Dolu-dolu...alkisah semasa cik menuntut di sebuah universiti nun kat utara Jepun ( takdela utara sangat kot ), cik giat menjalankan perniagaan nasi lemak. Bukan sebab tak cukup duit menyara kehidupan single mingle ketika itu. But, there were few reasons yang menyebabkan cik menceburkan diri dalam bidang itu ewah.
Di kantin universiti ketika itu tiada yang menyediakan menu halal...balik-balik cik makan nasi lauk salad, shiromi zakana (ikan goreng)..bosan to iu ka, MUAK ! Tapi apa nak buat, perantau kan...roti yang buleh nak telan pun limited la sangat. Dari situ lah timbul projek bisnes bento (bekal) ni. Dalam kepala penuh plan bercantum sana sini on how to start the business.
Maka, apabila cik masuk tahun ke-2 pengajian, when class pun tak sepadat first year, cik pun mula la kecil-kecilan. Malam cik siap masak nasi lemak and sambal. Bangun pagi, goreng telur , ayam and potong timun...terus packing and hantar ke rumah customer cececeh. Customer ni adik-adik junior, ada juga senior dan kawan-kawan sama batch ,semuanya Malaysian di universiti yang sama yang tinggal berdekatan. Yang tinggal jauh sikit tu, cik pass masa kat universiti je.
Kadang-kadang cik tukar menu jugak la..nasi paprik ke, nasi bungkus lauk ke..cik berjaya mengumpul customer yang tegar. Cik pernah hantar nasi waktu hujan turun dengan lebat, waktu salji turun sepoi-sepoi..naik scooter. Scooter cik Sabariah namanya. Hebat juga cik merempit dengan Sabariah dolu-dolu ahahaha (perasan)..
Alhamdulillah sampai la cik grad, 3 tahun cik jual nasi lemak...nasi lemak cik bukan sahaja Melayu yang beli, Japanese, Indonesian juga turut support bisnes cik. Tak sangka ... syukur. Kalau takde kelas pun, cik ngan Sabariah sanggup rempit ke universiti demi customer-customer cik yang cik
Cik pernah buat nasi lemak 100 bungkus untuk satu event Malaysian kat tempat cik dulu. Seronok juga berniaga ni. Time tu junior cik tolong cik..mana larat nak buat sorang tu huhuhu. Tapi kan, cik jarang buat nasi lemak untuk cik makan sendiri tau...hmm ape ke pelik...Bila dah pindah after kahwin, cik cuba juga bisnes kat tempat baru ni.. Baru je nak start..tapi terbantut sebab rezeki cik kat tempat lain...cik mengandungkan Little Hana..maka di situlah berakhirnya (for now kot) perjuangan cik dalam bisnes membisnes nasi lemak di bumi perantau ni.
Mula-mula risau juga..sebab dengar-dengar buleh kene tangkap sebab memandai jual..yelah negara maju ni semuanya ade system nya kan. Tapi cik takut-takut belasah juga...huhuhu. Rezeki bisnes ni, cik kumpul duit buat persediaan kahwin dan guna masa mula-mula set up diri after kahwin kat tempat baru ni. Berbaloi la cik accident dolu-dolu tu huhuhu.. Sabariah, sampai hari ni setia dengan cik. Cuma sekarang cik boleh posing je la dengan dia..nak naik macam mana? Little Hana nak letak mana? Dalam bakul? Sabariah sang suami yang guna.
nasi lemak ihsan cik google |
So itula sedikit sebanyak kenangan cik...kenangan yang sangat bermakna mengisi helaian hidup cik di bumi perantau ni..
teringat nasi lemak ibu yang sodap itewww
ReplyDeletela ngupenyer dr dolu2 lagi dia dh pernah niaga kecil2 ni...mmg otak bisnes la norai ni..kelakar la baca cerita norai ni...jaga sabariah tu baik2 no...kih3
ReplyDeletebuat la lagi kat sini norai..leh I buat bento gi skolah
ReplyDeletekak hanis : ala saje je tauwww...biasa2 je la bukk ahaks
ReplyDeletekak ida: moto asan yang dah kene jual tu kasim namanya...sabariah dan kasim hehe
kak yati : alaa tak tau la kak yati...bagi i pikir2 dulu ye ehehehe