Friday, November 18, 2011

The Terkejut Trip : Cape Toi, Miyazaki

Assalamualaikum

Meneruskan edisi terkejut trip.. Dari Kagoshima, kami meneruskan perjalanan ke Miyazaki. Daerah yang bersebelahan dengan Kagoshima. Destinasi yang dituju ialah Cape Toi ,ala Cape Town keerr?? begitu persoalan yang timbul sebelum tiba kat sana.

Cape Toi merupakan antara daerah yang paling hujung nun dalam pulau Kyushu ni. Kalau ikut website, memang agak menarik destinasi ni, membuatkan hati berkobar-kobar nak sampai. Hampir 3 jam perjalanan menyusuri gunung dan lurah, kampung dan kebun, tibalah kami di Cape Toi.

GPS showing we were at the hujung pulau Kyushu

Selepas sampai di puntu gerbang Cape Toi, kami terus menuju ke rumah api yang terletak di hujung kawasan ni. Masuk Cape Toi tadi kene bayar dah 400 yen. Naik rumah api kene lagi 400 yen sorang. Hadoii..takpe2 sekali je datang ehek.

Rupa paras rumah api di Cape Toi

Biodata rumah api, dibina pada tahun 1929

Pemandangan waktu petang dari atas rumah api

Menikmati ciptaan Ya Karim, 海 + 緑 + 空 + 日さま

Snap before pulang 

Pusing-pusing lagi dalam Cape Toi ni sebab nak kasi Hana tengok uma chan si kuda.

Dalam website banyak uma chan tapi kami dapat ketemu 3 ekor je. Jadilah..

First time Hana jumpa uma chan


Matahari dah nak terbenam.

After posing with uma chan, matahari pun dah nak terbenam. So kami pun melangkah kaki meninggalkan Cape Toi. Berbesar juga hati sebab dapat sampai kat hujung daerah ni. Selamat tinggal Cape Toi!!

3 comments:

  1. hehe..igtkn cape town..bestnye dah smpai ke pnghujung daerah kepulauan kyushu..

    ReplyDelete
  2. best la jugak kak..hehe kalau bab jejalan memang sukaaa

    ReplyDelete