Saturday, July 30, 2011

Kerna Allah lebih sayangkannya...

Assalamualaikum semua.Salam rindu..lama tak jengah blog..ape kejadah yang cik buat busy sangat sampai takde masa nak menaip. Anyway lagi 1 hari nak masuk Ramadhan.Counting2...

Entry cik kali ni nak berkongsi kisah yang terjadi dalam beberapa waktu terdekat ni. Sebelum tu jom sama-sama kita mulakan dengan sedekahkan AL-Fatihah kepada ahli keluarga , sahabat-sahabat kita yang sudah meninggal dunia..



1. Allahyarhamah opah

 8 Julai 2011, cik menerima message daripada sang suami yang memaklumkan opah telah kembali ke rahmatullah. Opah merupakan nenek belah sang suami. Sejujurnya, cik tak sempat mengenali arwah opah semasa hayatnya. Usia perkahwinan yang baru setahun jagung, ditambah pula jarang sekali cik pulang ke tanah air (setahun sekali) merupakan faktor cik kurang mengenali dirinya. Arwah opah meninggal disebabkan kompilasi sakit-sakit yang dialaminya. Walaupun cik tak kenal rapat dengannya, tapi daripada cerita-cerita sang suami, cik pasti , arwah opah seorang yang tabah dan kuat semangatnya. Arwah opah membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran suami kerana suami opah telah meninggal dunia ketika anak-anaknya kecil lagi. Semoga semangat kuat yang opah miliki akan turut diwarisi anak-anak cik. InsyaAllah..

2. Allahyarhamah Dr.Lo'lo Mohd Ghazali

Perkenalan cik bersama arwah Dr hanya bermula apabila cik membaca blog Dr.Asri..Terlambat cik mengenalinya.Namun, semangatnya pasti terkesan kepada seluruh yang mengenali diri arwah. Kekuatan jiwanya dalam misi menegakkan yang hak...semoga anak-anak cik juga memiliki kekuatan seumpama diri arwah.

3. Allahyarham Muhammad Syafiq Abu Ani

Gempar dan misteri..itulah yang menyelubungi berita kematian arwah Syafiq. Cik tidak mengenali arwah. Tetapi, sang suami pernah beberapa kali berjumpa dengannya sepanjang tinggal di bumi sakura ini.  Arwah belajar di sebuah universiti terletak hanya 2jam perjalanan daripada tempat kami tinggal. Bermula daripada saat kehilangannya disedari, sehinggalah jasadnya ditemui di Pattaya,Thai...ianya terus menjadi tanda tanya. Pelbagai andaian dibuat namun sudah pasti hanya Dia yang mengetahui. Sayang...tinggal sedikit sahaja tempoh pengajian..sudah hampir kepada saat graduasi..sememangnya arwah dikelilingi dengan orang-orang yang mengasihinya. Kerana itu kehilangannya cepat disedari. Apakan daya..Ya Allah Engkau bantulah mereka yang mencari kebenaran.

4. Allahyarham Mohd Hafiz @ Aleesya

Heboh seluruh rakyat jelata apabila kes arwah Hafiz terbentang di dada-dada akhbar. Kita sibuk mempertikaikan tindakannya..berbagai kata-kata dilemparkan terhadapnya..cik tidak terkecuali beristighfar panjang tatkala pertama kali membaca kes arwah. Hari ini, arwah menghembus nafas terakhirnya. Cukuplah kata-kata yang dilempar termasuk pandangan-pandangan tidak indah kepadanya. Doakan perjalanannya mudah di sana.



MATI ...Ia adalah sesuatu yang pasti..bila ? hanya Dia mengetahui. 

Ya Allah, tempatkan mereka di antara hamba-hamba yang Engkau Kasihi.

Ya Allah, jauhkan kami daripada siksa kubur dan api neraka Mu...

Monday, July 18, 2011

Little Hana Half A Year !!

Assalamualaikum

How are you guys doing? I am really good. In fact it was such a blissful weekend for me. Even though it was getting really hot here, me and my family enjoyed these few days with many outdoor activities. First let celebrate Little Hana Half A Year Birthday. On 12 July, she is official 6 months. HAPPY HALF BIRTHDAY dear !! For the celebration, I make a crepe layer cake. Just want to bake something different .. Let see the recipe . I took it from cookpad.




The cake was not pretty looking as I am so not master for the decoration. The writing  was supposed to be read as HANA 0.5 (zero point five) ..unfortunately sang suami read it as HANA O.S (the letter O and S)....darnnn...how do you guys read it? It looks more 5 than S right??? Whatever, let move on to the recipe. It was a simple one, with simple ingredients and it taste yummy. Just like the one you buy from the stall. I really need to think twice before I buy since I already know how to make it. Sang suami really glad when he hear this ..ohh whatever...

Ingredients ( 8 pieces )
  • Flour - 100 gm
  • Sugar - 20 gm
  • Eggs - 2
  • Milk- 200ml
  • Fresh cream - 25ml
  • Butter -7g , melted ( I used 10g)
  • Vanilla essence - 2@3 drops
Method
  1. Whisk together flour + sugar in a bowl.
  2. Beat in egg, one per time.
  3. Gradually, add in milk and fresh cream. Beat until smooth.
  4. Pour the mixture into another bowl by using a strainer.
  5. Add in butter + vanilla essence
  6. Rest the mixture for 30 minutes in the fridge.
  7. Heat a lightly oiled  frying pan over medium high heat. Pour or scoop the batter onto the frying pan.
  8. Tilt the pan with a circular motion so that the batter coats the surface evenly.
  9. Cook the crepe for about 2 minutes, until the bottom is light brown. Loosen with a spatula, turn and cook the other side.


Cik make 3 kali ganda adunan and make varieties of crepe. The cake tu , cik just sapu whipped cream and susun buah-buahan pisang, cherry and kiwi. Cik add some chocalte chips too in the layer. Yang lain, cik just wrap the banana and pour some chocolate syrup. Also eat with tuna , some mayonnaise and daun salad. We are having such a crepe party on that day hehe. 


Alhamdulillah..at this time Little Hana membesar dengan sihat. Now she started crawling around. My living room is full with bantal untuk buat pagar si Hana. Bersih lantai rumah cik bila Si Hana ni mengesot-ngesot. Hehe..Lately, people around me starting to realize that her face is looking like me. Yeay, i should have buy a rompers with 'TEAM MOMMY'  printed on it from the GAP store i saw yesterday. Demmit..sang suami also agreed that Little Hana is more similar to me especially tang merajuk tu okkay...Hahaha...


Ya Allah, ku memohon agar kehidupan anakku sentiasa di bawah rahmatMu..amin

Wednesday, July 13, 2011

Fried Iwashi & Kenangan Ramadhan 2

ASsalamualaikum...



Lama cik tak update..macam sibuk pula kebelakangan ni..ntah sibuk dengan apa cik pun tak tahu hehe. Kalau ada yang ternanti-nanti ( adoi perasan nye pun ), cik minta maaf banyak2 ye. Anyway, lama juga tak makan ikan kan...resepi ni cik ambil daripada cookpad.
Ingredients
  • Ikan iwashi / aji (dipotong teknik sanmai oroshi)
  • Blackpepper
  • Garam
  • tepung gandum
  • telur
  • bread crumbs

Method
  1. Tabur garam dan balckpepper on permukaan ikan. Biar sebentar.
  2. Salut dengan tepung gandum - telur - bread crumbs.
  3. Goreng dalam minyak yang banyak. Cook until golden brown.

 Senang kan...Sedap pulak.. Cik tambah salad and miso shiru je.. Wahahaha malas masak ..


Fukuoka sekarang dah panas oooiii.. Naib baik rumah ada air-cond..Macam ada dalam oven je bahang nye..Malaysia panas juga tapi dalam rumah sejuk je kan..pakai kipas je pulak tu..hmmm.. Last weekend cik berpicnic bbq tepi laut..nyaman la juga angin tepi laut tu..cik buat satay ayam..first time buat. Lega tekak dapat makan satay hahaha. Cik perap, sang suami tulun cucuk kat lidi. Yang penting kerjasama ya.Hehe






Kenangan Ramadhan 2 ( untuk yang kuat semangat only)

Kisah ini terjadi waktu usia cik 6-8 tahun .Cik tak berapa ingat la ..yang pasti masa cik kanak-kanak. Keluarga cik macam biasa ke surau malam Ramadhan tu untuk terawikh. Cik ikut juga as usual..dan as usual juga pegi bila jumpa geng, bukan nya nak solat...main kejar-kejar la jawabnya. So, bila tengah main tu, peraturannya, kalau kita duduk, kita selamat kan...jadi cik penat berlari,cik pun duduk la dekat hujung padang surau tu. 

After duduk for a while, cik pun mengalih pandangan ke arah sebatang pokok di belakang cik.. Pokok kelapa itu tinggi..dan di atas sebatang pelepahnya, kelihatan sesuatu yang berwarna putih..sedang rukuk mengadap kiblat...dan cik terus angkat kaki seribu masuk ke dalam surau after terlihat makhluk itu..Mungkinkah ianya jin yang turut sama-sama berjemaah untuk solat terawikh malam itu ? Wallahualam..

Yang pasti , kejadian ini menyebabkan cik insaf taknak main kejar-kejar lagi pada malam-malam Ramadhan. Nenek cik pesan "Tu la orang datang surau solat, bukan nak main "..ohh berdesuppp tertusuk jantung cik dengan kata-kata nenek. Kan sudah pasti wujudnya alam ghaib itu..dan sudah rezeki cik dapat melihatnya..

Psstt you all macam mana? Pernah terserempak juga??

Saturday, July 9, 2011

Bakso & Kenangan Ramadhan 1

Assalamualaikum..



Alhamdulillah dapat jugak cik tunaikan hasrat sang suami nak jamu bakso. Lama dah cik tak buat. Last time masa Little Hana belum ada dalam perut lagi huhuhu. Jiran Indonesian cik pun pernah bagi, tapi memang takde rezeki sang suami sebab time tu dia outstation pula. Cik jamu sorang-sorang je la time tu ahahahaha..gelak jahat. Sumber resepi daripada myr.

Ingredients
  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) -  cik guna mee je
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus - tadak
*UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa
Method

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC....- cik potong cili padi pastu bubuh kicap je..



So you all dah bersedia ke nak sambut Ramadhan lagi 3 minggu nih? Oh bumi Fukuoka sekarang subuh masuk jam 330 pagi. Maghrib pula jam 733 pm..Cabaran-cabaran...Mungkin kita boleh buat list visi masa Ramadhan nanti ke kan, such as hafal surah ke...tadarus ke...solat malam ke ... masa cik zaman remaja kat Malaysia dulu ( eh sekarang pun remaja lagi ok ), cik selalu join tadarus with makcik-makcik kat masjid dekat with rumah cik. After terawikh cik akan stay untuk tadarus..kesian baba cik..kene datang balik masjid untuk ambil cik after habis tadarus dalam jam 12 malam gitu. Majlis khatam Quran pula memang meriah..pernah dapat hadiah kain baju kurung happy!!

Jumpa lagi next entry ye !

Happy cooking!!

Friday, July 8, 2011

The Apple Pie and I'm 25 !!

Assalamualaikum..

On 5 July yang lepas genap lah usia cik 25 tahun...wahhh tak sangka sudah menginjak suku abad usiaku. Masa zaman kanak-kanak dulu siap buat list hadiah every year.. sekarang ni tak perlu buat list dah. Tettt je wallet sang suami pastu buat ayat manja lah mintak macam-macam wahahaha. Acah je..Anyway for my birthday, cik buat apple pie ..memandangkan ada dua ketul apple yang lama tak berganjak daripada dalam bakul tu elok sangat la cik perhabihkan.



Walaupun apple pie ni amik masa nak siapkan tapi cik rasa tak lah renyah sangat. Cuma perlu sabar sebab dough kene sejukkan dalam fridge je. Cik tengok recipe daripada video cik runnyrunny ni. I think its a better way to learn how to make a pie. If I write down the steps, it could be difficult to understand. Cuma cik tambah cinnamon powder for the filling and I bake almost 45 minutes to get the shining looks. You can also find out how to make the lattice top from  here.



Alhamdulillah I got so many birthday wishes this year. With sang suami and Little Hana, I feel like my life is almost perfect right now. Mungkin inilah nikmat yang dikurniakan Tuhan sebelum didatangkan ujian-Nya kepada cik. Semoga cik bersedia dan sentiasa bersyukur kepadaNya. Mungkin nikmat ini tidak akan cik miliki di tahun-tahun yang mendatang..siapa tahu kan?

Ya Allah Ya Rabb, aku bersyukur kerana mengurniakan diriku nikmat dan kepanjangan umur...ampunilah dosa-dosa yang telah ku lakukan sepanjang hayat ku sehingga ke hari ini. Ya Allah, semoga bahagia kekal milik-ku dan keluargaku serta semua mukmimin. Amen Ya Rabbal Alamin..

Happy 25th Bithday to me!

Tuesday, July 5, 2011

Quick and easy , fudgy Brownies

Assalamualaikum..


Sang suami meninggalkan cik with Little Hana for 3 days untuk buat experiment di daerah Timur Japan. Sempena kepulangannya, cik buat la brownies nih. Tak larat nak buat yang happening sangat. Sebab sehari before sang suami balik, cik join AMIR Fitday ..masuk game pinpong. Dapat naib juara okeyy ahahaha.. fit tak diriku ini?? kekekeke..

Seronok Fitday ni.. dapat mengubat kerinduan main pingpong. Dulu-dulu masa sekolah selalu juga main pingpong. Main saja-saja je la...terer tak pon kekekeke. Ada juga game badminton and volleyball masa Fitday. Best2...harap-harap buat lah selalu boleh menambah fit diriku ini.
Lets check out the recipe..sumber daripada allrecipes.com.

Ingredients
  • 2 cups white sugar
  • 1 cup butter
  • 1/2 cup cocoa powder
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 4 eggs
  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/2 cup walnut halves

Method
  1. Melt the butter and mix all ingredients in the order given.( Cik gaul guna whisker je )
  2. Bake at 160 degrees for 30 minutes. ( Cik buat half adunan and guna bekas kek 18 inch )

Aha senang kan...betul tak...2 step je kot kahkah.  Yang penting sedap..its a fudgy one! 








Cik sekarang tengah busy memikirkan..perlu tak hantar Little Hana to nursey...you guys ada idea tak?
Anyway happy baking !!

Monday, July 4, 2011

Tomato Cream Pasta - ala Saizer

Assalamualaikum

Lama dah cik tak pergi makan saizer..dulu masa zaman study, kat situ la dok melepak meluangkan masa bersama geng-geng satu uni. Wah indahnya zaman remaja..sekarang pon masih remaja lagi okkayy. Menu ni la yang selalu diorder. Tapi, ada member check kata tak boley makan .. Jadi siapa-siapa kat Japan ni yang rindu nak makan tomato cream spaghetti saizer boleh cuba ni ye..sumber dari cookpad..





Ingredients ( 2 orang )
  • Bawang putih - 2 ulas (didadu halus)
  • Bawang besar - half (didadu kasar)
  • Cut tomato - 1 tin
  • Sos tomato - 3 tbsp
  • Kiub ayam - 1/2 kiub
  • fresh cream - 100 ml
  • Garam - secukupnya
  • Black pepper - secukupnya
  • Seafood - secukupnya ( boleh ganti tuna, salmon, hotdog, burger,ayam etc )
  • Olive oil - 3 tbsp
  • Pasta -200 gram ( Rebus seperti yang diarahkan)
Method
  1.  Masukkan olive oil dan bawang putih into kuali. Panaskan dengan api sederhana.
  2. After bau dah naik, masukkan bawang besar + seafood.
  3. After seafood hampir masak, masukkan tomato + kiub ayam + sos tomato. Biar mendidih.
  4. Masukkan fresh cream.Gaul rata.
  5. Masukkan garam + black pepper.
  6. Masukkan pasta.
  7. Hidang bersama tobasco dan daun parsley/oregano. (Optional)





Happy cooking ya'all!!

Sunday, July 3, 2011

Custard fruit pudding

Assalamualaikum



Summer has come..panas agaknya kat luar tu..cik tak rasa sebab pasang air-cond memanjang dalam rumah wahahaha. Buat puding khas buat suami yang balik rumah panas-panas huhu. Resepi sama je macam yang sebelum ni cuma guna bahan-bahan yang ada kat little kitchen je.

Ingredients

( Pudding )
  • tepung custard - 2 cup
  • air - 8 cup
  • gula - 4 sudu
( Sauce )
  •  susu cair - 1 tin
  • air - 1 tin
  • esen vanilla - 1 teaspoon
  • gula - 5 sudu ( terpulang if nak tambah or kurang manis )
  • garam - secubit
Buah-buahan dalam tin, nata de coco.

Method
  1.  Capurkan semua bahan pudding ke dalam periuk kecil dan panaskan atas api kecil sehingga likat. Tutup api .
  2. Tuang ke dalam loyang dan disejukkan
  3. Sauce- Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih ( api sederhana ). Sejukkan.
  4. Campurkan buah-buahan semasa menghidang.
 This time cik buat half je drpd resepi. Dapat la 4 cawan macam dalam pic tu. Happy baking !!

Friday, July 1, 2011

Cappucino Cookies

Assalamualaikum


Intai-intai dapur cik Rima lagi..buat cookies khas buat sang suami.

Ingredients
  • 185 g flour (diayak)
  • 50 g cocoa powder
  • 1/2 tbsp instant coffee ( cik guna nescafe)
  • 225 g butter
  • 125 g icing sugar
  • 1 tsp vanilla essence
Method
  1. Preheat oven 150C
  2. Pukul butter + icing sugar sampai lembut
  3. Masukkan flour + nescafe + cocoa powder dan pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan vanilla essence.
  5. Pipe adunan ke atas dulang pembakar. Hias cookies mengikut citarasa sendiri.
  6. Bakar for about 15-20 minutes. Siapp

Cookies ni best..rapuh and rasa pahit-pahit cuppocino nya. Tapi, dapat sikit je. Cik buat separuh je adunan. Dapat tak sampai half balang. Nak merasa takpela kan..tapi kalau nak buat untuk raya..hmm mungkin tidak kot hehehe. So hope you guys enjoy..

Happy baking !!