Monday, June 20, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum

Dolu-dolu cik selalu beli cream puff brand Beard Papa kat Jepun nih. Unfortunately, tak boleh makan dah sebab it contains bahan-bahan yang meragukan. So, memang selalu la ngidam makan cream puff.. sampai la seru untuk buat sendiri ..  Yang penting oishiii okaayy (and of course easy).



Puff
Ingredients
  • 50ml air 
  • 50ml susu
  • 50g butter-suhu bilik
  • 50g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur - dikacau
Method 
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan cooking sheet.
  2. Masukkan air + butter + susu ke dalam periuk. Kacau perlahan. Masak dengan api sederhana. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau dengan laju sehingga sebati. 
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan sedikit likat. ( bila angkat dengan spatula, lambat jatuhnya)
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang dengan anggaran diameternya  5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil (celup jari dalam air sikit) supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 160c dan bakar selama 15 minit. or sampai perang sikit permukaan nya).
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan custard cream.

Custard cream
Ingredients
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc susu segar
  • 1 biji telur
Method
  1. Masukkan tepung dan gula ke dalam periuk kecil. Masukkan 2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Panaskan atas api kecil sehingga likat.

Daaa siap pun...tabur gula icing on top of it bile nak serve. YUmm2...
Dah cuba ?? Amacam ??

    4 comments:

    1. sukiii!!!...suka mkn tapi malas nk buat huhhuhu
      minta cikit bole?

      ReplyDelete
    2. suka sangat..samala,dulu beli gak kat beards papa tuh,tp,bila tahu xleh mkn,stop..sib baik kat eki,ade yg bole mkn.slalunya beli kat situ jek.

      ReplyDelete
    3. kak hanis ; sedap jugak la..laju je abis ahahaha

      kak ida : ala kak ida da habis da...sekali ngadap je kehkeh

      kak kamalia : tula kalau jumpa kat kedai memang laju je nak beli..suami dok geleng kepala kahkah

      ReplyDelete