Pada hari Selasa minggu lalu, bertempat di sebuah hotel kat tengah bandar Fukuoka, telah berlansung majlis sambutan National Day Malaysia yang diadakan oleh sebuah persatuan Jepun - Malaysia. Majlis ni memang diadakan setiap tahun ala-ala menyambut kemerdekaan negara kita. Tapi nya sambutan bukanlah pada tarikh 31 Ogos. Macam this year, dah masuk bulan 11 baru majlis diadakan. Ok aper, semangat kemerdekaan tetap ada.
Memandangkan cik baru pindah ke Fukuoka tahun lepas, maka ini adalah kali kedua cik join this event. Rasa bertuah betul student-student Malaysia yang tinggal kat sini. Hebat betul majlis yang diadakan di mana student boleh join. Untung..untung. Kehebatan ni tak dirasa sepanjang cik jadi student kat utara Jepun dulu. Takde makna dapat join makan-makan dalam hotel berstar-star gitu..
Tetapi, apa yang cik nampak, tak ramai yang menghargai peluang yang diberi percuma ni. Bukan makna cik, peluang dapat makan freee sedap-sedap sahaja (semua menu seafood, ikan), tapi peluang untuk ber"kouryuu" kata org Jepun. Maknanya berkenalan, bersahabat malah bernetworking dengan orang Jepun. Peluang yang tak semua student Malaysia kat Jepun ni dapat. Malah belum tentu dapat kat tanah air nanti.
Tapi, mungkin semua ada reason yang tersendiri. Yang ada kelas, yang jauh nak buat camna kan. Tapi, kalau yang malas tu..oppsss sendiri pikir lah ye. Biasala, bende depan mata memang orang tak cari..macam cik yang datang dari daerah yang takde sangat majlis-majlis ni memang terkesema jugak la bila dapat invitation. Rasa sangat bertuah !
Okla, tinggalkan perasaan itu kat sini..
Last year, masa sambutan ini diadakan, student-student Malaysia telah buat persembahan. Ala kugiran tapi mantop lagi la. Macam pergi tengok konsert ahaks. Sang suami macam biasa main bass gitar kat hujung pentas nun hehe. Pastu ada juga persembahan daripada seorng pakcik Jepun yang handal bermain gambus. Siap nyanyi lagu Melayu tu adoi la!! Anak ayam la, Dia Datang la..fuhhh hebat-hebat. Siap pakai baju melayu boleh! Respect giler...
With pakcik gambus..Hana dalam perut |
Kugiran daripada artis tempatan heehe |
This year pula takde persembahan daripada student Malaysia. However, satu pasukan tarian dibawa khas dari Malaysia untuk buat persembahan. Adik-adik ni daripada homestay kat Langkawi. Derang datang untuk promote homestay. Mantap okay.. Terhibur sekejap..Jom tengok kat sini.
Hana dah ada..awat cik nampak gemuk?? |
InsyaAllah tahun depan sambut Merdeka Day kat tanah air pulak..mungkinkah cik akan retire sebagai perantau? Wait & see...
wahh..bestnye kat sana ada mcm ni. sgt2 menarik. saye stuju, apa2 event kalau dpt jemputan mmg bgs pergi. tak rugi pun. :)
ReplyDeletemeriah nampak.. anyway, salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)
ReplyDeletemana ada gemuk makin kurus adelah...
ReplyDelete