidylcholine (PC). PC merupakan antara bahan yang mengelilingi membran sel kita. Tubuh kita memecah PC kepada choline yang sangat dikenali sebagai komponen penting untuk kesihatan otak. Choline sangat penting untuk mengelakkan kehilangan memori terutamanya di kalangan orang tua.
4.Menurunkan berat badan
- Penurunan berat badan yang sihat
- Lecithin mempercepatkan pemecahan lemak yang membantu seluruh proses penurunan berat badan serta meningkatkan kadar metabolisma.
- Lecithin seringkali digunakan secara efektif sebagai diet yang sihat dalam proses menurunkan berat badan.
- Apa yang paling istimewa ialah oleh kerana lecithin adalah bahan semulajadi, ia membenarkan tubuh badan kita untuk menurunkan berat tanpa bergantung kepada ubat yang mungkin berisiko kepada tubuh kita.
No comments:
Post a Comment