Thursday, April 26, 2012

A trip to observe the sky , Luna Tenmondai

Assalamualaikum.

Sudah hampir sebulan pulang ke tanah air. Daripada bumi sakura,kini merantau pula di bumi hang tuah. Alhamdulillah. Dipermudahkan Allah segala urusan untuk pulang kali ini. Barang-barang semua dah selamat tiba, cuma kereta masih menunggu kelulusan AP.

Semuanya baik-baik sahaja. Sang suami sudah mula berkhidmat di universiti. Cik masih bertugas sebagai suri rumah, menunggu masa yang sesuai untuk mencari kerja. Little Hana semakin ceria. Seronok dapat melihat ayam, kucing, burung-burung. Sesuatu yang berlainan dan interesting.

Semasa mengira-ngira hari untuk pulang ke tanah air tempoh hari, sempat juga cik sekeluarga buat trip yang terakhir di bumi sakura. Sempena selesai nya perjuangan sang suami untuk master dan juga sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2.Pewit..

Kami memilih untuk ke Luna Tenmondai, di daerah Aso (selatan Fukuoka). Ia merupakan sebuah hotel@motel yang dilengkapi teleskop raksasa untuk memerhati angkasa. Ditakdirkan juga malam sebelum kami bertolak, Little Hana diserang demam yang amat panas, 40 deg. Kami menimbang-nimbang samada untuk meneruskan seperti yang dirancang. Setelah tengok keadaan Little Hana esok pagi nya,yang semakin ok, kami pun terus bertolak ke destinasi.

In front of Luna Tenmodai (Observatory)

Little Hana enjoying the vast ground

Sang suami with pemilik hotel in front of huge telescope 


Pakej yang diberikan termasuklah dinner, breakfast, private onsen, tengok bintang-bintang and penginapan kat hotel. Alhamdulillah memang puas hati. Kebetulan weekdays, orang tak ramai pun yang ke situ. Sesuai lah the owner nak melayan kami yang ada anak kecil ni.

Owner ni yang guide kami masa nak tengok bintang-bintang. Mula-mula dia ajak kami tengok langit dan dia explain buruj-buruj yang kelihatan. Untuk kami yang merasai pengalaman ni for the first time memang sangat excited. SubhanAllah, kagum sangat tengok langit yang penuh dengan bintang-bintang ciptaan Yang Maha Esa.

After dia explain about buruj-buruj, dia ajak kami tengok bintang-bintang dengan menggunakan teleskop yang beratnya 10 ton ni. Sempat jugak kami bertanya, si owner memiliki seluruh bangunan, termasuklah teleskop gergasi ni semata-mata kerana minat dan hobi. MasyaAllah..takjub sekali.

Dengan menggunakan teleskop gergasi ni, kami dapat tengok planet Venus, Jupiter dan Mars serta beberapa bintang gergasi yang lain. MasyaAllah..tak terluah dek perkataan untuk gambarkan betapa hebatnya pengalaman malam itu. Terasa betul-betul kerdil berbanding Sang Pencipta. Yang menariknya, setiap kali diberi peluang memerhati planet-planet dan bintang ni, si owner akan bercerita dan memberi info-info berkenaan bintang yang kami sedang perhatikan. Sangat informatif untuk kami yang tak pernah nak ambil tahu tentang bintang-bintang!

Private onsen, akhirnya dapat juga merasa sebelum balik tanah air
 
Mommies dont have to worry, antara facilities yang disediakan are kids toys and books. Berehat-rehat sambil menunggu dinner.
Antara course yang disediakan untuk dinner. All seafood sebab kami dah mention masa booking. Lazat!

Kesimpulannya kami sangat berpuas hati dapat peluang buat trip ke observatory ni. Kepada kawan-kawan yang masih di Jepun, ambil peluang yang ada, pergilah melawat any planetrium yang berdekatan. Mesti seronok!

Sampai ketemu di entry seterusnya!

6 comments:

  1. u seronoklah sbb faham bahasa, kalau mcm I ni..nganga je lebih kat situ hhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye2..betul jugak tu.nasib baik paham apa pakcik tu cakap.aku rindu padamu bumi sakura

      Delete
  2. akak adah balik? selamat kembali ke tanah air..
    sangat sweet.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah balik.selepas 6 tahun menjadi perantau huhu

      Delete
  3. best2..mabeles! dah lama teringin nk tgk planet2 guna teleskop besar tu, bertuahnya norai...

    ReplyDelete
  4. Wahh enam tahun? Lamanyaaaa... WB to Msia :D

    ReplyDelete