Wednesday, June 8, 2011

Little Hana, saat kelahirannya - part 2

Assalamualaikum...

Sampai kita ke part 2 dalam kisah yang sama. Sedut nafas, ambil feel...dan cik kembali ke saat kisah ini terjadi...wang..wang..wang ..blupp..blupp ade awan putih kabur (macam dalam tv )

Suasana dalam kereta semasa perjalanan menuju ke hospital aritu tak seceria selalu.Kerana menahan kesakitan yang kian terasa, cik hanya mampu memejamkan mata. Berulang kali cik membetulkan kedudukan apabila contraction menyerang. Sejurus tiba di pintu utama hospital, cik gagahkan juga diri untuk berjalan menuju ke part pakar sakit puan. Namun, staff hospital yang sedia menanti di pintu utama itu manghalang niat apabila melihat langkah cik yang agak lemah itu. Lalu disorongnya cik dengan menaiki welcha mcm dalam Hantu Kak Limah tu. Itulah pengalaman pertama cik naik welcha...Cik segan...

Setelah doktor dan midwife buat routine check-up, maka sahihlah bahawa cik kene admit dah time tu. Pintu pun dah terbuka 3 cm. Huhu...cik ingat dah soon sangat-sangat da nak bersalin..tapi masih ada separuh lagi perjuangan ini berbaki.  Just imagine , hampir 8 jam menunggu, pintu hanya terbuka sebanyak itu..Allah...

Cik dihantar ke wad bersalin di mana terdapat 3 lagi katil khas buat ibu-ibu yang menanti kelahiran anak masing-masing, diberikan persalinan dan disuruh berehat. Waktu itu cik memang tak lalu nak makan , just meneguk air zam-zam yang dibekalkan keluarga tempoh hari. Kasihan sang suami, tak dapat cik menemannya makan tengah hari..kemudian, tertidur dia di kerusi bersebelahan katil cik. Cik juga cuba tidur. Namun kerap terjaga apabila contraction menyinggah lagi. Sehinggalah, jam menunjukkan hampir 530 petang...

Ketika itu semakin kuat kesakitan yang cik rasa. Setiap kali contraction, midwife tak benarkan cik teran..diajarnya cik teknik bernafas. Namun sayang sekali, teknik itu tak bisa mengurangkan sakit yang bagai dicucuk-cucuk ini. Biarpun cik bersama 3 orang ibu lain yang sedang menanti masa bersalin, hanya cik sorang je dalam bilik tu yang meneran-neran kesakitan. Cik tak pasti apakah ibu-ibu lain itu sakitnya kurang daripada cik, atau, sudah memang lazim sikap Japanese yang tidak suka menggangu orang lain....

Dan tibalah saatnya di mana cik tak dapat lagi menahan diri daripada meneran. Ketika itulah, air ketuban cik pecah. Habis basah.. midwife datang , disuruhnya sang suami tunggu di luar dan kemudian dia menukarkan persalinan cik. Cik bertukar bilik daripada bilik menunggu ke bilik bersalin. Cik ingat dah sampai step push push..tapi sebenarnye belum lagi. Midwife tak benarkan cik teran sebab pintu belum 10 cm lagi. Allah...cik dah tak tahan..

Sang suami teguh di sisi, tak putus-putus memberi semangat, bersama-sama melalui pengalaman pertama ini. Setelah masanya tiba, dengan kudrat yang ada, cik mengenggam erat besi si katil, beberapa kali cuba sedaya upaya meneran, membantu junior cik yang juga sedang berusaha sedaya upaya cuba melihat dunia.  Tidak semudah yang cik sangka...hampir 2 jam berusaha masih tidak berjaya. Sehinggalah episotomy itu terpaksa dilaksana.

Akhirya ,jam 833 malam, lahirlah dia ke dunia...dan sekelip mata itu juga, hilangnya segala kesakitan dan kesulitan yang cik rasa. Allahu akbar...Alhamdulillah..bagai tidak percaya. Betul lah seperti apa yang orang bicara...hilang semuanya...hilang..Lalu cik dakap anak cik, cik susukan dia buat kali pertama..bagaikan tidak percaya. Itulah wajah dia yang cik tunggu-tunggu begitu lama..yang kami namakannya Hana Nasuha Ilhami, permata hati kami.

No comments:

Post a Comment