Assalamualaikum..
Saga International Balloon Fiesta adalah acara annual dalam bulan November kat Saga prefecture. Saga memang dekat je dengan Fukuoka. Sebelah negeri je. Last year cik tak dapat nak pergi sebab sang suami terpaksa ke daerah lain. So, tahun ni memang dinanti-nanti.
However, mengikut ramalan cuaca, asyik mendung kadang-kadang hujan. Gundah rasa di hati ..ewah. Ada rezeki atau tidak tahun ni...fiesta ni hanya ada 5 hari je...Sang suami buat keputusan untuk ke sana pada petang hari yg ke 3 memandangkan ramalan cuaca kata mendung tak hujan on that day. Dengan harapan yg menggunung tinggi, kami pun bertolak ke sana. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam setengah..
Alhamdulillah..selamat sampai. Akan tetapi, nak carik parking sangatlah payah.. After parking, terpaksa pula berjalan ke tapak fiesta. Belon-belon udara mula berlepas satu persatu semasa kami berjalan menuju ke sana. Setibanya kat tapak belon udara berlepas tu, apakan daya kesemuanya dah selamat ke udara... Dammit!! Bayangkan la jauh nak jalan dari tapak parking sampai la ke tapak fiesta huhuhu. Sedih tak terhingga..
Rupanya tak lama cik sedih. Tunggu dalam sejam , belon-belon tadi kelihatan kat ruang udara semula untuk mendarat. Girang hati tidak terkira huhuhu. Excited gila.. Maka, niat di hati nak tengok belon udara dah terlaksana. Thank you sang suami, thank you Allah. Jom layan pic-pic kat sana.
|
Pintu gerbang with macam-macam bendera |
|
Belon-belon mula muncul untuk mendarat |
|
First balloon yang arrive |
|
Semakin banyak yang sampai |
|
Just right behind us |
|
Right underneath. So close , rasa boleh capai hehe |
|
Our favourite balloon, the pink one |
Memang puas hati dapat pengalaman ni. Entah bila lagi kan ada rezeki macam ni. Tak sempat nak tunggu semua belon mendarat , Little Hana dah meragam nak tido. Okla, mama pun dah penat.. Tengok la berapa ramai orang yang datang nun. Gerai-gerai yang buka pun bersusun macam pasar malam. Ok guys, see you in next entry. Daaa...
|
Salah satu gerai yg menarik |
wee.. bestnya dapat tengok banyak2 macam tu. eh tak boleh naik belon tu? mesti lg bestkan kalau dpt naik. :D
ReplyDeletebestnyaaa dah lama teringin nk tgk live depan mata... i likee...
ReplyDeletebestnyer gi tgk ballon...tahun ni k'ida tak pegi pun, sbb abg azli sibukkkkkk
ReplyDeleteasmara: tq for ur comment! rasanya tak bole naik la..bole tengok je.tp mmg sonok kalai dapat naik kan
ReplyDeletekak hanis: memang best..dulu kat sendai norai pernah pergi tp tk ingat la nama tpt dia.menarik jugak
ReplyDeletekak ida: tkpe tahun dpn bule g lagi..norai dah tkde tahun depan da huhu
ReplyDeletewah macam best..kalau ada dekat fukui ni nak gak terjah..huhu..salam kenal :)
ReplyDeletewee..bestnye.xpenah tgok pun..klau kat putrajaya every year diorg buatkn.
ReplyDeletepsst..shomell sgt little hana ikat rmbut tuh..