Friday, June 10, 2011

Si Uri ? Ke mana perginya ??

Assalamualaikum.

Bertemu kita lagi. This time cik nak kongsi pengalaman cik bersama kisah si uri (bukan Suri Cruise okkay ).

Semasa pertemuan cik dengan doktor sakit puan kira-kira minggu ke-30 kehamilan, kami telah berdiskusi mengenai si uri.

"Doktor, kawan-kawan saya yang pernah bersalin kat sini, mereka dibenarkan mengambil uri selepas anak mereka dilahirkan. Jadi, saya pun nak juga uri saya tu nanti ".

"Em, macam ni ye puan. Uri ni kami klasifikasi sebagai organ. Kerajaan Jepun tidak pernah membenarkan organ dibawa keluar daripada hospital tanpa sebab-sebab yang melayakkan puan berbuat demikian. Em, puan nak buat apa dengan uri tu ? "

"Kat negara kami, uri tu boleh bawak balik, kami cuci dan kami tanam. "

"Tanam ? Kat tanah mana puan nak tanam kat Jepun ni ? Bahaya jika anjing-anjing korek tanah tu . Uri ni boleh membawa kuman kalau tidak betul-betul dibersihkan."

" Kalau kami tak dibenarkan ambil, apa pihak hospital akan lakukan padanya? "

" Oh, jangan risau. Uri ni akan dihantar untuk pelupusan. Akhirnya uri ini akan dibakar, jadi kuman yang terdapat padanya akan mati. Di Jepun memang begini sistemnya. Membawa keluar organ adalah satu kesalahan di Jepun. Ia adalah undang-undang. Tindakan kerajaan boleh dikenakan kepada pihak hospital, doktor dan semua staff yang terlibat semasa puan melahirkan anak nanti. "

"Oh, dilupuskan..."

"Macam ni lah puan, puan berbincang dengan suami. Fikir masak-masak. Jika puan tetap mahukan uri tu, kami terpaksa menolak puan daripada melahirkan anak di hospital kami. Puan boleh pergi ke mana-mana hospital yang lain tapi saya pasti jawapan yang mereka berikan tetap sama. Ataupun, puan baliklah ke negara puan dan bersalin di sana. Puan dah minggu 30 ni, sebaiknya buat keputusan segera."

Begitulah antara dialog yang berlaku antara cik , sang suami dan doktor tersebut. Dalam hati cik, timbul kekusutan. Kalau tak ditanam uri tu, berdosa ke cik? Selama yang cik tahu, family dan kawan-kawan semuanya tanam. Cik dan sang suami mengambil keputusan untuk bertanya kepada sahabat-sahabat negara lain yang berada di sini.

Hasil daripada soal jawab sang suami dengan sahabat dari negara Arab Saudi, tidak ada syarat dalam agama kita menyuruh dibuat demikian terhadap uri. Di negara beliau juga, uri tidak dibawa pulang. Pihak hospital yang menguruskannya. Beliau menambah lagi, katanya ajaran agama Islam kat negara kita pelik sikit. Hangin cik mendengarnya..tapi kalau difikir dan dipertimbangkan tidak ada yang salah statementnya. Mungkin beliau berkata begitu hasil daripada pemerhatiannya terhadap warga negara kita yang ada di sekelilingnya.




Kenapa di negara kita uri tu ditanam? 

Benarkah uri itu antara bahan-bahan yang digunakan di dalam penghasilan kosmetik?

Dilupus atau ditanam.. tujuannya sama, yang mana satu lebih efektif?

Banyak betul persoalan menerjah diri cik. Maklum sahaja diri cik yang tidak punya ilmu sebidang di dada. Setelah berbincang dengan suami, biar apa pun yang akan dikata terhadap kami, kami sebulat suara menyerahkan pengurusan si uri kepada pihak hospital. Tambahan pula, cik taknak la bersalin kat Malaysia sorang-sorang. Ini kan pengalaman pertama kami. Sama-sama kami menempuhnya eceh.

Fikir-fikir kembali, di bumi Jepun ni, sangat sukar sekali atau cik tidak pernah melihat anjing-anjing liar berkeliaran. Berbeza dengan negara cik ( kawasan rumah cik kat KL jgn cakap....). Tapi itu antara yang dirisaukan oleh sang doktor. Adakah kita di Malaysia tidak serisau sang doktor ketika menanamnya? Ada yang menanam si uri bersama bahan-bahan lain .. paku etc. Adakah ini termasuk dalam ajaran kita atau sekadar budaya ? Cik pasti melakukan perkara yang sama jika berada di Malaysia.

Cik tak puas..banyak sangat persoalan yang cik mahukan jawapannya.
Kongsikan...kepada yang mempunyai jawapan di tangannya.

Cik tak tahu pun rupa si uri. Sang suami sahaja yang melihatnya. Bagaimana pun rupanya, semoga si uri akhirnya selamat disempurna.

3 comments:

  1. wahh best entri ni, baru tahu mcm tu eh, kite lg la tak tahu pasal ni, kalau kat mesia tu kan siap ada cara dan tempat untuk tanam supaya baby tu baik tingkah lakunya... entahlah wallahua'lam...

    ReplyDelete
  2. i penah tengok cik uri masa mak bersalin adik bongsu. hospital masuk dalam plastik hitam dan bagi bawak balik. balik2 je abah bersihkan dalam sinki..cuci sampai bersih then tanam kat kawasan berpasir depan rumah bawah pokok kelapa..rupenya macam segumpal darah je tapi berbentuk piring yang besar..which means leper..ini yang ada dalam ingatan 16 tahun lalu..xingat dah betul ke x..hehe

    ReplyDelete
  3. Suka2 n3 nih. Xslh sy uri tu warna merah (lbh kurang cam paru kmbg)..ni ape yg asben bgtaulla.sblm ni mmg dh tye kwn2,so bab uri ni mmg da th xleh bwk blik.

    ReplyDelete