Tuesday, June 7, 2011

Little Hana, saat kelahirannya - part 1

Assalamualaikum..

Apabila usia kandungan cik memasuki 36 weeks, maka secara physicology nya cik dah pun bersedia untuk berhadapan dengan situasi kelahiran junior cik. Namun, Allah sahaja yang mengetahui.. kisah cik bermula apabila kandungan cik berusia 38 weeks...

Tidur cik malam tu tak selena malam-malam sebelumnya. Cik terbangun jam 1 pagi sebab merasakan sakit-sakit di bahagian perut. Dalam hati cik terdetik, inilah contraction yang diura-urakan itu agaknya. Cik cuba untuk tidur , tetapi kesakitan itu menghalang niat cik. Lalu, cik kejut sang suami dan kami mula mengira tempoh contraction. Kami mengambil keputusan untuk pergi ke hospital. Waktu itu jam menunjukkan hampir 2 pagi. Tetapi, setelah tiba di hospital dan diperiksa, cik dinasihatkan pulang dan menunggu lagi sebab pintu baru terbuka 1cm. Pintu perlu terbuka sebanyak 10 cm untuk memberi laluan kepada baby hadir ke dunia. Ya Allah, kalau 1 cm pun cik da sakit macam ni, how come cik nak tunggu sampai 10 cm..hanya Allah yang tahu...

Matahari pun menjengah, namun sakit cik tak berkurang. "Sakit..sakit.." itulah yang keluar drpd mulut cik setiap kali contraction datang sampaila dinasihatkan oleh makcik cik yang datang melawat." Jangan sebut sakit, sebut Allah..Allah ". Saat itu, apa sahaja yang cik lakukan serba tak kena..apabila contraction menyinggah, baring salah, duduk salah, mengiring salah, berdiri salah..namun sang suami yang berada di sebelah tidak putus-putus memberi kata-kata semangat. " Sabar yang... sakit ni satu hari je , ganbarimasyou ". Alhamdulillah , sedikit sebanyak jiwa menjadi kuat ..

Jam 12 tengah hari, cik dah tak tahan sakitnya. Setelah memastikan serangan contraction menyinggah setiap 10 minit, maka cik dan sang suami mengambil keputusan berangkat ke hospital ( takut-takut disuruhnya cik pulang ke rumah lagi ). Dan cik yakin, cik tak akan pulang ke rumah dengan perut sebegini lagi. Cik tidak akan pulang ke rumah sebagai seorang ibu mengandung lagi. Cik mungkin tidak akan pulang ke rumah untuk seketika..Pemergian cik aritu untuk berjuang. Cik langkah kaki kanan, mengucap dan berselewat..memohon dipermudahkan segalanya...

2 comments:

  1. hehehe,kelakar la pulok bc ni,yela,dgn penggunaan bhs yg best..kan,kan,selagi tak bukak 4 cm or 5 cm,mmg diorg suh balik.samala dgn kat mesia pun.dah bc entry yg kat bwh nun, habis ek sume duit yg diorg bg tuh(mahal sungguh).kat sini diorg bgla option kita nak duk bape hari.ni khas tuk gaijin je rsnye.so,sy pilih myb dlm 4hari 3mlm je kot.sbb kesian la pulak kat ank2 yg kat umah ni.iA,rsnye waktu tu dah kuat.

    ReplyDelete
  2. huhuhu trime kasih sudi komen dan follow cik. Sasuga ibu berpengalaman. Cik dok sampai 6 hari. Best jugak dok spital ni huhuhu.Tp malam la tak best...bilik kongsi 4 org..Bersambung-sambung tangisan baby-bay nih huhu

    ReplyDelete