Saturday, November 5, 2011

Panggilan Sang Pencipta

Assalamualaikum...

Kehadiran Pak Salam pada malam Jumaat itu membawa khabar yang meluluhkan jiwa.

Rumah Pak Salam betul-betul bertentangan dengan rumah cik. 3 minggu yang lalu, ketika cik berbual dgn isteri Pak Salam, Mak Seha, barulah cik tahu anak perempuan mereka, Kak Ayu ada kat wad. Kak Ayu masuk wad sejak seminggu sebelum raya lagi. Kata Mak Seha, raya tahun ni memang tak meriah..tak ada persiapan macam tahun-tahun yang lalu.

Kata Mak Seha, Kak Ayu kanser..bila ditanya stage berapa, Mak Seha tak nak jawab..dia cume kata  "memang menyedihkan" ...Kak Ayu baru berusia 33 tahun. Kadang-kadang beliau demam tapi tak sangka apabila terus disahkan kanser stage 4 ketika masuk hospital tempoh hari. Semasa berbual dengan Mak Seha petang tu, Mak Seha dukung seorang anak kecil. Usianya sebulan tua dr Hana. Itulah anak kedua Kak Ayu yang masih menyusu badan..Anak pertama Kak Ayu berusia 4 tahun. Alif namanya. Hati cik sebak.

Khabar yang disampaikan oleh Pak Salam malam Jumaat itu adalah kabar pemergian Kak Ayu ke rahmatullah, menyambut panggilan Sang Pencipta. Innalillahhi wainna ilahirojiun.. Luluh hati cik, kencang sungguh debar di dada. Dalam kepala terbayang kedua-dua anak kecil arwah..

Bersama Cik Lin, cik pun menuju ke rumah Pak Salam malam itu juga. Kelihatan beberapa anggota jiran sudah tiba. Cuba membantu seadanya..perabot di ruang tamu sudah disusun di luar. Beberapa carpet dibentang. Sebuah tilam yang menghadap kiblat juga sudah tersedia. Kami menunggu jenazah yang akan tiba dari hospital tidak berapa lama.

Rupanya anak arwah yang sulung, Alif masih belum tidur lagi. Waktu itu sudah jam 1130 mlm. Mujur anak cik Lin, Ayed pun ikut sama. Teman Alif main sama-sama. Menurut Mak Seha, Alif nangis tak berhenti tadi. Waktu Alif nangis tu, lebih kurang sama dengan waktu kematian bondanya. Apakah kebetulan..atau memang tanda pemergian dia. Wallahualam...

Lebih kurang sejam, van jenazah tiba di perkarangan rumah. Jenazah Kak Ayu dibawa masuk ke rumah dan dibaringkan di tilam yang tersedia. Alif sedang asyik bermain dengan Ayed. Mak Seha dan Pak Salam tak tahu bagaiman nak sampaikan kepada Alif tentang pemergian bondanya. Risau juga Alif tidak boleh menerima.

Perlahan Pak Salam mendukung Alif dan duduk bersama-sama di sebelah jenazah bondanya. "Alif, bonda dah takde, dah meninggal. Alif baca al-fatihah sama-sama dengan atuk ya". Air mata Pak Salam berjujuran..saat Alif membaca surah al-fatihah, ramai yang sudah sama-sama mengalirkan air mata. Syahdu melihat anak yang tak tahu apa-apa bersama jasad kaku ibunya.

Selepas menghadiahkan alfatihah, kami pun pulang ke rumah. Jam 10 pagi keesokan harinya, jenazah Kak Ayu dimandi dan dikafankan. Selepas disolatkan, van jenazah bertolak ke tanah perkuburan. Melihat van berlalu pergi, Alif melambai tangan kecilnya. "Bye mama.." katanya. Alif masih tidak faham agaknya. Asyik bermain.. mungkin lebih elok begitu daripada dia terus menangis.

Allah..jika Allah juga memanggil cik pulang, bagaimana dengan Hana agaknya. Mengenangkannya, laju air mata cik berlinangan. Bagaimana anak-anak arwah Kak Ayu agaknya, sang suami juga?

Sesungguhnya mati itu pasti. Ku letakkan keselamatan dan seluruh keluargaku padaMu, ya Rabb.
Kak Ayu, damailah kau di sana. Kami tetap akan menyusul juga. Al-fatihah...


p/s: Nama yang digunakan bukan nama sebenar.

3 comments: