Apa khabar agaknya you all? Dah masuk 5 Ramadhan okay...cepatnye..So far amacam ?? Mesti ok je kan. Semoga this year better than the last one tau. Cik ni..ingatkan dapat la puasa penuh tahun ni. Tahun lepas banyak ponteng hukhuk. Time tu mengandungkan Little Hana .. cik teruk mual nya..muntah ajer. Bangun sahur , lepas makan je muntah balik. Memang dalam kategori darurat jadi cik pun banyak hari tak dapat puasa.
Tapi tahun ni pulak ingatkan dapat la puasa penuh. Cik risau-risau jugak sebab Little Hana masih menyusu badan. Mana tau darurat juga, tak dapat puasa ke kan. Alhamdulillah first day cun je. Tak lapar mana pun even though breast feeding. Shikashi, impian cik untuk teruskan puasa pada hari-hari seterusnya tak tercapai pula. Bulan cik yang tak pernah mai sejak bersalin,dok mai pulak tiba-tiba di bulan yang mulia ini uhuk2. Terkejut la juge..tapi nak buat macam mana..anggap jela rezeki hehehe.
Last weekend cik pergi shopping kat Costco. Ni kira macam Tesco kat Malaysia. Barang-barang banyak dari US and in big quantities. Nak mai sini duit pon kena la big kan hehe. Nak share sikit apa yang cik dapat hasil daripada hunting di Costco ni.
Haaa tu dia.Mana nak dapat manggis kat Jepun nih. Nak masuk 6 tahun cik jadi perantau..ni la first time cik jumpa manggis. Hukhuk...manggis ni dari Thai. Harga dalam 600yen lebey sikit kot.So, dalam RM 25 for 9 biji ...huhu. Takpe sekali sekala (sedapkan hati)..
Jatuh Cinta
Cik nak khabarkan pada semua..cik sudah jatuh cinta.Ini gara-gara penangan blog yatieychomel. Daripada situ cik tertarik dengan sweet yang bernama macaroon nih. Huhuhu..selepas membaca blog cikyatie chomel pasal macaroon laduree kat Hakata City, cik pun
Memang sesuai la dengan sejarah Laduree ni, harga seketul macaroon 250yen ...hampir sepuloh ringgett ngeee. Tapi sekali sekala merasa apa salahnya tak *sedapkan hati..Cik just beli 6 ketul je. After that, masa nak makan tu punyala
Bila dah jatuh cinta dengan rasa yang pertama kali itu, cik mcm tak boleh nampak dah bayang-bayang macaroon..terus rasa KENA beli. And bila cik nampak je macaroon kat Costco, laju je la cik masukkan dalam shopping cart..
Lain kali cik ngidam macaroon dah tau kat mana nak carik yang murah sket. Kat Costco ni harga dalam 1000 yen and contains 24 pieces..ootokuuu!! Ada perisa vanila,pistachio , strawberry and choc. Yummm2..sedap less sweet berbanding Laduree tadi. Rasanya 80% cik makan sorang je ..sang suami kasi can cik bedal sampai kenyang .Lap u la !!
Kesimpulannya, seronok shopping kat Costco ni. Nak update semua barang-barang shopping nanti orang kata apa pulak.Buang tebiat ke ape kan2..So mana yang boleh je la ye. See you in next entry.
Ramadhan Kareem everyone!
macaroon costco kurang kick bagi I compared to Laduree. rasa dia x best sgt esp flavor pistachio tu. yg costco punya macaron tahan la 2 minggu jugak baru habis..ladur epunya tak menahan2 nak ngap semua seklaigus je rasa eheh
ReplyDeletebetul tu cik yatie yang chomel.sudah pasti la you suka laduree hehehe. kami kurang manis sikit la fesyen nye..so costco nye lagi laju sikit makan with sang suami hehehe.anyway inilah penangan baca blog u ahaks
ReplyDelete