Assalamualaikum...
Fuuhhhhh berhabuk-habuk...lama tak update hehe.
Alhamdulillah syukur kepada Sang Pencipta, masih lagi dipanjangkan usia, masih lagi diberi nikmat kesihatan, kebahagiaan dan kegembiraan.
Alhamdulillah anak yang dikandung selama 38 minggu dahulu, kini sudah masuk 1 tahun usianya. Pejam celik, laju sungguh masa tu berlalu. Little Hana yang berusia 1 tahun, sudah ada 2 gigi. Sudah laju langkah jalannya, sudah bisa panjat turun katil sendiri so mama tak perlu risau dia jatuh katil lagi.
Kakak, adik, Hana, Hami, macam-macam panggilan yang mama bagi kat Little Hana. Pening dia. Hari-hari mama kiss dia. Peluk dia. Hari-hari mama cakap 'ei, awak ni comel la'. Selalu masa mama peluk-peluk dia, abah selalu kata "One day she will break your heart". Hmmm yeke ? Satu hari nanti betul ke Little Hana will break my heart...Hari-hari mama doa semoga dia jadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah.
Sudah lama mama perhatikan dekorasi-dekorasi kek yang ada kat internet ni. Sejak berbulan-bulan dahulu. Mama bukan pandai sangat dekorasi kek tapi mama pun impikan kek yang istimewa dan cute for Little Hana. Mama tengok ada kek yang guna fondant icing untuk decorate, mama tak reti nak tenyeh2 fondant tu jadi mama decided not to make it. After that, ada kek yang bertingkat-tingkat. Teringin juga nak buat for birthday Hana. Tapi peti ais kita comel je ... so cancel jugak..
Akhirnya mama buat keputusan untuk buat kek macam dalam pic ni. Number 1 as you are 1 year old, as you are our first child. Mama cuba dan cuba tapi hasilnya masih selebet. Tapi boleh dimaafkan ya. It was a rectangular sponge cake, which I cut in 2 so it will be 2 rectangle cake. And than, I took 2/3 of one cake and attached at the bottom of the other cake. And attached another 1/3 at the top so it will form the shape of number 1. Lastly I decorated the cake with simple whipped cream and some toppo (chcocolate stick).Tadaaa...here it is.
Dah lama juga mama and abah plan nak buat majlis jamu orang makan masa birthday Little Hana. Akhirnya plan kami terlaksana juga. Berbulan-bulan sebelum majlis, mama and abah banyak kali berbincang. Maklumla bilangan tetamu yang dijemput lebih kurang 80 orang. Jadi plan yang sempurna mesti dirancang kan supaya semua berjalan lancar.
Memang bukan kecil pelaburan untuk melaksana majlis yang sederhana ni. Tapi inilah sedekah, inilah rezeki yang kami mahu kongsi bersama teman-teman yang lain. Rumah kami sangat kecil, tapi alhamdulillah ramai sungguh kehadiran tetamu yang sudi memeriahkan majlis. Dengan kudrat mama dan abah, semua persediaan dapat diselesaikan. Abah Hana memang tak kekok di dapur. Jadi mama tak kelam kabut seorang diri..syukur.
Tak disangka, banyak juga buah tangan yang diterima. Orang melayu memang pandai berbudi. Terima kasih banyak-banyak kepada teman yang sudi menghulurkan buah tangan dan hadiah buat kami sekeluarga.
Mama dan abah sedikit berbangga sebab dapat meraikan tetamu-tetamu dengan majlis yang tak seberapa. Cuma abah tak sempat nak tiup belon banyak-banyak and gantung kat dalam rumah. Gambar pun tak banyak snap. We were too busy on that day. Alhamdulillah, rasanya tetamu tak pulang dengan perut kosong hari tu sebab juadah memang banyak. Goodies pun kami sempat sediakan untuk tetamu. Puas hati sangat sebab dapat buat semua yang dirancang.
Otanjyoubi omedetoo!
Inilah coretan sempena 1 year anakanda tercinta, Little Hana. Nanti ceritera lagi ya!