Cik nak share inisiatif yang cik ambil untuk rujukan apabila cik bergelar ibu. Maklumla hidup sebagai perantau..pandai-pandai la nak survive ..( aduh ayat sedey pule ). Yela jadi ibu pun ibarat jadi student yang baru mendaftar di kolej. Apa pun tak tahu, semuanya pengalaman pertama..semuanya adalah benda baru yang memberi ilmu. YES ! Ilmu...
So, here are the list sumber rujukan cik.
- Keluarga di tanah air : Sumber pertama cik... dalam keluarga cik, sang kakak pun dah ada 2 orang anak, abang pun ada 1. Jadi, boleh la cik rujuk mereka yang berpengalaman ni.
- Keluarga di perantauan : Alhamdulillah, kat tempat cik ni, banyak keluarga yang buat PhD. Termasuk la keluarga-keluarga Japanese yang rapat with cik. Apa-apa yang cik confuse, laju je cik tanya mereka. Tasukarimasu!!
- What To Expect The First Year by Heidi Murkoff dll : Buku ni cik beli before bersalin dan menjadi kawan karib cik since. Buku ni also sangat laris in US to show how good it is. Sangat sesuai bagi cik yang pertama kali bergelar ibu ni.
- Babycenter.com : Laman sesawang yang cik guna sejak mengandung. This website updating cik with new info every week since peringkat kehamilan lagi. Banyak lagi website yang ada kan, tapi cik rujuk yang ni je. Bila dapat je info terbaru, cik rasa macam " Eeh, tau-tau je aku ade masalah ni .. " sebab this website macam bagi jawapan kat masalah yang membelengu cik ahahaha.
my baby bible |
Some people tak minat sangat rujuk buku, rujuk internet lagi laju. Terpulang pada masing-masing. Cik suka dua-dua hehehe. Nak duduk depan pc je pun skang bukan boleh sangat. Kalau ada buku tu boleh juga membaca time menyusu ke kan.
Walaupun entry ni macam tak menarik, cik harap dapat memberi info sedikit sebanyak bagi sesiapa yang memerlukan. Apalah sangat daripada diri cik yang tak seberapa ni.
No comments:
Post a Comment