Monday, November 28, 2011

Merdeka Day in Fukuoka

Assalamualaikum...

Pada hari Selasa minggu lalu, bertempat di sebuah hotel kat tengah bandar Fukuoka, telah berlansung majlis sambutan National Day Malaysia yang diadakan oleh sebuah persatuan Jepun - Malaysia. Majlis ni memang diadakan setiap tahun ala-ala menyambut kemerdekaan negara kita. Tapi nya sambutan bukanlah pada tarikh 31 Ogos. Macam this year, dah masuk bulan 11 baru majlis diadakan. Ok aper, semangat kemerdekaan tetap ada.

Memandangkan cik baru pindah ke Fukuoka tahun lepas, maka ini adalah kali kedua cik join this event. Rasa bertuah betul student-student Malaysia yang tinggal kat sini. Hebat betul majlis yang diadakan di mana student boleh join. Untung..untung. Kehebatan ni tak dirasa sepanjang cik jadi student kat utara Jepun dulu. Takde makna dapat join makan-makan dalam hotel berstar-star gitu..

Tetapi, apa yang cik nampak, tak ramai yang menghargai peluang yang diberi percuma ni. Bukan makna cik, peluang dapat makan freee sedap-sedap sahaja (semua menu seafood, ikan), tapi peluang untuk ber"kouryuu" kata org Jepun. Maknanya berkenalan, bersahabat malah bernetworking dengan orang Jepun. Peluang yang tak semua student Malaysia kat Jepun ni dapat. Malah belum tentu dapat kat tanah air nanti.

Tapi, mungkin semua ada reason yang tersendiri. Yang ada kelas, yang jauh nak buat camna kan. Tapi, kalau yang malas tu..oppsss sendiri pikir lah ye. Biasala, bende depan mata memang orang tak cari..macam cik yang datang dari daerah yang takde sangat majlis-majlis ni memang terkesema jugak la bila dapat invitation. Rasa sangat bertuah !

Okla, tinggalkan perasaan itu kat sini..

Last year, masa sambutan ini diadakan, student-student Malaysia telah buat persembahan. Ala kugiran tapi mantop lagi la. Macam pergi tengok konsert ahaks. Sang suami macam biasa main bass gitar kat hujung pentas nun hehe. Pastu ada juga persembahan daripada seorng pakcik Jepun yang handal bermain gambus. Siap nyanyi lagu Melayu tu adoi la!! Anak ayam la, Dia Datang la..fuhhh hebat-hebat. Siap pakai baju melayu boleh! Respect giler...

With pakcik gambus..Hana dalam perut

Kugiran daripada artis tempatan heehe

This year pula takde persembahan daripada student Malaysia. However, satu pasukan tarian dibawa khas dari Malaysia untuk buat persembahan. Adik-adik ni daripada homestay kat Langkawi. Derang datang untuk promote homestay. Mantap okay.. Terhibur sekejap..Jom tengok kat sini.

Hana dah ada..awat cik nampak gemuk??

InsyaAllah tahun depan sambut Merdeka Day kat tanah air pulak..mungkinkah cik akan retire sebagai perantau? Wait & see...

Thursday, November 24, 2011

My Simple Quiche

Assalamualaikum

Sejuk...sejuk...tiba-tiba je suhu turun. Tempat tinggal cik dekat la jugak ngan laut. Angin sangatla kuat..perghh sejuk-sejuk... Rasanya baru few entry lepas cakap masih warm lagi kan kan..

This time nak share resepi quiche. Sebenarnya ayam daging suma da abis..nak masak takde bahan, jadi apa yang ada dalam peti ais tu jele yer. Simple je, ambil dari cookpad.

できたてのキッシュ


One slice for me

Ingredients
  • Kulit pie frozen (suhu bilik @ masuk dalam microwave sat nak kasi lembut)
  • Kentang - 2 biji (peel dan rebus, tkmau lembut sangat)
  • Bawang - 1/2 biji, didadu
  • Sosej - 3 , potong2 (bole ganti ngan tuna, meatball ke..)
  • Bayam - Ikut suka, (broccoli pon ok, tapi cik tak letak sebab tadak)
  • Susu - 100 ml
  • Telur - 2 biji 
  • Cheese - 20 gm (harus tambah lagi next time sebab tak rasa sangat)
  • Oregano
  • Parmesan cheese
  • Garam & blackpepper
Method
  1. Kacau sebati telur, susu, cheese , garam dan blackpepper.
  2. Masukkan kentang dan sayur-sayuran (kalau ada).
  3. Saute bawang dan sosej. Masukkan ke dalam campuran tadi.
  4. Alas bekas pembakar dengan kulit pie. Cucuk-cucuk kulit dengan garfu.
  5. Masukkan campuran ke dalam bekas pembakar.
  6. Tabur parmesan cheese dan oregano for topping.
  7. Bakar selama 45 minit in preheat oven 200C or sampai nampak menarik.


Selamat mencuba!

Monday, November 21, 2011

The Terkejut Trip : Sunmesse Nichinan, Miyazaki

Assalamualaikum

The terkejut trip diteruskan lagi. Setelah bermalam kat hotel di tengah bandar Miyazaki, pagi tu kami bertolak ke destinasi seterusnya , Sunmesse Nichinan. Tempat ni dari bandar dalam 30 minit jugak nak sampai.

Ala-ala moai kat Chile tu, at this place ada patung-patung batu yang bentuk muka tu. And then ada restoran, ada jam matahari. Yang best sangat was the view. SubhanAllah, terima kasih Allah. Cantik sangat-sangat tengok lautan yang luas, langit yang membiru. Rasa nak guling-guling je kat tempat ni tapi nanti masuk laut pulak eheh.

Kat dalam ni boleh sewa cart. Tapi kene ada lesen memandu Japan boleyy? So, terpaksa la cik yang drive sebab sang suami ada lesen international je ( dah banyak kali suruh amik lesen Jepun haisshhh ). Kelakar la jugak sampai nak beza-beza lesen sebab senang la sangat nak drive cart tu. Adoi..

Tengah-tengah nak bergambar tu, tiba-tiba ada pulak penggambaran yang tengah berlansung. Jadi rezeki kami la terjumpa dengan sorang geinojin yang tak berapa nak glamour. Eh tapi selalu jugak nampak dia kat tv.

Dalam sejam lebey jugak kami lepak pusing-pusing, duduk-duduk kat sini. Jom tengok pic yang sempat disnap ..

Kecik je kami posing kat tepi nun

Kami memang lagi comel daripada patung ni

In Between

Family pic in the middle

Jam matahari

Rupa paras pusat jam


Benda nih pun ada

Amik kesempatan snap..mana nak jumpa lagi benda nih

Boleh contribute tiles tapi harus bayar ye..1500yen
Antara beribu daripada view yang indah from the top of this place

Pemanduan selamat

Mesti yang membaca ada dok tanya, eh bila nak abis terkejut trip ni? kot la kan.. The answer is soon!! Kami dah nak berangkat balik dah ni..tapi ada lagi sikit nak share hehe. See you in the next entry ok!!

Friday, November 18, 2011

The Terkejut Trip : Cape Toi, Miyazaki

Assalamualaikum

Meneruskan edisi terkejut trip.. Dari Kagoshima, kami meneruskan perjalanan ke Miyazaki. Daerah yang bersebelahan dengan Kagoshima. Destinasi yang dituju ialah Cape Toi ,ala Cape Town keerr?? begitu persoalan yang timbul sebelum tiba kat sana.

Cape Toi merupakan antara daerah yang paling hujung nun dalam pulau Kyushu ni. Kalau ikut website, memang agak menarik destinasi ni, membuatkan hati berkobar-kobar nak sampai. Hampir 3 jam perjalanan menyusuri gunung dan lurah, kampung dan kebun, tibalah kami di Cape Toi.

GPS showing we were at the hujung pulau Kyushu

Selepas sampai di puntu gerbang Cape Toi, kami terus menuju ke rumah api yang terletak di hujung kawasan ni. Masuk Cape Toi tadi kene bayar dah 400 yen. Naik rumah api kene lagi 400 yen sorang. Hadoii..takpe2 sekali je datang ehek.

Rupa paras rumah api di Cape Toi

Biodata rumah api, dibina pada tahun 1929

Pemandangan waktu petang dari atas rumah api

Menikmati ciptaan Ya Karim, 海 + 緑 + 空 + 日さま

Snap before pulang 

Pusing-pusing lagi dalam Cape Toi ni sebab nak kasi Hana tengok uma chan si kuda.

Dalam website banyak uma chan tapi kami dapat ketemu 3 ekor je. Jadilah..

First time Hana jumpa uma chan


Matahari dah nak terbenam.

After posing with uma chan, matahari pun dah nak terbenam. So kami pun melangkah kaki meninggalkan Cape Toi. Berbesar juga hati sebab dapat sampai kat hujung daerah ni. Selamat tinggal Cape Toi!!

Thursday, November 17, 2011

The Terkejut Trip : Sakurajima, Kagoshima

Assalamualaikum


Entering the second entry about the trip. Destinasi kami yang kedua ialah Sakurajima di Kagoshima. Sakurajima is just a small pulau. The interesting thing is, kat pulau ni ada sebuah gunung berapi. It just took about 15 minutes dari spot pertama Tarumizu yang cik dah cerita kat entry before this.

Well, kami tak berniat nak daki gunung sampai ke puncak. So, just stay kat bawah je.. Hari tu pulak agak mendung. Puncak gunung berapi ni tak nampak pun..kene tutup dek awan/kabus.. Sakurajima kalau nak translate means Pulau Sakura lah kan. And of course la sebab cik pegi time fall memang takdak la nak nampak any sakura.

Sepanjang perjalanan cik pusing-pusing the pulau, cik wondering camna la agaknya mereka ok je nak tinggal kat pulau yang ada sebijik gunung berapi kat tengah-tengah. Everywhere kat sini berhabuk .. sebab debu dari gunung tu. Daun-daun pokok kat hutan pun berdebu. Kereta, rumah, jalan ..semua berdebu. Dalam pusing-pusing tu, terjumpa few tempat perlindungan if gunung meletup.. KOWAI nee..

Map and mechanism gunung berapi Sakurajima
Ala timang-timang Hana sampai puncak gunung. Tak nampak puncak..kabusss

Snap with ayahanda

Bukit yang berbatu-batu
Lautan di sekeliling Sakurajima

View of bandar Kagoshima from Sakurajima

Nak beli ole-ole tapi kebanyakan jual debu-debu gunung berapi or batu-batu dari situ. Takpelah, I pass hehe...

Monday, November 14, 2011

The Terkejut Trip : Tarumizu, Kagoshima (垂水、鹿児島)

Assalamualaikum..

The reason why tajuk entry kali ni 'terkejut trip' was sang suami dengan tiba-tiba nya merancang for the trip just few hours before bertolak. How come a stay-at-home mama like me say no to a trip kan3. So, tak kesah la few hours before pun, daku tetap rela hehe.

This time sang suami decided to go to Kagoshima and Miyazaki, two prefectures yang paling selatan kat pulau Kyushu ni. Firstly, we went to Kagoshima. Around 5 am , kami pun bertolak dari rumah. Semangat tak bangun pagi2 ?

Hampir 3 jam setengah perjalanan, kami tiba di spot pertama iaitu Tarumizu City. Tarumizu City ni merupakan bandar yang paling dekat dengan Sakurajima (spot ke-2). Bandar terakhir on tanah besar sebelum masuk pulau kecil Sakurajima tu..

Map of Kagoshima prefecture

Cuaca pagi tu agak mendung. Kat sini ada foot spa, so kami amik kesempatan rendam kaki dalam air panas sambil menikmati pemandangan. Memang syok..depan ada laut, ada gunung berapi. Orang lak tak ramai pepagi ni kan. So memang best la berendam lama sikit.

Foot spa yang berlatar belakang air laut

Berlatar belakang gunung berapi Sakurajima yang dilitupi kabus
Ambil kesempatan berendam


Kami berhenti kat sini tak lama..dalam 30 minit and then teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Sebelum berangkat tu, ternampak pulak van pakcik ni. Pakcik ni travel ala2 lone ranger naik van. Kalau tengok van dia ni, penuh dengan painting. Menarik kan? Cik pun mintak izin snap gambar together2, buat kenangan hehe. Ok you olls see you in the next laporan trip !

With pakcik lone ranger yang travel around Japan sambil paint alam semulajadi

Menakutkan je..patung nenek terpacak tepi jalan

Deretan pepatung menghiasi jalanan

Friday, November 11, 2011

Saga International Balloon Fiesta

Assalamualaikum..

Saga International Balloon Fiesta adalah acara annual dalam bulan November kat Saga prefecture. Saga memang dekat je dengan Fukuoka. Sebelah negeri je. Last year cik tak dapat nak pergi sebab sang suami terpaksa ke daerah lain. So, tahun ni memang dinanti-nanti.

However, mengikut ramalan cuaca, asyik mendung kadang-kadang hujan. Gundah rasa di hati ..ewah. Ada rezeki atau tidak tahun ni...fiesta ni hanya ada 5 hari je...Sang suami buat keputusan untuk ke sana pada petang hari yg ke 3 memandangkan ramalan cuaca kata mendung tak hujan on that day. Dengan harapan yg menggunung tinggi, kami pun bertolak ke sana. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam setengah..

Alhamdulillah..selamat sampai. Akan tetapi, nak carik parking sangatlah payah.. After parking, terpaksa pula berjalan ke tapak fiesta. Belon-belon udara mula berlepas satu persatu semasa kami berjalan menuju ke sana. Setibanya kat tapak belon udara berlepas tu, apakan daya kesemuanya dah selamat ke udara... Dammit!! Bayangkan la jauh nak jalan dari tapak parking sampai la ke tapak fiesta huhuhu. Sedih tak terhingga..

Rupanya tak lama cik sedih. Tunggu dalam sejam , belon-belon tadi kelihatan kat ruang udara semula untuk mendarat. Girang hati tidak terkira huhuhu. Excited gila.. Maka, niat di hati nak tengok belon udara dah terlaksana. Thank you sang suami, thank you Allah. Jom layan pic-pic kat sana.

Pintu gerbang with macam-macam bendera

Belon-belon mula muncul untuk mendarat

First balloon yang arrive


Semakin banyak yang sampai

Just right behind us

Right underneath. So close , rasa boleh capai hehe

Our favourite balloon, the pink one

Memang puas hati dapat pengalaman ni. Entah bila lagi kan ada rezeki macam ni. Tak sempat nak tunggu semua belon mendarat , Little Hana dah meragam nak tido. Okla, mama pun dah penat.. Tengok la berapa ramai orang yang datang nun. Gerai-gerai yang buka pun bersusun macam pasar malam. Ok guys, see you in next entry. Daaa...


Salah satu gerai yg menarik

Monday, November 7, 2011

Aidiladha Perantau



Assalamualaikum

Cik nak ucapkan selamat aidiladha buat semua. Minal aidil wal faizin. Pagi raya cik buat rendang dan nasi impit. Simple2 ja. Tahun ni tak dapat nak ke masjid untuk solat raya. Walaupun gitu, pagi raya tetap bersiap-siap pakai baju raya. Semangat and meriah sikit.


Sesi bergambar di pagi raya perantau

Ala cayang bucuk-bucuk

Malam raya pulak, warga Malaysia kat Fukuoka macam biasa berkumpul untuk jamuan raya. Tapi malangnya, cik dengan Little Hana je yang pergi sebab sang suami terpaksa ke daerah lain untuk buat eksperimen.  Alhamdulillah Hana very the sporting malam tu. Takde ngamuk-ngamuk. Very the behave walaupun abah tadak.


Snap raya bersama warga Malaysia

Gegirl di Fukuoka

Untuk jamuan ni, cik macam biasa buat air tangan yg ala2 signature dish gitu. Tak lain tak bukan makisushi (signature dish la kunun padahal tak reti masak power2 macam sister lain huhu). Macam-macam makanan ada. Cakap je rendang apa, sume ada. Nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, nasi yang pelbagai..bihun-bihun,kuih muih, kek lagi...wohaaa. Perantau yang semangat2 kami ni hehe.

Terpaksa pinjam gambar org sebab tk bwk cam sendiri. Credit to kak yati chomeyl..

Sekian entry kali ni, jumpa lagi. Salam aidiladha!