Saturday, July 30, 2011

Kerna Allah lebih sayangkannya...

Assalamualaikum semua.Salam rindu..lama tak jengah blog..ape kejadah yang cik buat busy sangat sampai takde masa nak menaip. Anyway lagi 1 hari nak masuk Ramadhan.Counting2...

Entry cik kali ni nak berkongsi kisah yang terjadi dalam beberapa waktu terdekat ni. Sebelum tu jom sama-sama kita mulakan dengan sedekahkan AL-Fatihah kepada ahli keluarga , sahabat-sahabat kita yang sudah meninggal dunia..



1. Allahyarhamah opah

 8 Julai 2011, cik menerima message daripada sang suami yang memaklumkan opah telah kembali ke rahmatullah. Opah merupakan nenek belah sang suami. Sejujurnya, cik tak sempat mengenali arwah opah semasa hayatnya. Usia perkahwinan yang baru setahun jagung, ditambah pula jarang sekali cik pulang ke tanah air (setahun sekali) merupakan faktor cik kurang mengenali dirinya. Arwah opah meninggal disebabkan kompilasi sakit-sakit yang dialaminya. Walaupun cik tak kenal rapat dengannya, tapi daripada cerita-cerita sang suami, cik pasti , arwah opah seorang yang tabah dan kuat semangatnya. Arwah opah membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran suami kerana suami opah telah meninggal dunia ketika anak-anaknya kecil lagi. Semoga semangat kuat yang opah miliki akan turut diwarisi anak-anak cik. InsyaAllah..

2. Allahyarhamah Dr.Lo'lo Mohd Ghazali

Perkenalan cik bersama arwah Dr hanya bermula apabila cik membaca blog Dr.Asri..Terlambat cik mengenalinya.Namun, semangatnya pasti terkesan kepada seluruh yang mengenali diri arwah. Kekuatan jiwanya dalam misi menegakkan yang hak...semoga anak-anak cik juga memiliki kekuatan seumpama diri arwah.

3. Allahyarham Muhammad Syafiq Abu Ani

Gempar dan misteri..itulah yang menyelubungi berita kematian arwah Syafiq. Cik tidak mengenali arwah. Tetapi, sang suami pernah beberapa kali berjumpa dengannya sepanjang tinggal di bumi sakura ini.  Arwah belajar di sebuah universiti terletak hanya 2jam perjalanan daripada tempat kami tinggal. Bermula daripada saat kehilangannya disedari, sehinggalah jasadnya ditemui di Pattaya,Thai...ianya terus menjadi tanda tanya. Pelbagai andaian dibuat namun sudah pasti hanya Dia yang mengetahui. Sayang...tinggal sedikit sahaja tempoh pengajian..sudah hampir kepada saat graduasi..sememangnya arwah dikelilingi dengan orang-orang yang mengasihinya. Kerana itu kehilangannya cepat disedari. Apakan daya..Ya Allah Engkau bantulah mereka yang mencari kebenaran.

4. Allahyarham Mohd Hafiz @ Aleesya

Heboh seluruh rakyat jelata apabila kes arwah Hafiz terbentang di dada-dada akhbar. Kita sibuk mempertikaikan tindakannya..berbagai kata-kata dilemparkan terhadapnya..cik tidak terkecuali beristighfar panjang tatkala pertama kali membaca kes arwah. Hari ini, arwah menghembus nafas terakhirnya. Cukuplah kata-kata yang dilempar termasuk pandangan-pandangan tidak indah kepadanya. Doakan perjalanannya mudah di sana.



MATI ...Ia adalah sesuatu yang pasti..bila ? hanya Dia mengetahui. 

Ya Allah, tempatkan mereka di antara hamba-hamba yang Engkau Kasihi.

Ya Allah, jauhkan kami daripada siksa kubur dan api neraka Mu...

2 comments:

  1. samasama mendoakan agar 'date' kita dengan Ilahi itu penuh dengan memori indah. sucikan jiwa sbelum mata terpejam rapat tanpa sedetik nadi jua nafas. innalillahi wainna ilaihi rajiun. jazakillahi khair ya ukhti! ^^

    ReplyDelete
  2. Indeed...innalillahi wainna ilaihi rojiun..

    ReplyDelete