Tuesday, December 18, 2012

Kelahiran Puteri Kedua - part 1

Assalamualaikum..

Sudah lama tidak bersiaran..apa khabar agaknya? Alhamdulillah segala puji bagi Sang Pencipta, cik selamat melahirkan puteri kedua pada 9 November 2012 jam 1148 pagi. Seminggu awal dari due date (15 Nov).



Malam tu cik tidur awal.Selesai dinner, terus solat Isya.Belum pukul 830 malam lagi cik dah lena. Tidur cik dikejutkan dengan contraction yang bermula jam 1145 malam. Contraction ni berpanjangan, direct sejam sakit kat perut. Time tu dah cukup pasti that I was in pre-labor.

Nak kejut sang suami, tapi kesian pula sebab dia baru je lelap mata. So dalam sakit sikit-sikit tu cik bangun dan mula mengemas rumah apa yang patut. Packing for Little Hana sekali sebab cik pasti we will be leaving for quite some time. Oh yes, masa ni cik kat Batu Pahat dan perlu balik Melaka untuk bersalin (kampung sang suami). Kalau bersalin kat BP ni, takde siapa nak tengokkan Little Hana.If kat Melaka, masa cik kat labor room boleh la nenek Ija tengok-tengokkan.

Selepas siap packing, kemas dapur, kemas rumah, kemas toys yang bersepah, barulah cik kejut sang suami. Time tu dah pukul 130 pagi. So, kami pun bersiap-siap dan bertolak ke Melaka. Highway memang clear lah, dah berjalan waktu malam kan so pukul 430 pagi tiba di kampung. Sakit dah makin kerap dah 10-15 minit datang.

Dapat jugak tidur walaupun tak berapa lena dek contraction. Bangun untuk solat subuh dan terus bertolak ke Hospital Melaka. Hanya cik dan sang suami. Little Hana tak ikut. Dia sedap je tidur.

Sampai di hospital dalam 630 pagi.Midwife buat pemeriksaan, cik dah 4 cm dilated. Ok baiklah..kene tunggu doc buat pemeriksaan pula. Lama tu kene tunggu..Jam 9 lebih baru la nama dipanggil. Cik okla contraction je, ada sorang akak tu siap muntah2 lagi . Tapi nurse takde pun yang tengokkan keadaan dia. Masih kene menunggu kat kerusi biru yang tak berapa selesa untuk ibu-ibu yang tengah menunggu untuk bersalin.

Masa cik tengah diperiksa untuk tengok blood pressure, boleh pulak seorang lagi nurse datang dok tanya pasal order lunch. Makan masa juga la kat situ nak kena layan order makan dia. Rasa sangat tak profesional la. I was in pain, kalau boleh biar la cepat sikit dapat check up kan.Tak perlu kot tindakan macam tu kat depan patient.Bisik-bisik ke boleh tahan lagi :)

Sambung next entry ye. Senang sikit nak update blog bila ada app blogger ni. InsyaAllah I will try to update soon.
Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment