Assalamualaikum.
This time cik nak kongsi kisah cik attend laboring class before Little Hana lahir dulu. Kelas ni free sebab tu cik semangat nak pergi hehe. Kyushu Medical Center is the name of the hospital cik ulang alik dok wat pregnancy check up. Perjalanan ke sana hanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja daripada rumah cik.
Apabila sampai sahaja, cik memilih seat yang berkenan di jiwa cik ( maklumla pakai tudung, dok depan tengah-tengah sekali karang, orang dok fokus kat cik pulak kan ). Ada 6 seat untuk satu group, and there were about 8 groups overall.
Agenda pertama is ucapan daripada midwife yang memperkenalkan diri dan juga staff-staff yang lain.Disusuli oleh ucapan daripada ketua doctor pakar sakit puan di hospital ini. Kemudian program diteruskan dengan taaruf ( cececeh ) dalam kumpulan masing-masing. So, bile dah introduce diri masing-masing tu, cik adalah ibu termuda dan di antara yang due date nye is soon ( 2/3 weeks lagi ) dalam group itu. Some of them sudah berusia 30-an n having their first child. Maknanya, Japanese kahwin lambat is not a big deal for them. Anyway, having 1 child in their family is like enough already. Maybe sebab kos nak sekolahkan anak-anak tinggi kat Jepun ni.
After that, kami diberi kuiz iaitu menyusun kronologi proses melahirkan anak. Daripada keluar tanda, contraction rhythm, air ketuban pecah,kelahiran anak, sampai la uri ditarik keluar. At that that barula cik tau..bukan ade satu sahaja kronologi semasa proses ini berlaku. Kadang-kadang ade orang yang tak keluar tanda or contraction boleh berlaku before or after air ketuban pecah . Naruhodo ne ...
And then, program diteruskan dengan tontonan video. Bagaimana kronologi tadi tu ditunjukkan secara lakonan oleh staff-staff midwife dalam video tersebut. Bertambahla kefahaman cik apabila menonton video ni. Kami juga diajar cara pernafasan yang elok dilakukan semasa contraction berlaku termasuk semasa hendak melahirakan baby. Umm lain sikit la dengan apa yang cik nampak kat tv/ imagine..Jadi it was a new thing to learn too.
Disamping itu, those midwifes ajar sekali cara-cara mengurut badan si ibu apabila sedang mengharungi contraction. Memandangkan cik pergi sorang je time tu, jadi adela sorang midwife yang mengurut cik .Sedap nyee ..terima kasih cik midwife!.Aha after that, lampu dewan tu ditutup... Kami disuruh tutup mata...and then, midwife tu suruh kami bayangkan macam mana diri kami menghadapi situasi apabila anak nak lahir soon. Suasana yang sunyi, gelap.. midwife tu seakan bercerita daripada awal tanda keluar sampai la kelahiran baby. Masa tu, dalam kepala cik ni dok imagine apa yang midwife tu cerita..Seronok sangat sampai menitis air mata ni. Syahdu je...Bila lampu buka, cepat-cepat kesat air mata..rupanya bukan air mata cik sorang je yang mengalir.
After that, kami dibawa melawat ke wad bersalin. Kat situ kami dibawa masuk ke bilik menunggu bersalin, bilik bersalin, bilik mandi baby and sekitar wad. Time tu cik rasa memang dah tak sabar nak bersalin...
Alhamdulillah, cik rasa bersyukur sangat dapat attend kelas ni. My thinking about delivering baby memang 180 degree berubah ceceecceh. Yela, before that, cik memang cuak, banyak sangat tak faham sebab asik dengar orang cerita. Lepas attend kelas ni, cik rasa tenang sikit dan tak sabar-sabar nak melahirkan junior cik yang asik dok menendang dalam perut time tu. Baru cik faham macam mana baby keluar daripada perut si ibu (baby actually berpusing ooo masa lalu kat pintu bawah tu).
Cik pulang daripada hospital tu dengan semangat yang baru menanti junior cik yang sikit lagi dapat cik jumpa.
cerita la lagi buukk.. bila la ai nak merasa sendiri semua tu huhu...
ReplyDeletep/s: hana comei tgh watper tlg cubitkan pipi dia eh hehe...
terima kasih bukk sudi komen.iA nanti sampai masa u pula cerita kat ai yee.
ReplyDeletesaat ni Hana tgh tdo huhuhu