Wednesday, February 8, 2012

Ichigo Tart

Assalamualaikum..

Ahad lepas cik dapat jemputan ke rumah sahabat cik di Kitakyushu. Lama tak pergi rumah dia ni. Kami kenal lama dah. Sejak buat preparation kat IBT (Institut Bahasa Teikyo) lagi. Cik Niza ni antara sahabat yang selalu cik contact sepanjang ada kat bumi sakura ni. Dari zaman bujang sampai la masing-masing dah ada anak 1.

Teringat lagi masa final sem, masing-masing sibuk dengan thesis..dengan experiment yang tak jadi-jadi. Dialah tempat cik bercerita meluah perasaan bagai hehehe. Soon kami akan berpisah. Cik insyaAllah akan meninggalkan bumi sakura yang disayangi. Cik Niza pula akan berpindah ke bandar metropolitan, Tokyo.

Sebagai buah tangan, cik buat icigo tart masa bertandang ke rumah cik Niza. Sebenarnya dah lama tergoda dengan resepi ni kat dalam cooking book. Apa lagi ambil kesempatan la test.


Tart (saiz 21cm)
Ingredients
  • Butter - 80g (dibiar lembut pada suhu bilik)
  • Icing sugar - 40g
  • Telur kuning -1 biji
  • Susu - 1 sudu kecil
  • Tepung - 140 g (diayak)
Method
  1. Pukul butter sehingga jadi cream.
  2. Masukkan icing sugar dan pukul sehingga warna jadi putih sedikit.
  3. Masukkan telur kuning dan susu. Pukul lagi sehinggan sekata.
  4. Masukkan tepung. Dengan teknik kaup balik, gaul adunan dengan menggunakan spatula sehinggan adunan sebati dan membentuk doh.
  5. Bungkus doh dalam wrapping plastic dan rehatkan dalam peti ais for 30 minutes.
  6. Tabur permukaan papan dan penguli dengan tepung untuk elakkan doh daripada melekat.
  7. Uli doh sehingga ketebalan lebih kurang 3 mm.
  8. Angkat doh perlahan-lahan and letakkan dalam bekas tart. Tekan-tekan doh supaya doh tak terangkat masa bakar nanti. Trim doh yang tak diperlukan. (Time ni, unfortunately doh cik melekat-lekat dan susah nak letak dalam bekas tart. So ambil sikit-sikit doh yang dah diuli tu and then tekan kat dalam bekas. Macam tampal puzzle pun ade juga, maklumla diriku yang tak pandai nih hehe)
  9.  Cucuk permukaan doh dengan garfu.
  10. Letakkan cooking sheet di atas doh. Letakkan pemberat atas cooking sheet tu. (Cik guna 1 cup beras)
  11. Bakar dalam oven yang pre-heat 200 C selama 15 minit.
  12. Keluarkan beras dan cooking sheet,bakar lagi selama 10 minit.
  13. Siap dan biarkan sejuk sebelum keluarkan daripada bekas.

Filling (Almond cream)
Ingredients
  • Butter - 30g (dibiar pada suhu bilik)
  • Gula - 30 g
  • Almond powder - 30g
  • Telur -1 biji
  • Icigo - 1pack, dihiris
  • Jem ,apapun boleh. Cik cuma ada marmalade
Method
  1. Pukul butter sehingga menjadi cream.
  2. Masukkan gula - almond powder - telur secara berturutan dan pukul sehingga sekata.
  3. Masukkan adunan ke dalam tart yang sudah siap dibakar.
  4. Bakar di dalam 180 C pre-heated oven selama 30 minit.
  5. Biarkan sejuk dahulu kemudian sapu permukaannya dengan jem strawberry atau apa sahaja jem yang disukai.
  6. Hias tart dengan ichigo yang sudah dipotong.
**Next time cik rasa better doublekan filling ni sebab macam sikit sangat pulak.



Alhamdulillah ok je hasilnya. Cubalah ek, nampak je renyah tapi ok je kut. Ok, see you in next entry ya!

8 comments: