Ni cubaan cik buat caramel pudding with pengukus yang baru sang suami beli ( yeay yabedabedu!! ). Bab caramel nya kurang hangus..lain kali nak kena lama sket. Resepi daripada cik Alia. Terima kasih banyak ye. Cuma ada step yang cik ikut cara sendiri.
Ingredients
(Pudding)
- 400cc susu segar
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur - room temperature
- 2 biji telur kuning - room temperature
- 2-3 titik esen vanila
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
Method
- Caramel : Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati.
- Campurkan susu dan esen vanila. Panaskan dalam microwave.
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
oishisou~dah lame tak buat puding ni..sbb dah beberape kali gagal,rase serik kejap..hehe..
ReplyDeletetokorode,lawa la pinggan rabu2 tu..:))
emmm..sedapx3...lama tak buat nih..suka2
ReplyDeletelalala,dtg nak mkn puding caramel.ade lg x?
ReplyDeleteoishi!!!! nak cikit lapa ni
ReplyDelete